Friday, July 16, 2010

Di Sabah dari 15 - 19 Julai

Awal pagi 15 Jul 2010, telah bertolak ke LCCT, destinasi Sabah. Rombongan bersama Zulkifli Ibrahim, Exco AMK Pusat sepatutanya bertiga namun seorang teman terpaksa batalkan hasrat saat akhir kerana nenek mertuanya meninggal dunia malam sebelum itu.

Dua beg penuh dengan risalah dan vcd mengisahkan pencapaian kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya Selangor dan Pulau Pinang dibawa bagi membawa pencerahan kepada pengundi Sabah betapa rakyat di negeri bawah Pakatan Rakyat sedang menuai hasil keberanian mereka membuat perubahan.

Beberapa aktiviti seperti pertemuan tertutup dengan jentera parti, mahasiswa, pemimpin masyarakat telah disusun selain dari program rapat umum.

Tiba di Sabah 12.45 tgh terus ke Hotel di Asia City. Makan tengahari dengan beberapa teman pimpinan parti termasuk pimpinan lama seperti Ust Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Perhubungan KEADILAN pertama di Sabah. Inilah kekuatan KEADILAN punya pimpinan berjiwa besar yang lama sentiasa mendokong yang baru. Banyak cerita 'lama' khususnya dalam mengasaskan tapak parti yang begitu 'ngeri' pengalamannya di imbau kembali. Kenangan inilah sebenarnya yang mengikat kita semua.

Kemudian terus ke Universiti Malaysia Sabah. Mahasiswa baru, baru selesai program orentasi mereka. Kita mungkin melihat gerakan anak muda Malaysia khususnya gerakan mahasiswa negara sedikit lesu mutaakhir ini. Namun itu kenyataan yang sebenarnya salah, api perlawanan selaku anak muda sentiasa membara cuma kita gagal mencari atau membina 'connection' yang betul dengan mereka. Banyak sangat pemberian persepsi yang salah gagal kita cerahkan. Namun yakinlah bahawa masa depan Malaysia masih punya harapan cerah.

Sesi makan malam bersama Thamrin, Datuk James, Datuk Kong dan ramai pimpinan negeri dimanafaatkan sepenuhnya dengan pertukaran idea bagi mendepani cabaran yang kian getir. Politik Sabah memang amat unik, jika betul pendekatanya Sabah bukanlah negeri yang sukar berubah. Sabah pernah beberapa kali bertukar regim penguasa.

Regim yang diterajui Berjaya ditumbangkan oleh rakyat Sabah dengan isu besarnya penyerahan Labuan ke Kerajaan Pusat. Bayangkan Labuan yang masih lagi Malaysia tetapi cuma bertukar cara pentadbiran telah menyebabkan rakyat menumbangkan regim penguasa, bagaimana pula blok M dan L yang menjadi milik Sabah atau Sarawak tetapi digadaikan kepada Brunei. Jika isu sepenting ini berjaya 'digarap' dengan baik maka tidak mustahil Sabah mahupun Sarawak berubah besar.

Strategi menangani pengundi yang dibawa dan diberikan kad pengenalan dari Filipina dan Sabah turut dibincangkan. Pengalaman bertemu saksi hidup yang terlibat dalam operasi membawa jutaan warga Indonesia menjadi pengundi di Sabah dikongsi.

Banyak isu tempatan diperbincangkan, termasuk strategi kempen yang perlu diperbagaikan. Banyak idea baru diperolehi hasil aktiviti pemecahan minda yang membawa ke jam 1 pagi.

Malam itu juga mendapat berita derita yang rakyat terus didahulukan untuk terus diinjak. Harga Petrol, Diesel, Gula dan Gas telah di naikkan. Parlimen sedang bersidang namun isu kenaikan tidak lansung disebut, ketika perbagai isu serangan kepada PR dipersembahkan kepada rakyat seolah serang hendap tiba - tiba harga bahan bakar dan gula dinaikkan. Mungkin sekali lagi Najib akan mengatakan tak boleh elak kenaikan harga dan minta rakyat ubah cara hidup. Cuma persoalanya adakah rakyat akan terus mandul bisu atau akan bangkit dan mengatakan kami dah cukup ditetakn bukan cara hidup yang harus berubah tetapi kerajaan yang harus diubah.

