23 September kali ini tidak seperti 23 September yang sering berlalu.... tahun 1978 pada waktu ini mama telah melahirkan cheGuBard di Hospital Seremban. Cerita mama cukup susah setelah lama berperang tetapi tidak berjaya juga akhirnya cheGuBard dilahirkan melalui pembedahan, dan semenjak itulah mama mengadap anaknya ini sehingga hari ini..kekadang anak ini masih nak bermanja dan rindu mamanya.... terima kasih mama dan papa..serta tak lupa Along...cheGuBard terbina dari keluarga ini.
23 September tahun lepas ketika berada di 'bumi kimchi'...cheGuBard berpeluh dalam musim sejuk kerana secara tiba - tiba panggilan telefon awal pagi dari Era dengan n ada tersekat - sekat.... "tergelincir dalam bilik air.... pergi ke Hospital dan Doktor kata mungkin terpaksa dilahirkan anak perempuan cheGuBard dan Era".....
Nasib Kiah ada untuk mengadap semuanya... Maka lahirlah bayi perempuan yang comel.... Semenjak itu cheGuBard pula bergelar 'papa' ... dinamakan che'Nur Zaima Jahida.... arwah bapa mertuaku pula sering menegur ketika aku sering memanggil che'Nur dengan nama DOPOT... katanya beri nama panjang panjang tapi tak gunakan ....apa maksud "DOPOT' ...entahlah tapi bunyi manja....
che' mengambil semangat Ernesto "Che" Guevara
Zaima Jahida bermaksud Ketua Pejuang Wanita "Jihad"
Zaima Jahida bermaksud Ketua Pejuang Wanita "Jihad"
Nur diberikan oleh neneknya untuk melembutkan sedikit nama yang terlalu keras katanya.
Hari ini 23 September hari uloangtahun kelahiran cheGuBard dan che'Nur Zaima Jahida. Terima Kasih kepada semua yang banyak membantu dalam hidup ini...khususnya mama , papa, IUsteri tercinta Era, Along, Guru Utama yang banyak membimbing dan 'membuka rahsia'...serta rakan - rakan seperjuangan. Terima kasih juga kepada yang menghantarkan komen, email dan sms serta panggilan telefon ucap selamat....
Selamat Hari Jadi anak ku.... doa papa agar che'Nur membesar sebagai 'pejuang'.
Kebetulan bulan Ramadhan maka.. Majlis Sambutan ulangtahun akan diadakan dalam suasana majlis berbuka puasa meraikan anak - anak istimewa dan penyampaian bantuan. Jam 6.30 petang, 23 September di Rumah Kanak - Kanak Istimewa Harapan. Untuk pertanyaan program tersebut boleh hubungi 0123696474 (Azizi)
congratulation to you and your wife for your new daughter.
ReplyDeletemay God bless che'Nur Zaima Jahida.
*happy birthday jeda!!!! and yes, to u too abang bard!*
ReplyDeletesemoga murah rezki !
ReplyDeleteghaso eh tak perlu panggil anak yang comel tu dopot. cukuplah nama yang ada tu cukup indah sekali....
ReplyDeleteep besday dopot..nnt ibu bg hadiah.tunggu dpt gaji tau..hehehehe....from ibu ain...
ReplyDeletehahahaha...gelak gak aku baca.... dulu makcik aku pernag panggil aku dengan nama tu -DOPOT-
ReplyDeleteMakcik aku orang kuala pilah ..agaknya itu nama manja orang NS kut..
apapun cikgu teruskan usaha. Aku angkat topi kepada keluarga cikgu yang amat memahami...bukan senang nak jadi ahli keluarga orang berjuang nie... 24jam sibuk dan rezeki sedikit juga terpaksa dikongsi...
assalamualaikum wrth chegu bard, selamat menyambut hari keputeraan n juga hari lahir tuk si comel..semoga ALLAH SENTIASA merahmati kalian berdua. Semoga perjuangan chegu tetap utuh n kukuh dan berjaya mencapai matlamat menegakkan kebenaran. amin
ReplyDelete