Amat dikhuatirkan bahawa budaya atau perbuatan mempercayai tilikan sotong ini dan menjadikan ia bualan yang 'hebat' akan menjerumus kita ke syirik.Walaupun kadang kala bukan niat menyekutukan Allah seperti syirik jali namun kita mungkin terjerumus ke syirik khafi yang boleh berlaku secara tak sedar dan tidak lansung.
“Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)Mohon penguasa agama sedikit sensitif dan menyatakan pendirian segera. Malangnya penguasa agama dalam negara lebih berminat nak bina kerajaan perpaduan PAS dan Umno dari menjaga akidah umat. Dah nak habis piala dunia namun tak siapa bercakap hal ini.....
No comments:
Post a Comment