Wednesday, September 17, 2008

Surat pembaca mendedahkan isu Air Selangor ?




D
di atas ialah surat yang dihantar kepada cheGuBard melalui email seorang pembaca blog cheGuBard.blogspot.com surat ini mendedahkan bagaimana Jutawan 'air' Selangor cuba berusaha menggagalkan pengambil alihan Air Selangor oleh Kerajaan Negeri untuk manafaat rakyat.

Jutawan Air Selangor ini dikatakan membuat memorandum palsu dari Kontraktor dengan memaksa semua kontraktor menandatangani memorandum tersebut. Begitu juga dia memaksa semua kakitangan di bawahnya mencari tandangangan sekurang kurangnya 10 orang - 20 orang untuk menadatangani memorandum membantah pengambilalihan tersebut. Bayangkan jika kakitangan dibawah nya ada 1500 orang sahaja maka sudah pasti 30,000 yang menadatangani memorandum tersebut.

Turut didedahkan dalam email yang diterima ialah bagaimana perancangan seperti akan menaja beberapa program sosial seperti Briget Sungai Selangor dan menaja penulisan artikel betapa SYABAS perlu dikekalkan dibawah puncak niaga dan betapa pentingnya kenaikan 37% tahun depan dibenarkan untuk terus mencekik pengguna.

Menurut pengirim email beliau telah menghantar makluman ini kepada banyak pihak seperti Pejabat Kementerian tenaga, air dan telekomunikasi, pejabat Menteri Besar dan BPR tetapi tidak ada sebarang respon malah pihak media juga menolak untuk menyiarkan berita mengenai perkara ini. Adakah Jutawan Air yang amat kaya ini ada agen di segenap inchi bumi selangor untuk memastikan setiap titik air di Negeri Selangor merupakan kekayaan beliau.

Setelah menulis artikel "Air Selangor Milik Individu"dan turut menghantar email artikel tersebut ke beberapa pihak namun juga gagal mendapat perhatian. Tidak pasti mengapa ? Adakah kerana isu membiarkan individu memiliki kekayaan melampau dengan setiap titik air kepada rakyat adakah RMbaginya tidak penting ? Malangnya apa yang diperolehi ialah email respon berbentuk ugutan / peringatan supaya menghentikan siaran isu ini kerana mungkin berdepan dengan saman dari organisasi atau individu tertentu....

cheGuBard mendedahkan sekali lagi isu ini untuk perhatian semua.... termasuk juga SYABAS, PUNCAK NIAGA mahupun individu itu sendiri untuk memberikan penjelasan....

17 comments:

  1. Anonymous2:22 PM

    aku dengar MB senalngor ni agak lembab sikit tapi .... hope dia leh cargas sikit dalam bab ini.... aku dimaklumkan jutaan wang selangor terhabis bayar syabas untuk air free.... ambil alih cepat air dar rozali nie

    ReplyDelete
  2. Go!Malaysian...3:26 PM

    SAPP leaders’ presence at DAP forum!!!

    got photo for a prove!!!

    see here!!!

    http://gomalaysian.blogspot.com/2008/09/malaysiakini-sapp-leaders-presence-at.html

    ReplyDelete
  3. (PPIM) NGO YANG TAK BOLEH PAKAI
    Pagi tadi Dato' Dr. Ma'amor Osman sebagai Setiausaha Agung PPIM telah menghantar memorandum kepada MB Selangor bagi membantah pengambilalihan Syabas. Aku memang tidak memahami dengan perjuangan sebenar PPIM ini, menurut maksudnya Persatuan Pengguna Islam, sepatutnya mereka menyokong supaya rakyat tidak perlu menanggung kenaikan tarif air sebanyak 37%. Sejak kebelakangan ini aku lebih nampak yang PPIM ini membela nasib peniaga daripada pengguna. Jikalau betul niat perjuangan untuk membela Pengguna Islam khususnya mengapa tidak membantah kenaikan harga minyak, makanan, tiket bas, tol dan sebagainya. Apabila kerajaan mengumumkan sebarang kenaikan harga dimanakah memorandum untuk membela Pengguna Islam Malaysia?

    ReplyDelete
  4. Dedahkan sekerap dan dibanyak laman2 blog dan web....agar menjadi berita umum yang hangat! Teruskan cg!

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:49 AM

    erm... aku tengok isu ini besar tetapi memngapa harakah dan suara keadilan pun tak siar isu ini...?

    takkan cikgu nak cakap harakah dan suara keadilan juga dibayar oleh TS Rozali... ?

    ReplyDelete
  6. memperbaik kerosakan adalah lebih baik, jika tidak akan bertambah rosak dan binasa segala perkara.
    teguran dan nasihat demi kebaikan semua manusia hatta binatang sekali pun.
    musnahkan segala unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan dalam segala sistem dan pentadbiran.
    orang yang melakukan kerosakan itu Allah laknat mereka hingga ke hari akhirat, dan di balas azab atas mereka itu, jika mereka sedar dan insaf.....

    ReplyDelete
  7. BMF member10:44 AM

    PPIM ada program BMF yg turut membela ahli perniagaan muslim.Aku dengar banyak juga yg jadi ahli dam PPIM bantu.aku harap PPIM mestilah seimbang perjuangannya kerana pendekatan PPIM dikatakan lebih kpd memperjuangkan tanggungjawab sesama muslim.pd pandangan sepintas lalu nampaknya macam PPIM sokong syabas tapi salahke kalau memang syabas telah berjasa kpd pengguna?PPIM kena berhati2 sbb medah orang nak perlecehkan tapi siapa nak ambil pusing betapa beban yg dipikul dan KPDN HEP pun banyak kelemahannya dan sering tidak sebulu dgn PPIM.PPIM sering dipersalahkan kerana tak sama sisi pandangan dan aku pun selalu juga bedal PPIM secara bersemuka dan aku harap kekawan pun elok juga bersama nasihatkan supaya PPIM tak tergelincir dari landasan.selamat berpuasa dan hari eidul fitr.sama2 kita nasihat menasihati supaya mendapat redha ALLAH

    ReplyDelete
  8. pengguna ampang11:26 AM

    Air sebenarnya tidak boleh dimonopoli atau diperdagangkan kerana ia adalah anugerah Ilahi tapi bila manusia sendiri yg rosakan dan cemarkan air maka kos merawat menjadi lebih banyak.Aku bermaksud bahawa nak turunkan tarir air adalah tanggung jawab bersama terutamanya pengguna supaya tolong pastikan sumber air tidak tercemar dan adukan kpd pihak yg berwajib dan pihak yg berwajib pun kenalah proaktif,aku tengok sejak zaman BN sampai sekarang belum jelas tindakan kpd kilang haram dan tak haram yg cemarkan sungai.Ini tanggungjawab kita semua dan yg besar adalah kerajaan kerana ia ada kuasa utk menguatkuasakan undang2 yg ada.PR atau BN ke kenalah buat kerja betul2 dan pd isu yg sepunya jgn lah dipolitikan.jgn kerja kita tak selesai tapi sibuk salahkan orang lain.Aku harap pengguna tak jadi macam kancil bila gajah sama gajah berperang!Aku harap masa depan rakyat tak jadi taruhan bila parti tak sehaluan.Syabas atau puncak niaga ke kenalah buktikan iltizam dan tradisi menggutamakan pengguna.Jgn kerana ada persatuan pengguna yg sokong kerja tak jalan.Tan Sri kenalah bekerja bersama2 dgn semua pihak dan terimalah teguran walaupu pedas.Aku percaya Tan Sri Rozali faham erti kemanusiaan dan tanggung jawab.PLEASE...

    ReplyDelete
  9. oghang bongek11:35 AM

    Dulu masa syabas ambil alih pengurusan air hutang kerajaan BN selagor kpd kerajaan pusat turut diambil sama maka on paper sangatlah berkurang hutang itu.Kalau kerajaan PR nak ambil alih sama jugaklah macam nak bagi duit pd kerajaan pusat yg dah nak bengkrap tu.Aku harap adalah lebih baik kerajaan sgor tak ambil semula syabas dan gunakan duit tu utk prijek lain dan boleh menambat hati rakyat misalnya bersihkan sungai sehingga airnya enak diminum begitu saja!ertinya ikan dan ular dalam sungaipun akan doakan kelangsungan kerajaan PR dan aku percaya doa haiwan tu lebih cepat dimakbulkan banding dengan kita yg bermacam dosa ni.Aku harap chegu bard setuju dgn aku dan kalau boleh air sawah kat rembau tu jadi kondusif utk ikan dan itik beranak pinak.Chegu pun lama tak nampak kek rhombau,pou mano?

    ReplyDelete
  10. ese dari pilah11:46 AM

    Dulu masa aku kecik2 tak de pun air paip ni.aku pakai air mineral buat mandi sebab air perigi aku punya sejuk giler.sekarang ni mana ada perigi lagi dah.Kek kampong air pun dah tercemar.nak pump air dalam bumi pun sekarang ni tak boleh sesuka hati macam dulu.agaknya pasal tulah ada orang yg jadi kaya uruskan air sebab kita punya kesilapan .sendiri mau ingat lo!pegawai kerajaan makan tido je ke?Politician pulak sibuk kumpulkan harta yg sengsara adalah orang kampong macam aku ni.harga barangan pengguna makin meningkat tapi pendapatan merosot terus!Ahli politik macam chegu bard tolong lah jenguk orang kampon ni kerana nak harapkan Jkairy apa dia tau tentang hidup susah.meh samo2 kito bokojo utk ummah

    ReplyDelete
  11. hamidun1:02 PM

    orang bonghek... kau peluto apo aku nie duk kumpo lamo gak tak balik kg tapi aku tengok ponoh program cikgu nie kat ghombau tu.. siap gambar lai.. kau tak nampak dio ko ...atau ko takdo kek ghombau tu...?

    apo pun sapa nak kondali air nie ngan syarat jgn nak mengirup darah rakyat...asyik naik bil air ajo..

    ReplyDelete
  12. oghang bongek3:38 PM

    Sdr Hamidun,chegu bard memang lebih hebat dari KJ.Aku pun menyampah kek diotu.Tengok muko ae....kalau tanyo pak habib tentu dio buleh ceghrito siapo KJ sobonar ae.Sae memang jaghang balek bongek sojak bekas montoghi sukan kono penjagho maghin.pokok manggo yg den tanam pun dah sebosar pomolok.Sae setuju kenyataan woghis pasal ngan chokek daghah tu.Sdr tingga kek mano?kulumpo bosa,kalo buleh duduk minam kupi elok yo.Sae lamo tak makan lomang kek koto.lomang kek situ memang sodap dimakan begitu sajo.ghato ni mantai beghapo ekor lombu?Aku kalo buleh dapek seighis danging batang pinang jadilah.Chegu bard bilo buek open hse?selamat eidul fitr,maap zahir batin.

    ReplyDelete
  13. oghang bongek3:52 PM

    Den haah tanyo kek Dr Maamor pasal apo PPIM dan NGO lain sokong syabas?PPIM katanya memang nak tengok satu international water player muslim yg berwibawa,tak nak tiada kepastian nasib syarikat kalau berlaku perubahan kerajaan,Kjaan PR lebih baik jadi pembela rakyat kerana kalau syabas tak buat kerja tentu kerajaan boleh tegur dengan tegas dan boleh audit,dan kalau kerajaan sgor boleh bersihkan sungai tentu kos rawatan air rendah maka tak ada asas yg kukuh utk naikan tarif lagi pun NRW terbukti berkurangan.macam2 penjelasan dan saya buleh terima dan ucapkan tqvm.harap lain kali PPIM berikanlah justifikasi dengan jelas dan aku pun setuju kekhuatiran beliau tentang kesinambungan perkhidmatan dan kerja berpasukan walaupun terdapat perbezaan ideologi politik.Aku dengar Dr ni baik dengan pak sheikh,betul ke?bila nak masuk PKR?kalu nak mehlah datang rembau,balek melaka tu senang siggah .kalau berani kawin sorang lagi dengan orang bongek.berani?cubalah....

    ReplyDelete
  14. Anonymous4:08 PM

    Aku kalau bolih nak supaya KJ kalah masa PRU dulu tapi apa bolih buat semua dah berlalu.sekarang masa membela rakyat terutamanya gulunga yg tertindas dan terpiggir kerna BN amalkan pileh kasih yg keterlaluan dan pemimpinya leka cintakan dunia.Ada satu kawan cina aku cakap kalu kejutkan orang yg tidur memang senag tapi pemimpin BN ni buat2 tido tu pasalah susah nak kejutkan.yg eloknya salai aje diaorang tu.Orang PR pun kena selalu muhasabah diri dan bertaqwa kerana cobaan akan sentiasa ada dengan pelbagai rupa.Sokongan kita mestilah atas alasan yg syarie.hati2 dgn perangkap yahudi dan nasora spt firman Allah surah albaqorah ayat 120.Chegu bard kena ikhlaskan perjuangan kerana Allah kerna biarpun kalah pd pandangan manusia tapi menang disisi Allah.Selalulah bertahajjud dan mohon ketetapan iman.

    ReplyDelete
  15. oghang bongek9:08 AM

    Kita kat malaysia ni nampak tenang dan selesa Aku pernah dengar satu perumpamaam bagaimana seokor katak mati katak kerana seronok dlam kolam sendiri yg dipanaskan secara perlahan2,bila air dah mendidih katak tak sempat nak melompat;berbanding dengan katak yg dicampakan kedalam air yg panas maka bersegeralah ia melompat keluar.Aku bimbang orang melayu yg merasa selesa dan dibuai dgn mimpi dan angan2 akhirnya jadi macam ayam yg mati kelaparan dalam kepok padi maksudnya usahawan melayu mati kerana lalai melaksanakan tanggungjawab smentara kerajaan pula kinonya atas dasar telus menafikan realiti bahawa orang lain saling membantu tapi kita saling membunuh seperti kematian sebakul ketam dalam satu bakul kerana asyik menarik turin kawan yg nak keluar dari perangkap maut itu.renungkan lah kata2 ini supaya kita kembali kpd agenda membangunkan ummah islam seluruh dunia.Orang islam bertanggung jawab untuk menjadi kaya dan budiman iaitu berbudi dan beriman.Ayuh bangunlah saudaraku orang melayu yg budiman ,bersama kita menegakan kebenaran Ilahi dibumi malaysia yg merdeka ini.

    ReplyDelete
  16. oghang bongek9:44 AM

    Sdr red-cap,kita saling tidak mengenali dan saya pun yakin sdr tak mengenali PPIM secara dekat.Saya nak nasihatkan supaya sempena bulan ramadhon dan menjelang eidul fitr ni eloklah pergi bersemuka dgn sdr dr maamor tu supaya tuan akan tahu betapa PPIM menghadapi mehnah dan tribulasi yg hebat bukanya dari kalangan orang bukan islam saja tapi dari orang islam sendiri termasuk saudara abdal rahman koya yg bedal PPIM dan menyokon penipu dan pengotor cina yg bernama jakson yg keluarkan roti.Aku percaya kita kena khusnul dzan dan nasihat menasihati sesama muslim.Apa perlunya kita mencari musuh baru sedangkan musuh hakiki kita bersorak gembira melihat kita dicatrurkan.Ingatlah agenda zionis yg gunakan giyim utk hancurkan goyim yg lain.PLEASE jagan jadi bidak dam percaturan yg halus ini.maafkan aku kalau nasihat ni melukakan hati saudara,tqvm

    ReplyDelete
  17. penyokong PPIM10:01 AM

    Sdr red-cap,kenapa marah sangat kat PPIM tu?sedarlah diri tu sikit bukanya ko yg bagi pahala kat diorang dan jangan mendahului Allah kerana Allah lebih tahu apa yg tersirat dan tersurat dikalangan sukarelawan PPIM tu.Maaflah aku gunakan perkataan Allah kerana aku pun tak tau ko tu ugama apa.Kalau orang islam kita wajib bersifat berkasih sayang sesama kita.Aku cuma bolih kata kalu ko tu berani dan ada maklumat yg PPIM tu tak berguna tolonglah jadi anak jantan bersemuka dgn PPIM.Aku sedar sejak lebih 11 tahun PPIM ujud ko mungkin tak pernah sumbang apa2 pun maka apa hak ko nak kata PPIM tak berguna.cermin muka tu sikit.aku cakap ni kerana aku selalu menikuti perkembangan PPIM dan memang ahli PPIM.Sdr red-cap aku agak ko ni komunis lah sebab pakai topi merah!aku harap sangatlah chegu bard bawakan mereka bersembang supaya buangkan yg keruh ambil yg jernih,sejernih air yg dibekalkan oleh kerajaan melalui syabas kalau kat selangor dan WP lah.kat penag atau melaka atau kelantan pun masing2 syarikat lah!!

    ReplyDelete