Ini gambar Fared semasa program Jom Tengok Final WC 2010 bersama Hj. Mad Sabu anjuran PR Rembau di Senawang tempoh hari. Dia memang cabutan bertuah, jersi Belanda tetapi dia sendiri minta tukar hadiah dan ambil buku stiker sahaja. Kata dia saya dah faham buku stiker pun dah cukup seronok.... jersi bagilah orang lain. Dia salah seorang adik beradik SAMM dan begitulah kami dalam SAMM, mendidik diri - menerobos halangan - mendesak perubahan.
Semalam tiba di LCCT pagi, dpt maklumat dari Zam yang bantu jemput di LCCT beritahu bapa Fared sakit teruk dah bawa balik dari Hospital. che'GuBard bagi tahu semua sedia petang nanti kita ke Port Dickson ziarah bapa Fared. Namun awal petang terima sms ke hp isteri (kerana che'GuBard tak ada hp lagi) bagi tahu bapa Fared telah 'tiada'..... ttp mata mengantuk sgt...balik ke rumah lelap sejam....
Oleh kerana lama tak bersama cheNur dan Karl maka bawa semua sekali ke Port Dickson. haha che'Nur dengar Port Dickson siap bawa pelampung. che'GuBard biarkan saja nanti di halang dia 'meragam'... tetapi che'GuBard pasti tak akan sempat ke laut.
Fared ini ramai adik beradik, kakak dan abangnya semua sudah bekerja dan kebanyakan berkeluarga. Dia yang kecil maka dia ditanggungjawabkan jaga ayahnya, dia juga yang paling rapat dengan ayahnya khususnya selepas ibunya 'pergi' tahun lepas.
Hari biasa dia tak ke mana sebab jaga ayahnya. Cuma hujung minggu lah dia ada ruang kalau nak ke mana - mana. Itulah sebab che'GuBard tak harap sangat Fared ada selalu bersama.
Patut selaku anak muda hujung minggu adalah masa nak 'huha-huha'... namun Fared memilih untuk bersama hampir tiap hujung minggu bersama aktiviti SAMM atau pun gerakan KEADILAN.
Itu sebab dalam SAMM kami bergerak cara anak muda tak ada yang senior pemberi arahan tetapi secara adik beradik yang saling cuba memahami yang penting penyatuan hati.
Fared dan Erra (tunangnya yang kami panggil sirap kerana ke mana saja pasti minta minum sirap) pasti setia ke mana saja dan buat apa kerja dalam program yang dah di rencana. Fared di berikan jodoh dengan wanita yang memahami jiwa perjuanganya.
Moga ayah Fared terus dirahmati di sana. Arwah telah berjaya mendidik Fared yang kasih terhadap keluarga dan mempunya jiwa berjuang demi negara.
che'GuBard hanya boleh hantar sampai ke lahad dan titip sedikit doa.
Al-Fatihah, Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh arwah dan di tempatkan didalam golongan salihin begitu juga dengan arwah abang Zaini yang kembali ke rahmatullah minggu lepas.Abang Zaini seorang yang amat komitmen dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan dan seorang yang beramanah.Arwah adalah bekas AJK AMK NS,sehingga kini masih lagi teringgatkan arwah yang banyak membantu gerakan anak muda suatu ketika dulu.Semoga segala jasa arwah mendapat ganjaran dan keredhaan ALLAH SWT.. Amin..
ReplyDeleteAl Fatihah...dan kepada Bad dan SAMM...doa dari kami agar menjadi pendidik kepada adik2 ini dlm erti perjaungan.
ReplyDeleteMoga diberkati..
komen skit
ReplyDeleteAnwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE
wapsite: http://mobile.airasia.com better for http://www.airasia.com/nl/nl100802oua7_my.htm instead of website: http://www.airasia.com sebab last year i manage to get just rm250 return ticket KL-ABU dhabi compare to rm500 same date & time... all the best! boleh p russia, china + japan by ferry guna http://seat61.com/SouthKorea.htm update lagi boleh dipercayai. anybody mau ikut wa sekali on the 1st nov?
ReplyDelete