Wednesday, September 10, 2008

Gambar dari program 7 September


Dewan kecik yang hanya mampu menempatkan 200 kerusi padat sehingga ramai yang kena berdiri, bilik sembahyang, pejabat dan dapur juga penuh orang berdiri.



Selepas Mesyuarat Agong di dewan kecil Pusat Khidmat Rakyat, majlis diteruskan di bawah khemah depan pejabat. Kelihatan Tn Hj Syed Shahir sedang menyampaikan ucapan selepas ucapan penangguhan cheGubard. Turut berada dalam gambar ialah Cikgu Razak, Timbalan Ketua Bahagian Rembau.


Agihan bubur lambuk, tak ketinggalan wartawan (dari Akhbar Sinar harian) yang hadir juga menerima bubur lambuk

Suasana waktu berbuka puasa, meja Tn. Hj Syed Shahir bersama AJK bahagian Rembau. Turut kelihatan ialah Sdr. Kamel dan Sdr. Norizam iaitu pemerhati dari Bahagian Rasah.
Sani, penyelaras AMK Rembau menyampaikan bantuan kepada keluarga OKU di dalam DUN PAROI
Sdr. Hadi dan Sdr. Norazizi menyampaikan bantuan kepada keluarga susah juga dalam DUN Paroi. Pada 7 September sebanyak 10 keluarga telah menerima bantuan barang makanan dan wang tunai dari Tabung Jejak Fakir.


23 September, sempena Ulang tahun pertama kelahiran che'Nur Zaima Jahida dan ulang tahun ke 30 kelahiran che'GuBard, satu majlis kesyukuran dan buka puasa akan diadakan di kediaman pasangan suami isteri (bertempat di Taman Tuanku Jaafar) yang memelihara 9 orang kanak - kanak istimewa. Bantuan makanan dan wang tunai juga akan disampaikan nanti. Semoga kehadiran kami mampu memberikan sedikit kegembiraan kepada kanak - kanak istimewa tersebut dan dapat membantu pasangan tersebut meneruskan usaha murni mereka. Majlis ini juga dijangka akan dihadiri oleh YB. Tn Hj Taufek (ADUN Paroi)


di bawah ini nak kongsi tulisan teman yang dihantar melalui email...


PUTRAJAYA 916 : 16 SEPTEMBER PASTI BERLAKU...

Mohd Ezli Mashut
LL.B (Hons)
017-6543974 / ezli007.blogspot.com/ ezli007@hotmail.com



‘Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain Allah, Rasulnya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( 9:16 ) Surah At-Taubah – Surah ke - 9 : Ayat 16


16 September atau 916 semakin hampir dan Ia PASTI BERLAKU. Selepas ini Dato Seri Anwar Ibrahim perlu melakukan satu lagi sumpah yang ditunggu-tunggu selama ini. Sumpah keramat kali ini akan menamatkan terus pemerintahan Barisan Nasional selama 50 tahun. Jika selama ini pelbagai pihak mendesak Dato Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan sumpah. Tetapi sumpah selepas ini akan menyebabkan mega tsunami yang akan menenggelamkan kapal Titanic Barisan Nasional selaku regim parti pemerintah sekarang. Sumpah tersebut adalah sumpah taat setia di hadapan Yang DiPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 yang baru.

Tarikh 16 September juga kelak akan menjadi titik terpenting dalam sejarah masa hadapan Malaysia. Harapan baru rakyat Malaysia terhadap sistem pemerintahan negara bakal melakar satu lembaran baru. Selepas bergelut dengan pelbagai kemelut ekonomi, rasuah, sistem kehakiman , sistem demokrasi dan sosial. Rakyat Malaysia secara keseluruhannya wajar bangkit semula untuk meletakkan negara pada kedudukan dan standart yang tinggi di mata dunia.

Semangat dan inspirasi baru perlu ditiupkan kepada seluruh warga Malaysia. Dengan harapan baru kebangkitan rakyat Malaysia selepas 51 tahun negara mencapai kemerdekaan. Suntikan semangat dengan halatuju dan agenda baru perubahan negara akan melonjakkan Malaysia berada ditahap global. Kita perlu memahami realiti semasa dengan perubahan dunia yang semakin pantas bergerak maju dan semakin bersifat global. Justeru tindakan dan fikiran juga menuntut standart yang tinggi dan bersifat global dan futuristik.

Malahan harapan selepas 16 September adalah untuk melihat Malaysia bangkit dalam menghadapi kemelut ekonomi dan sistem keadilan. Dunia juga mengharapkan khususnya negara-negara Islam agar Malaysia menjadi jurubicara dunia Islam dan negara-negara membangun dalam menangani persoalan ketidakadilan global yang semakin memisahkan dan melebarkan jurang pertembungan tamadun atau Clash of Civilization yang diungkapkan oleh Samuel Huntington dalam karya agungnya.

