SHAH ALAM 13 Julai - Americk Sidhu, peguam kepada bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib rRzak di siasat atas dakwaan salahguna kuasa kerana dilihat tunduk kepada semua kehendak Singapura sehingga menjejaskan kepentingan dan kedaulatan Malaysia.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Americk berkata beberapa keputusan yang dibuat oleh Najib bersama dengan pemimpin Singapura khususnya berkenaan penyerahan 271 hektar tanah milik KTMB menyerlahkan sikap betapa Perdana Menteri yang "kow tow" kepada negara pulau itu.
Beliau membidas pihak berkuasa Malaysia yang sanggup menyiasat dakwaan akhbar Mingguan Malaysia yang menggaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) namun berdiam diri apabila kedaulatan Malaysia dikhianati oleh pemimpinan Umno-Barisan Nasional.
"Mereka lebih gemar mendengar tulisan mengarut seorang perempuan 'gila' dari New York yang diragui kesahihan dan kebenaran maklumat yang dimuatkan dalam blognya. Begitu rendah taraf pemikiran akhbar milik Umno itu dan betapa bodohnya pemimpin Umno-BN menghina Anwar dengan begitu sekali. Rakyat tidak sebodoh seperti yang mereka sangka," ujar beliau.
Americk juga menyoal jika Umno-BN melalui media mereka boleh mempercayai kata-kata seorang blogger yang tinggal di atas sebuah gunung di New York bersama-sama binatang peliharaanya, mengapa pula segala dakwaan Raja Petra berhubung pelbagai isu dan skandal rasuah, salahguna kuasa, penyelewengan pemimpin Umno-BN dan kerajaan yang jauh lebih serius dan berasaskan fakta dan bersandarkan bukti dokumen tidak langsung disiasat?
"RPK jauh lebih tahu apa yang berlaku di Malaysia daripada wanita bernama Elaine Meinel Supkis. Mengapa pihak polis tidak berminat untuk menyiasat apa yang RPK katakan sejak beberapa tahun lamanya.
"Daripada pihak polis menghabiskan masa memburu dan cuba menangkap penulis blog, Raja Petra lebih baik mereka siasat mengapa Najib terlalu bersikap baik dengan Singapura dan memenuhi kepentingan negara ini sehingga membelakang negara sendiri," kata Americk lagi.
Sebelum ini Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard pernah membangkitkan dalam blognya kemungkinan Najib ditekan oleh agensi perisikan Singapura berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Julai 2008, Bala berkata penasihat politik Najib, Abdul Razak Baginda pernah mengatakan kepadanya bahawa Najib memperkenalkan Altantuya kepada majikan beliau itu dalam sebuah pameran berlian di Singapura.
Desas desus mengatakan pihak perisikan Singapura mempunyai gambar Najib dan Abdul Razak bersama Altantuya dan kini digunakan terhadap Najib untuk mendapatkan persetujuan beliau dalam menyelesaikan banyak isu dua hala yang menguntungkan negara tersebut.
No comments:
Post a Comment