Sempena bulan Ramadhan ini, Generasi 709 akan mengadakan “Berpuasa Demi Demokrasi dan Keadilan”, kami harap dengan mengadakan aktiviti sedemikian dapat memupuk rakyat Malaysia yang menghayati sistem demokrasi. turut bersama kami menghayati kepentingan untuk berpuasa dan memperkukuhkan sistem demokrasi tulen berkembang di tanah air Malaysia. Sejak zaman Reformasi pada tahun 1998 hingga zaman Bersih 2.0, semua lapisan rakyat Malaysia yang berbilang kaum telah menunjukan keberanian untuk hadir ke perhimpunan aman Bersih pada 9hb Julai demi menegakkan keadilan dan pilihanraya yang bersih. Perhimpunan BERSIH 2.0 adalah titik permulaan untuk menyelamatkan negara bagi mengembalikan kebebasan dan keadilan.
Negara kami sedang mengalami perbagai masalah seperti inflasi, gejala rasuah, jenayah dan kemelesetan ekonomi. Oleh demikian, kami harus berpandang depan bagi menegak keadilan dan memastikan sistem demokrasi berkembang pesat pada masa depan. Negara memerlukan hak kebebesan, masyarakat bermaju depan, rakyat aman damai dan harmorni. Oleh itu, Generasi 709 telah melancarkan program “Berpuasa demi Demokrasi dan Keadilan” dengan menggabungkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik pada 19hb Ogos 2011.
Generasi 709 dengan mendesak Kerajaan Malaysia dan Suruhan Pilihanraya berpegang teguh mengikut hasrat rakyat dengan melaksanakannya:
- Melaksanakan 8 tuntutan daripada BERSIH 2.0.
- Sistem kehakiman yang bebas dan adil
- Menghentikan penindasan ke atas perbezaan fikiran politik, memupuk demokrasi dan hak kebebasan.
- Mengembalikan kebenaran punca kematian (Ahmad Sarbani, Teoh Beng Hock, Baharudin Ahmad, Kugan Ananthan) dan menghukum pihak yang terlibat supaya menegak keadilan kepada mereka. Mari kita bersama menghayati kelaparan dan rendah diri, bersatu-padu menunjuk kuasa rakyat untuk demokrasi negara kita pada Bulan Puasa Ramahdan yang bermakna ini.
- Pendaftaran - Sila isikan borang pendaftaran atau emel pendaftaran anda untuk menyertai “Berpuasa untuk Demokrasi dan Keadilan” pada 19 Ogos 2011 ke: GenBersih709@gmail.com atau SMS ke 016-6221908 atau member komen atau mesej di http://www.facebook.com/GenerasiBersih709. Sila lampirkan maklumat peribadi seperti umur, nombor telefon dan lokasi anda.
- Sila sebarkan maklumat ini kepada kawan, keluarga dan saudara-mara anda untuk menggalakkan mereka menyertai “Berpuasa untuk Demokrasi dan Keadilan) pada 19 Ogos 2011. Untuk yang tinggal di lembah kelang, anda juga dijemput ke Restaurant Pelita (Sebelah of KLCC) pada 5.30pagi, 19 Aug 2011 (Jumaat), dan kita juga akan berbuka puasa di rumah Baharuddin Ahmad di Setiawangsa pada 7 Malam.
- Sekiranya anda sahur dan buka puasa dengan keluarga atau kawan di luar kawasan Klang Valley, sila hantar gambar atau video ke GenBersih709@gmail.com untuk liputan dan dokumentasi.
Lee Khai Loon Chua Wei Kiat
No comments:
Post a Comment