Sunday, July 11, 2010

che'GuBard ditahan kerana kejayaan lawatan kerja atas nama SAMM ke Indonesia

che'GuBard berada di Jakarta dari 4 hingga 9 Julai lepas dalam rangka lawatan kerja bagi mengukuhkan jaringan antarabangsa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu sebuah organisasi massa anak muda yang che'GuBard dan teman - teman asaskan 3 tahun lalu. Kesempatan berada di bumi Indonesia juga di ambil dengan menghadiri beberapa forum dan diskusi sebagai panelis. Antaranya ialah diskusi khas mengenai kes pembunuhan Altantuya dan memperkenalkan buku di sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya yang diadakan di Doekoen Cafe oleh FORUM 28.

9 Julai 2010 sebaik sahaja tiba di LCCT,Sepang cheGuBard terus bergegas untuk mempengerusikan mesyuarat KEADILAN Rembau. Kira - kira 8.45 malam sekumpulan anggota Polis (lebih dari 10 orang) telah hadir untuk menahan che'GuBard bagi tujuan soal siasat. che'GuBard di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. Sesi soal siasat dihadiri oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan pegawai dari Cawangan Khas.

Di maklumkan che'GuBard ditahan ekoran laporan polis yang dibuat ke atas che'GuBard lebih sebulan yang lalu. Ketika diminta untuk mendapatkan laporan polis tersebut, cheGuBard dinafikan hak mendapatkan laporan tersebut. Saya ditunjukkan tulisan yang diambil dari blog http://cheGuBard.blogspot.com saya mengaku saya yang menulisnya dalam keadaan sedar.

Turut ditanya ialah pengalaman politik /ngo, pekerjaan, latar pendidikan dan seumpamanya.

Sebaik sesi soal siasat hampir tengah malam, che'GuBard dibawa menggunakan van polis ke rumah di Bukit Chedang, Seremban. Anak - anak yang tidak jumpa seminggu menangis kerana balik sebentar bersama anggota polis dan pergi balik. Isteri amat tenang cheGuBard pulang dengan polis untuk menggeledah rumah mungkin sudah maklum awal oleh teman-teman yang hadir mesyuarat Rembau bahawa cheGuBard ditahan. Polis tidak mengambil apa - apa cuma mengambil beberapa gambar dalam rumah khususnya di ruang kerja cheGuBard.

Sampai di Balai semula polis meminta komputer yang selalu cheGuBard gunakan untuk bekerja. Namun cheGuBard maklumkan tidak punya komputer peribadi. Hanya sering bekerja dengan menumpang di pejabat beberapa teman, di Ibu Pejabat Parti dan juga di 'siber cafe' yang dekat ketika waktu mahu menggunakan komputer.

Pegawai polis tersebut mahu juga mendapatkan komputer yang biasa che'GuBard gunakan. Kemungkinan besar Isnin ini mereka akan sampai ke Ibu Pejabat Parti KEADILAN Rakyat untuk menyelorngkar ruang kerja dan mengambil komputer yang biasa che'GuBard gunakan di Ibu Pejabat.

Jika laporan polis ke atas che'GuBard dijadikan alasan maka ia amat meragukan. Sebulan lebih laporan itu telah dibuat malah che'GuBard sudah menyatakan kesediaan dalam blog dan melalui beberapa pegawai polis yang di kenali untuk memberikan kerjasama untuk diambil keterangan jika diperlukan. Namun sebaik sahaja pulang dari Jakarta ketika mempengerusikan Mesyuarat Cabang ditahan sehingga selepas tengah malam, ini tentu punya sebab lain. Di Indonesia che'GuBard yakin di ekori individu yang sama sejak tiba di Jakarta sehingga mengambil pesawat pulang.

Bagi che'GuBard polis bertindak dibawah tekanan. Tindakan Polis lebih kerana kejayaan lawatan kerja atas nama SAMM ke Jakarta yang turut mendapat perhatian media tempatan. Regim 'panik' apabila isu Altantuya dan fakta sebenar mengenai fitnah 1 dan 2 mendapat perhatian di luar negara.

Surat terbuka SAMM yang membongkarkan mengenai kemungkinan betapa PM Malaysia diugut dalam 'menyerahkan' kedaulatan negara melalui penyerahan tanah KTMB juga mendapat perhatian di Jarta sempena lawatan tempoh hari.

Kini buku dan fakta mengenai kes Altantuya dan Fitnah 1 juga 2 sudah berada di tangan organisasi massa di Indonesia. Selama ini ramai juga yang terkeliru kerana permainan media dan maklumat yang salah, namun 'pencerahan' yang dilakukan amat menggusarkan regim penguasa.

Kesempatan ini juga che'GuBard ucapkan terima kasih kepada semua teman - teman termasuk teman media yang bertindak amat cepat dalam memberikan tekanan kepada penguasa.

3 comments:

  1. Anonymous12:13 PM

    chegu,
    teruskan perjuangan,insyaalah saudara menjadi pembakar semangat anak anak muda berjuang demi negara yang kita cintai ini,bebaskan negara kita ini dari cengkaman para kroni dan bangsawan yang merompak hak kita,ini perlu diterangkan kepada jenerasi muda....yang tua dah karat....

    ReplyDelete
  2. Maka hilanglah tanggung jawab sebagai anak Malaysia.Pendatang INDONESIA bertepuk tangan kegembiraan dengan tugasan yang telah anda jalankan....
    SYABASSSSSS

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:08 PM

    Teruskan kegiatan anda memberi pencerahan maklumat kepada seluruh pelusuk dunia berkenaan perkara sebenar.Pengorbanan anda sekeluarga demi cintakan agama, bangsa dan negara bakal menjadi buah mulut generasi akan datang sekiranya mereka berkesempatan menikmati kemakmuran negara tercinta ini...bagi memastikannya, kita mulakan dari sekarang

    ReplyDelete