Kita juga mengharapkan sinar baru harapan Malaysia akan muncul pada fajar 16 September. Sinar ini yang akan menerangi seluruh zaman kegelapan Malaysia dalam aspek sistem keadilan,sosial, ekonomi dan pentadbiran negara. Sinar harapan baru rakyat Malaysia untuk kembali bangkit menjadi bangsa yang menyumbang kepada kepesatan dan ketamadunan dunia. Kita juga akan bangkit bukan sekadar untuk menyaingi prestasi ekonomi Singapura, Taiwan dan Korea Selatan. Tetapi juga kita bangkit untuk membangunkan ekonomi yang akan menjadi role model dunia dan ummah sejagat di masa hadapan.

Apa jua halangan dan rintangan yang cuba dilaksanakan oleh regim pemerintah masa kini untuk menidakkan berlakunya peralihan kerajaan 16 September. Realiti sebenarnya 16 September pasti akan berlaku juga. Kini bidak catur berada pada giliran Pakatan Rakyat untuk menggerakkannya. Hanya tinggal beberapa langkah lagi percaturan ‘checkmate’ akan terus menamatkan permainan kotor regim pemerintah masa kini selama 50 tahun.

Kini seluruh dunia sedang memfokuskan kamera mereka ke arah Malaysia. Kerajaan Pakatan Rakyat 916 akan mengambil alih kerajaan persekutuan Malaysia. Kita mengharapkan proses peralihan tampuk pemerintahan negara akan berjalan lancar dan aman. Dunia juga sebenarnya ternanti-nanti satu peristiwa bersejarah yang akan mengubah landskap politik Malaysia pada masa hadapan. Kita juga wajar meraikan 16 September ini sebagai Kemerdekaan Malaysia Ke-2 yang bebas daripada sistem rasuah dan kezaliman. Kibarkan bendera Malaysia sebanyak yang mungkin tanda kemenangan kita dalam mendapatkan kemerdekaan yang sebenar yang kita bukan bebas daripada penjajahan fizikal tetapi kita bebas daripada penjajahan minda.

Kita merdeka daripada penjajahan minda untuk menjadikan Malaysia dan warganya mempunyai nilai maruah yang tinggi pada pandangan dunia. Bebas merdeka daripada penjajahan minda merupakan pembebasan yang cukup tinggi nilainya kerana dengan bebas daripada minda sahaja kita mampu bangkit membina negara menjadi sebuah negara madani yang bertamadun tinggi dan nilai akal budi murni yang terpuji.

Mengungkap sepotong ayat Al-Quran daripada Surah Al-Taubah yang merupakan surah ke 9 dan memetik pada ayat ke 16. Kita wajar memahami dan menghayati maksud ayat tersebut dengan mendalam yang membicarakan soal ujian keimanan dalam proses perjuangan yang akan dihadapkan dengan pelbagai ujian sebelum layak kita mengecap nikmat manis kejayaan tersebut.

Proses reformasi yang bermula 10 tahun lepas baru kini nampak hasilnya. Tetapi 16 September ini adalah proses permulaan dalam satu langkah panjang membawa negara ke arah era baru negara madani. Sempena meraikan 16 September ini di seru seluruh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama menanamkan iltizam dan tekad baru untuk membawa Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. 16 September adalah detik kebangkitan Malaysia menjadi warga negara yang lebih bermaruah. 16 September adalah Malaysia Baru untuk menjadi sebuah Negara Madani.

Semoga 16 September akan membawa Malaysia menjadi perintis kepada perjuangan menegakkan keadilan di peringkat global pula. 16 September bukan destinasi berhentinya perjuangan tetapi adalah sebuah perjalanan perjuangan yang panjang. Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Ke-2 pada 16 September. Semoga 16 September adalah detik permulaan sinar aura harapan baru Malaysia untuk melakar sejarah tamadun ummah sejagat di masa hadapan.

3 comments:

  1. Hamidun2:32 PM

    Pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat 16 September tidak akan berlaku. Ia hanya akan tinggal tarikh saja. Tiada tanda-tanda positif ke arah penubuhannya. Hanya sekadar janji manis nan kosong oleh manusia bernama Anwar bin Ibrahim...

    ReplyDelete
  2. Anak Sabah4:16 PM

    Kami masih tertunggu2 samada 16 Sept jd kenyataan atau mainan perang saraf DSAI. MP di Sabah macam rilex saja dia org. Jadi kah ni kalau tidak jadi malu ohh. Satu dunia sdh tau... Janji Kosong saja tu .. MALAS TAH AKU INGAU.....

    ReplyDelete
  3. Anonymous1:17 PM

    Betul tu 16 septembae hanya omong kosong..DSAI hanya mnggembar-gemburkan benda yang takde,takde gunanya dia buat macam ni,hanya mendatangkan lagi masalah pada negara..Jangan Taksub!!!!Tak jadi malu oooooo.......!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete