Wednesday, September 24, 2008

7 Oktober - Mahkamah akan putus pemindahan kes

Gambar terbaru DSAI dan DSWA ketika tiba di perkarangan mahkamah
yang disambut oleh penyokong yang hadir seawal 7 pagi lagi.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 7 Oktober bagi memutuskan sama ada kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dipindah ke Mahkamah Tinggi.

Ia diputuskan sebentar tadi.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

dibawah pula ialah kenyataan penuh DSAI semalam mengani pembentukan kerajaan.

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008

Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat. Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu. Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen. Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan. Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara. Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri - di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza. Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan.

Continue reading ‘Langkah Seterusnya Untuk Membentuk Kerajaan’

2 comments:

  1. Sameon1:22 PM

    Mesti perbicaraan kes Anwar ni akan makan masa yang lama. Aduh! Bosan betul menunggu.. Lagipun jika perbicaraan ini memakan masa yang lama maka semakin banyak peluang Anwar untuk mencari helah dalm meneruskan usaha beliau untuk mencapai cita-cita beliau...

    ReplyDelete
  2. orang dungun1:35 PM

    " Saya tak pasti webmaster akan menyiarkan atau tidak teguran ini kerana melibatkan teguran kepada pimpinan PAS Dungun. Harap ada sedikit keterbukaan.

    Semalam saya menerima SMS mengenai satu taklimat yang berbunyi "Taklimat Isu Semasa Terkini oleh Bekas Calon Parlimen Dungun (Ketua Angkatan Muda Keadilan) - Sdra Shamsul Iskandar Mat Akin pd 25 Sept Khamis jam 6.00 ptg di Surau Ustaz Omar Shukri > Sdra dijemput hadir S E B A R K A N !!"

    Saya rasa cukup pelik. Ahli Keadilan Dungun tak sampaipun 30 orang. Surau Ustaz Omar Shukri tempat TKO nak buat Dialog adalah antara kubu kuat PAS disini, dan merupakan indikator kepada kemenangan DUN Sura.

    Saya juga berkesempatan bertemu dengan Haji Wahab dalam satu majlis berbuka puasa dan saya pernah menyebut tentang ahli keadilan dia sebut tak lebih daripada 7 orang. Hanya Keadilan Dungun mengetahui berapa ramai bilangannya. Tetapi semasa PRU baru-baru ini semua urusan Shamsul dibuat oleh PAS termasuk nak cari rumah sewa untuk Shamsul.

    Jika peti undi ini memang melebihi 800 undi, PAS pasti boleh menawan DUN Sura dan pilihan raya baru-baru ini telah terbukti setelah PAS Kalah pada pilihan raya 2004.

    Saya juga ingin menyebut di sini dalam culaan 2008 tiada seorang pun ahli keadilan di Peti Undi ini yang jumlah pengundi adalah 3000 orang lebih dan Dun Sura keselurahannya 14,000 orang.

    Apa rasionalnya taklimat PAS perlu kepada pimpinan Keadilan. Ini bukan program bersama?

    Saya tak nak bangkit masalah semua pekerja PAS sebelum ini tak setuju dengan calon keadilan. Sepatutnya jika tiada calon keadilan PAS Kawasan Dungun memperolehi sekurang-kurangnya 2 Kerusi Dun dan 1 kerusi parlimen.

    Tempat ini adalah tempat selamat no. 5 antara rangking 32 Dun di Terengganu.

    Analisis pilihan raya 2008 juga menunjukkan bahawa peratus kekalahan PAS pada kerusi parlimen adalah amat teruk berbanding sebelum ini yang mana calonnya adalah Dato' Mustafa Ali.

    Saya juga tidak nak bangkit, soal Keadilan telah menukar calon di sini yang sepatutnya adalah Azmin Ali kepada Shamsul pada saat akhir.

    Saya masih tertanya-tanya atas keputusan apakah yang Haji Wan Hassan Mohd Ramli bersetuju dengan taklimat isu ini?

    Saya amat setuju dengan pandangan Azizi Haji Abdullah dalam tulisannya Badan PAS tetapi baju Keadilan. "

    ini petikan berita dari http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16585

    perkara seperti ini harus diberikan perhatian oleh pemimpin keadilan... keadilan lemah lagi..perkuatkan dulu parti...

    harap calon2 keadilan ikut cikgu badrul nie lepas tanding jangan tinggal kawasan.... shamsul kami di dungun ni bukan tunggangan....

    ReplyDelete