Tuesday, July 13, 2010

polis batal hasrat 'geledah' Ibupejabat KEADILAN

Polis batal 'periksa' pejabat PKR

Abdul Rahim Sabri
Polis membatalkan hasrat memeriksa ruang kerja seorang ahli majlis pimpinan pusat PKR Badrul Hisham Shaharin di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya awal petang ini.

Badrul (bawah) - yang hadir menunggu di situ sejak jam 1 tengah hari - berkata, kira-kira jam 3 petang tadi, beliau dimaklumkan mengenai pembatalan itu melalui SMS daripada seorang pegawai ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban.

Katanya, setelah menelefon kembali, polis memaklumkan bahawa mereka telah sampai ke lokasi itu tetapi terpaksa pulang tanpa membuat sebarang pemeriksaan kerana "mempunyai tugas lain yang lebih penting".

"Pegawai polis kata mereka sudah sampai dan hantar SMS. Kemudian saya hubunginya semula dan pegawai itu berkata bahawa beliau mendapat arahan untuk tugas lebih penting dan berpatah balik ke Negeri Sembilan," katanya.

Menurut ketua cabang PKR Rembau itu, beliau dimaklumkan, masa dan tarikh bagi pemeriksaan lanjut mereka akan diuruskan kemudian oleh pegawai penyiasat kesnya.

Jumaat lalu, Badrul ditahan polis di Seremban antaranya ekoran tulisannya dalam blog yang didakwa menghasut. Rumahnya di Bukit Chedang juga digeledah polis tetapi tiada apa-apa barang diambil.

Setelah tiga jam ditahan dan dirakamkan kenyataannya, Badrul dibebaskan setelah dilaporkan memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.

Polis dakwa Badrul tak angkat telefon

Tindakan polis hari ini dipercayai ekoran kenyataan Badrul dalam blog bahawa beliau tidak mempunyai komputer peribadi, sebaliknya menumpang di pejabat lain, termasuk di ibu pejabat PKR bagi menghasilkan sesuatu artikel.

Bercakap kepada pemberita, Badrul beranggapan, kehadiran wartawan mungkin menyebabkan pihak berkuasa membatalkan hasrat itu buat masa ini.

Sebelum itu, pada jam 2.45 petang tadi, Malaysiakini mendapati dua buah kereta polis bertulis "pegawai penyiasat PDRM" - dengan lima anggota - berhenti dan berlegar-legar di hadapan pejabat PKR.

Bagaimanapun, tidak pasti kumpulan tersebut yang terlibat 'memeriksa' ruang kerja Badrul di pejabat parti tersebut.

Turut menemani Badrul adalah timbalan presidennya Dr Syed Husin Ali.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Zaki Masroh mengesahkan mereka ke pejabat PKR bagi mengambil laptop yang digunakan oleh Badrul.

Katanya, perkara tersebut penting bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, Zaki berkata mereka membatalkannya kerana panggilan daripada pegawainya tidak dijawab oleh Badrul.

"Itu sahaja, sebab itu kita kena berjumpa dengan dengan che'GuBard (Badrul). Nak masuk rumah orang kena beri salam dulu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

baca juga laporan dari TMI dengan klik sini

2 comments:

  1. hidop cikgu vs Dr novandri...

    semoga perjuangan pro republik berjaya macam Aung San Suu Kyi anti bukan demokrasi akhirnya, amin...

    semua ada risk!

    entah2 1 malaya kini tak berkenan sistem beraja pun, tak?

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:09 AM

    mana satu yg betul ni? satu pihak kata chegubard tak mai jadi batal geledah walaupun ada waran. sebelah pihak lagi kata dia mai tunggu depan office tapi polis tak jadi geledah. for me, its selective reporting ...

    - Hantu Siber -

    ReplyDelete