Sekitar jam 1.15 pg pulang ke Hotel, terus ke kedai serbaneka 24 jam berdekatan hotel. Kawasan sekitar ini nampaknya terlalu banyak aktiviti malamnya. Jalan dipenuhi lelaki, perempuan dan 'kaum tengah-tengah'. Ada kemungkinan mereka ini 'pendatang'. Untuk ke kedai sebaneka 24jam itu perlu berjalan kaki sekitar 5 minit dari hotel melalui kelompok-kelompok manusia dengan perbagai urusan itu. Hampir di kedai serbaneka rasa diekori tiba - tiba sekumpulan berjalan rapat dari belakang dan depan, hanya melempar senyuman ada antara mereka yang 'bergeser badan'. Langsung tak sedar kalau apa-apa berlaku. Mereka berlalu bersahaja.

Sampai dalam kedai ingin membayar barang. Wang telah hilang, argh !! Telefon bimbit juga telah hilang. Tunai RM500 dalam poket hilang.

Telefon blackberry yang dibeli secara ansuran 12 bulan hilang, baru dua bulan. Terlalu banyak data yang hilang sama. Hidup dua bulan yang belajar 'bergantung' dan dipermudahkan dengan kehadiran Blackberry mungkin terpaksa 'di ajust' semula. Sementara ada rezeki mendapatkan telefon bimbit baru semua urusan rasmi seperti penyusunan jadual boleh terus hubungi 0123696474 Sdr. Azizi.

Yang agak 'terkilan' ialah kehilangan wang yang dijimatkan isteri. Era telah menabung wang belanja dapur yang memang sedikit yang sering diberikan. Sebelum meninggalkan rumah subuh itu Era beri RM 500, terkejut juga yang dia ada banyak duit namun kagum secara diam dia boleh menabung sebegitu. Dia minta untuk belikan manik dan mutiara Sabah. Katanya untuk dia buatkan rantai dan gelang. Maka menjelang Syawal tika Ramadhan boleh dijual maka boleh sedikit menampung berbelanjaan 'raya' keluarga. Begitulah kami sekeluarga mendidik diri dalam terus berjuang. Namun pagi ini hubungi Era amat rasa serba salah kerana 'kecuaian' wang yang disimpan dan harapan untuk meniaga membantu keluarga musnah begitu sahaja...semalam sukar lelapkan mata juga memikirkanya...

Tak apalah tak ada rezeki....... itulah ayat pemujuk hati...Moga itu menjadi khifarah buat diri dan keluarga....

Hari ini destinasi Kimanis dan Beufort. Di Beufort akan bergabung dengan Datuk Zaid Ibrahim yang juga ada di Sabah. Lusa Papar dan Tenom. Isnin pagi akan pulang ke Semenanjung.

Sesungguhnya kemungkinan memecahkan tembok hegemoni Bn di Sabah merupakan khabar kemerdekaan buat rakyat hampir tiba.

3 comments:

  1. aduhhhh nape smpai boleh hilang pulak... lalai ni bro... cuba perbaiki... benda penting2 camtu pun boleh cicir... akan ada yg lebih pentingkah akan dicicirkan suatu hari nanti? jangan bro...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:25 PM

    salam Bro.

    selamat menjejak kaki di bumi sabah. kami memang memrlukan sesorng seperti saudara untuk membangkit semula semangat rakyat sabah terhadap keadilan. Agak terkilan kerana tidak dapat bersama dengan saudara di sana kerana komitmen di tempat lain.

    Pasal kehilanagn barang berharga saudara, area2 bandar kk memang agak bahaya khususnya pada waktu malam. mungkin saudara di seluk dan tidak sedar. kaedah yang biasa digunakan ialah pukau. saya tau sebab saya pernah kena.

    teruskan berjuang demi umat.

    -Benjy-

    ReplyDelete