Muka depan akhbar Sinar Harian edisi NS & Melaka telah menyiarkan kenyataan cheGuBard dalam ucapan penangguhan Mesyuarat Agong Bahagian Rembau yang diadakan pada 7 September yang lalu. Dengan tajuk 16 September tetap akan jadi, telah mendapat perhatian ramai.
che'GuBard melalui laporan akhbar dengan jelas menyebut berkeyakinan tinggi agenda 16 September tetap akan jadi. 16 September ialah agenda rakyat bukan agenda peribadi Anwar. Anwar dan PAKATAN boleh menunggu sehingga PRU yang akan datang tetapi bolehkah ekonomi dan kesempitan hidup yang menghimpit rakyat mampu menunggu....? Semakin hari Malaysia makin hilang daya saing.... semakin hari rakyat semakin terhimpit... media hanya memainkan retorik... dalam pembentangan belanjawan media hanya huar - huar kan kononya rakyat dapat habuan terbesar yang sebenarnya tipu !! Habuan terbesar diperolehi oleh kapitalis besar... buget negara terbazir membayar pampasan kepada TNB dan syarikat konsesi tol.
Agenda 16 Sept. sempena tarikh penubuhan Malaysia. Agenda ini untuk melahirkan Malaysia baru yang lebih adil dan harmoni...pentadbiran berpaksikan rakyat.... jika ia tidak jadi 16.9 ia tetap akan jadi dalam tahun ini. Ahli Parlimen Bn kini seperti orang salah diekori ke sana ke sini... di kurung dan dihantar 'belajar' bertani ke Taiwan. Namun yang menarik semalam seorang ahli Parlimen dari GERAKAN yang berada di Taiwan telah menghantar sms kepada Pengerusi Pemuda Bn, Hishamuddin Tun Hussein yang meletakkan jawatan dari Ketua Pemuda Bn P.Pinang dengan alasan uasana tak kondusif untuk dia pegang jawatan. Walaupun dah di kepung di Taiwan tapi masih ada yang meletakkan jawatan.
Dalam ucapan cheGuBard juga menegaskan supaya pimpinan Bn N.Sembilan jangan sibuk dengan agenda 16 Sept. 'ambil alih kerajaan pusat. Percayalah bahawa jika agenda 16 September berjaya pada 20 September maka 21 September kerajaan Bn N.Sembilan juga bakal tumbang. Ini kerana semenjak dari pilihanraya sehingga kini PAKATAN di N.Sembilan khususnya keADILan telah mempunyai hubungan 'rapat' dengan lebih dari 4 ADUN Bn di Negeri Sembilan.
Laporan Sinar Harian hari ini dijawab oleh Pengerusi Bn N.Sembilan merangkap M.Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Hj Mohamad Hassan. Dia mengatakan bahawa jika ada yang melompat maka dia akan bubar DUN N.Sembilan.
Hj Mohamad Hassan yang memang terkenal dengan kesombongan dan kenyataan 'kasarnya'. Baru - baru ini dalam persidangan DUN NS dia 'menghalau' semua ADUN PAKATAN dengan menjerit 'pergi mampos'....
Kenyataan terbaru Mohamad ini pula jelas menghina DYMM SPB Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan, tidakkah dia sedar kuasa membubar DUN bukanlah kuasa dia tetapi kuasa Yang Di Pertuan Besar N. Sembilan. Adakah dia tidak memahami undang undang atau dia dah mula panik sehingga mengeluarkan kenyataan tersebut. Malah keADILan cabar Mohamad kalau berani cadang kepada istana N.Sembilan bubar DUN sekarang kenapa perlu tunggu 'lompat' ? kerana jika tunggu lompat takut tak sempat bubar.
cheGuBard berkeyakinan tinggi jika Pilihanraya diadakan di N.Sembilan PAKATAN bakal memenangi sekurang kurangnya 20 kerusi dan membentuk kerajaan negeri.
Mengenai kenyataan chegu bahawa datuk mat hasan hina Yang diPertuan negeri tu tak kena, saya rasa.
ReplyDeleteMacam manapun dia MB NS, sudah tentu dia kena ikut prosedur dan mintak pekenan Tuanku dulu kalau nak bubar DUN. Mana boleh ikut sedap hati aje.
Kalau saya jadi Datuk Mat pun saya akan usaha habis-habisan. Takkan bila tengok ADUN BN nak kena beli dan disogok oleh PKR yang diagung-agungkan oleh chegu Datuk Mat nak surrender begitu saja dan bagi bulat-bulat kat PKR yang nak main belakang.
Dia memang agresif dan tidak mudah tunduk. Chegu, gentleman lah Chegu. Bagitau kat Pak Sheikh tunggulah empat tahun lagi. Kalau ikhlas, apa nak terburu-buru sampai nak pergi Taiwan nak beli MP. Jadilah politikus yang budiman jika politikus BN dicop kurang budiman. Biarlah rakyat yang tentukan siapa lebih layak bentuk Kerajaan.
Boleh chegu?