Wednesday, September 24, 2008

Tabung Jejak Fakir terus terima bantuan

Alhamdunillah pagi ini seorang insan Puan Ainon dari Terengganu telah menyalurkan RM1000 yang merupakan sebahagian zakat hartanya bagi tahun ini untuk mewakilkan pihak J/kuasa Jejak Fakir agihkan kepada golongan yang amat memerlukan.

Sebelum itu J/kuasa Jejak Fakir telah bersetuju menyalurkan RM 400 (wang zakat) kepada Yayasan Aman untuk menambah lagi bantuan yang mereka sedang giat salurkan kepada golongan asnaf di Utara Semenanjung khususnya mereka yang masih menderita kerana bencana banjir baru - baru ini . RM 200 pula akan disalurkan kepada Parti Keadilan Sarawak untuk agihan segera kepada golongan asnaf yang memerlukan.

Baki wang Insya'Allah akan di peruntukan kepada projek khas di perkampungan orang asli. J/kuasa Jejak Fakir telah mengesan perkampungan orang asli yang agak terpinggir malah ada dikalangan mereka yang pernah memeluk Islam kembali kepada agama asal mereka atau bertukar ke agama lain kerana tidak mendapat perhatian.

Berikut ialah gambar program pemberian bantuan makanan dan wang tunai kepada golongan asnaf di Machap Melaka yang telah diadakan pada 21 September yang lalu.

4 comments:

  1. Anonymous12:50 PM

    tahniah cikgu .... harap PKR teruskan usaha murni ini.

    Jangan tumpu cerita politik sangat nanti orang ramai bosan. Perlu tumpu bantu orang susah, Allah akan bukakan mata mereka menjelang PRU akan datang...

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:42 PM

    nape cikgu asyik pakai baju sama??? saya tengok ezam pun sama...selalu pakai baju sama...zuhud la tu..ke takde sen nak beli baju...hahahah

    ReplyDelete
  3. tangan yg memberi lebih baik dr yg menerima..
    niat bersedekah n membantu mereka yg berada dlm kesusahan adalah amalan yg murni..
    namun agak 'kurang cantik' bila ianya bagaikan dipertontonkan kepada umum..
    apakah niat yg ikhlas pada mulanya bila lensa mula berkelip??
    kenapakah budaya ini menjadi ikutan kita...
    bukankah seharusnya tangan kanan yg memberi tidak perlu diketahui tangan kiri..
    bukan menempelak,cuma sekadar ingatan buat kita semua..

    salam ramadhan....

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:33 AM

    pedulikan je ape org nk kate...yg pnting slagi blm tutup mata,keje,keje,keje....hehehe.....apo lak nih.....

    ReplyDelete