Tahukah anda bahawa orang Melayu sebenarnya adalah bangsa yang hebat dan berteknologi?
Ya! betul.... tak tipu... hanya kerana Melayu telah menipu Melayu menyebabkan kita terus hanyut dengan tipu daya bermatlamat untuk memberikan kehinaan kepada bangsa Melayu dengan cara yang paling licik dan halus.
Kali ini kita menyorot kegemilangan kesulatanan Melaka yang telah mengalahkan tentera Siam, apakah mereka menggunakan keris dan lembing?
Teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki Uthmaniyyah, Empayer China dan kerajaan Ayutthia berusaha untuk tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah melatih rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Oleh itu apakah Kerajaan Melaka ketika itu tidak mengambil pengajaran dari perkembangan ini? Sedangkan Melaka adalah pelabuhan yang terkenal dan paling sibuk waktu itu!
Filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.
Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah; baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor ‘Pemuras dan Karga’. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Senjatapi yang dinamakan Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.
Banyak lagi senjatapi yang digunakan oleh orang Melayu, selain Pemuras, satu lagi senjatapi yang bernama Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Nah.... jelas sudah bahawa ada agenda tersembunyi yang licik diputarkan kedalam minda Melayu agar Melayu terus menjadi bodoh dan berangapan mereka adalah masyarakat bodoh sedangkan Melayu telah bertemadun setanding dengan bangsa-bangsa lain. ~ Adrastos

No comments:
Post a Comment