Monday, July 05, 2010

PKR PUSAT AKAN LAWAT KAMPUNG DI TENOM

BEBERAPA orang ahli Kepimpinan PKR Pusat akan mengadakan lawatan rasmi ke Kampung Ulu Tomani, Tenom pada 17 Julai depan yang diketuai oleh Cikgu Bard dengan diiringi Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Ahmad Tamrin Jaini.

Cikgu Bard dan rombongan akan disambut oleh Ketua Info & Komunikasi PKR Negeri Datuk Halik Zaman dan Ketua Penaja Cabang PKR Tenom Gonsibin Yosundang.

Lawatan tersebut merupakan satu lawatan dalam usaha memberi pengertian kepada rakyat di kampung tentang halatuju PKR dan Pakatan Rakyat. Dijangka ramai ahli baru dari kampung-kampung sekitarnya akan mendaftar nama sebagai ahli PKR yang baru.

Ahli-ahli Kepimpinan PKR Pusat juga akan menyaksikan sendiri perkembangan PKR Cabang Tenom yang dahulunya tidak ada pejabat, mesyuarat di kedai kopi, bilangan ahli yang tidak sebegitu menggalakkan jika dibandingkan dengan senario sekarang.

Perjumpaan pada 17 Julai depan ini bukan satu perjumpaan menemui ahli-ahli parti sendiri namun ia lebih berbentuk satu perjumpaan kepada mereka yang belum pernah menjadi ahli PKR dan ingin menyertai perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment