Thursday, September 11, 2008

Pemimpin MCA, PPP dan Umno di NS istihar masuk keADILan

Ratusan sms dan panggilan telefon diterima berikutan pengumuman blog ini semalam berkenaan satu sidang media pengistiharaan teman pemimpin MCA, PP dan Umno di Negeri Sembilan untuk meninggalkan komponen Bn dan memohon untuk memasuki keADILan. Nampaknya langkah berani teman - teman ini cukup mendapat perhatian bukan sahaja dalam Negeri Sembilan malah dari pemerhati politik Malaysia di luar negara juga.

Pagi ini , 11 September 2008, sekitar jam 11 pagi sidang media dimulakan. Kehadiran wartawan dalam jumlah yang juga luar biasa.

petikan berita dari Malaysiakini.

Seramai 29 pemimpin cawangan dan bahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk seorang timbalan ketua bahagian Parti Progresif Penduduk (PPP), telah menyertai PKR Negeri Sembilan hari ini.

Seramai 19 pemimpin PPP di peringkat dewan undangan negeri (DUN) di Parlimen Teluk Kemang, yang diketuai oleh timbalan ketua bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy, menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Baharin Abas dalam satu majlis di Seremban pagi tadi.

Turut menyertai PKR hari ini ialah tujuh pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa (AJK) MCA bahagian Seremban, Teluk Kemang, Jempol dan Kuala Pilah.

Selain mereka, tiga AJK cawangan Umno di Rembau dan Kuala Pilah, turut berbuat demikian.

Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mereka bagi menguatkan kedudukan parti itu di negeri tersebut.

"Kita mengamalkan sikap tangan terbuka dan menggalakkan sesiapa sahaja untuk menyertai PKR.

"Kemasukan Karupusammy penting kerana kekuatan PPP Negeri Sembilan ialah di bahagian Teluk Kemang.

"Berikutan itu, kita menjangka sebahagian besar daripada 2,000 ahli PPP Teluk Kemang, akan menyertai PKR tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengakuan pemimpin berkenaan, lebih ramai ahli ketiga-tiga parti komponen BN itu akan menyertai PKR.

Sabaruddin berkata, kemasukan ahli Umno melalui bahagian PKR di Negeri Sembilan amat menggalakkan.

"Jumlahnya ramai sehingga membimbangkan pemimpin Umno termasuk Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan," katanya.





Sidang media dihadiri oleh YB Dato Kamarul Baharin Abbas,Pengerusi Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, Sabarudin Yasin, Setiausaha Perhubungan keADILan Negeri Sembilan, YB Chai Tong Chai, Timbalan Pengerusi Perhubungan dan selain dari cheGuBard sendiri selaku MPT keADILan.

Sekurang kurangnya 7 cawangan MCA akan terbubar, 12 cawangan PPP juga akan terbubar dan menyebabkan PP NS lumpuh. Kekuatan Umno juga sudah mula goyah kerana ramai pimpinan 'grassroot' Umno juga telah bersama keADILan. Ada antara mereka ialah golongan profesional dan pemimpin Belia serta NGO peringkat Nasional.

Mengulas ugutan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi Bn Negeri Sembilan yang akan membubarkan DUN jika keadaan politik goyah dan ada ADUN yang melompat.

keADILan Negeri Sembilan amat kesal dengan ugutan Mohamad yang jelas menghina DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana bagindalah yang berkuasa membubarkan DUN bukan Mohamad. Persoalanya adakah Mohamad tidak faham undang -undang tubuh negeri atau dia terlalu panik sehingga mengeluarkan ugutan itu ?

Kenyataan Mohamad yang begitu yakin akan merampas semula 15 kerusi PAKATAN kerana baginya kemenangan PAKATAN hanya kerana masalah dalaman Bn seolah memperlekehkan kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan. Banyak kenyataan Mohamad sebelum ini juga memperlekehkan kehadiran 15 orang ADUN PAKATAN dalam DUN dan mengangap ia memberikan masalah kepada kerajaan negeri.

Sekarang keADILan mencabar jika benar Mohamad berani 'anak jantan dalam politik', sila mengadap Istana Negeri Sembilan persembahkan kepada Banginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk dibubarkan DUN agar membolehkan pilihanraya diadakan semula. Bagi keADILan dengan keangkuhan berterusan kerajaan Bn khususnya di Negeri Sembilan, dengan kebangkitan rakyat serta kempen berterusan memperjuangkan dan membela rakyat leh PAKATAN, keADILan yakin jika diadakan Pilihanraya DUN Negeri Sembilan, PAKATAN bakal merampas sekurang kurangnya 20 kerusi dan akan memerdekan kedaulatan rakyat negeri ini.

7 comments:

  1. Anonymous2:29 AM

    hidup pkr!!!!!

    http://tvpakatanrakyat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:43 PM

    pilihanraya dah tamat... tp rakyat masih macam nie... tidak ada bezanya... masih berjuang mencari sesuap nasi... mereka yang bertanding baik yang menang atau yang kalah masih begitu... hanya pandai bercerita tapi abuk pun tara... tp cerita akan terus cerita... macam la dengan cerita mereka tu akan letak nasi kat meja kami.....
    dah layan menda nie sampai bila pun tak habis... baik layan nie
    http://numenmail.com/pages/index.php?refid=koloi78

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:54 AM

    yealah. hidup PKR, pastu ko nak semayang pun tepi tong sampah, belum jadi pemimpin azan nak dimansuhkan, dgr dlm masjid jer, semua papan tanda nak digantikan dgn tulisan cina n india...mcm mana? kena sedar memang lah UMNO tur ader masalah tapi UMNO x pernah lupakan hak anak anak korang nak sekolah n masuk universiti, korang mampu leh r ckp besar, tap bagaimana dgn org org kampung yg x mampu? ko bleh support ker? sume kutuk Mahathir, aku cabar buat suatu yg baru utk beri pembangunan n semua tahu tentang Malaysia, beri idea tgk!!!!! mak bapak korang pun x pernah nak tahu Malaysia akan ada KLIA, KLCC, masalah UMNO tur lambat laun akan mkn diri diaorg sendiri tetapi kiter sbg org melayu kena bersatu, dm PKR tur, CINA yg mengaku MALAYSIA ni negara diaorg tetapi nak ckp bhs MELAYU pun gagap, tulih JAWI diaggap perkauman, diaorg mkn babi dpn MELAYU tidak perkauman plak? Fikirkan baik baik, Anwar pun x leh caya.....

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:37 PM

    kenapa Umno ni suka kacau daun sikit2 timbul isu perkauman bila rakyat sokong pembangkang.Woi anynomous atas, Pak sheikh tu sekarang tengah tarik rambut dlm tepung, bukannya nak binasakan org melayu ...itu pun ko tak paham ker...aku tak percaya dah kat puak2 UMNO ni .....

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:22 AM

    kami anak N9 di perantauan menunggu kerajaan N9 bertukar kepada kerajaan di bawahan Pakatan Rakyat...

    TAKBIR!!!REFORMASI!!!JOM UBAH!!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:52 PM

    kau perosak agama, bangsa dan negara bad....kau pegi mampus....

    ReplyDelete
  7. Anonymous8:44 AM

    Mano deh kerajaan Pakatan Rakyat Negori 9? Samo cam cakap Brader Anwar Bin Ibrahim, munafik... Bila berjanji menipu.

    -M6

    ReplyDelete