Sunday, September 28, 2008

Singgah sahur : budaya gotong royong terus subur

Malam semalam dalam kesibukan sempat meluangkan masa bersama teman - teman Taman Jasmin, Senawang dalam DUN Paroi/ Parlimen Rembau. Persatuan penduduk di sini begitu aktif menghidupkan semangat bergotong royong. Berlatar belakangkan Skim Kepolisian Masyarakat mereka sentiasa mengadakan perbagai program gotong royong.

Malam tadi mereka mengadakan aktiviti memasang peliti, membakar lemang sambil memasak sup. che'GuBard sempat singgah (2.30 pagi) sahur bersama mereka. Sup kaki ayam yang sedap sehingga bertambah, kerana kagum dengan kesungguhan mereka menghidupkan semangat gotong royong che'GuBard bagi pihak keADILan Rembau sempat sampaikan sedikit sumbangan kewangan yang tak seberapa kepada mereka.

Berbual dan bertanya khabar. Banyak cerita menarik dari 'jaga kampung sukarela ini..'
Tahniah buat penduduk setempat, semoga amalan mereka menjadi ikutan yang lain. kadar jenayah dan kegiatan tak bermoral sekitar juga berjaya diturunkan.
Sempat 'possing gambar' untuk akhbar Sinar Harian
Selepas Taman Jasmin destinasi nak singgah sebentar melawat Bazar Ramadan, Dataran Senawang. Konvoi kami berhenti sebentar di depan Taman Polis, Senawang kerana melihat anak-anak nakal sedang merosakan papan tanda keselamatan jalanraya, tetapi mereka yang 'cekap' telah sempat lari semuanya sebelum kami sempat turun kereta. Atas ialah gambar papan tanda yang telah mereka 'gubah semula'. Persoalanya bagaimana ibu bapa boleh membenarkan anak anak sekitar usia sekolah rendah merayau jam 3.00 pagi.


Di Bazar Ramadhan, Dataran Senawang sempat berbual mesra dengan teman anak muda.

3 comments:

  1. hamidon6:57 PM

    cikgu lu tak letih ka...? lu boleh jadi duta power root la cam ni

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:35 AM

    Bad,

    Kau pun kenal aku kan Bad... antara kawan2 kau yg keras kepala..

    Pagi ni sebelum aku nak balik seremban aku mmg akan baca blog kau dulu...

    Selama hari ni... Bad hari aku cukup terharu apabila membaca artikel ko ni.. tahniah lah bad...

    Kita sama2 susah dulu.... insyallah lah Bad lepas2 raya bila aku dapat payment aku akan masukkan untuk kau sebagai zakat aku Bad...

    Kau gunakanlah untuk jalan yang macam ni bad....

    Teruskan Bad....


    tak payah lah ko nak tahu aku sapa dan berapa amountnya... ko gunakan kan aja lah demi jalan yang di redai Allah swt macam ni..

    Teruskan perjuangan kau Bad...

    Aku cukup berbangga dapat sahabat mcam kau, walaupun pernah berselisih pendapat dulu...

    Selamat hariraya Bad, Salam untuk anak isteri kau !

    ReplyDelete
  3. Hamidun3:32 PM

    kalau org ghombau pilih cikgu ni maso election marin kan sonang... tapi nak sgt ngan monantu... abihtu nak buek camno..terimo yo lah...

    ReplyDelete