Monday, September 22, 2008

Persoalan yang perlu difikirkan


16 September tiba - tiba Perdana menteri Malaysia, Abdullah Badawi telah bertukar potfolio dengan Najib Tun Razak, Timbalanya. Potfolio yang bertukar ialah Najib menjadi Menteri Kewangan dan Abdullah memegang Menteri Pertahanan.

Serentak dengan itu perbagai khabar muncul. Seperti biasa media arus perdana terus diperkudakan untuk menunjukkan kekukuhan kerajaan Bn. Maka tersiarlah komen pemimpin-pemimpin Umno/Bn yang mengatakan pertukaran itu bagus dan melambangkan kelancaran dan keikhlasan Abdullah ke arah peralihan kuasa.

Komen seperti terus mendesak perlahian sudah tentu tidak diberi ruang utama. Sebenarnya ini mungkin berlaku kerana desakan dalaman Umno itu sendiri, tetapi percayalah walaupun pertukaran itu melibatkan Najib menjadi PM dan Abdullah menjadi TPM juga tidak akan dapat meredakan kemelut dalaman Umno/ Bn.

Dalam sidang media yang sama Abdullah seolah memberikan 'tembakan' menyatakan Anwar boleh ditahan ISA kerana mengancam ekonomi negara. Anwar dijadikan alasan untuk menutup kelemahan Abdullah yang sememangnya menjadi punca utama kekalutan ekonomi negara. Sudahlah Abdullah lembab kerakusan menantu, anak-anak dan kerabat yang rapat di kelilingnya yang begitu tamak lebih memparahkan negara ini. Jika kerana mengancam ekonomi negara boleh ditahan ISA maka sudah tentu Abdulllah dan Khairy serta kerabat kelilingnya yang patut ditangkap dahulu.

Kita juga harus fikirkan kenapa pertukaran ini berlaku.... cheGuBard mendapat satu email yang mengingatkan agar tidak memandang ringan pertukaran potfolio itu. Ketika MAGERAN, kononya Abdullah merupakan Setiausaha bilik gerakan negara. Maka walaupun dia lembab dan lembek tetapi dia punya pengalaman menghancurkan demokrasi negara melalui MAGERAN.

Ramai yang mengatakan juga kerana Abdullah mahu mengalihkan kelemahan ekonomi ke atas bahu Najib... mungkin ini juga ada hujahnya... Menteri Kewangan di berikan kepada Najib tetapi mengapa tidak lubuk wang negara iaitu Khazanah Holding yang seharusnya dipengerusikan oleh Menteri Kewangan...? Jawatan baru iaitu timbalan pengerusi diwujudkan di Khazanah untuk menempatkan Najib selaku menteri kewangan.These are just some of the questions the corporate guys are asking following last week's portfolio swap.

Cukup pelik, kita tinjau sedikit !!. "Share Capital" diperbadankan 1993 dimiliki oleh Min of Finance Inc. Melalui Khazanah ini dikuasai semua gergasi korporat besar , lebih 50 gergasi korporat yang bernilai lebih US$20 bilion seperti Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, CIMB Group, Proton Holdings Berhad, PLUS Expressways Berhad, Malaysian Airline System Berhad, and Malaysia Airports Holdings Berhad. Inilah lubuk berkubang Khairy, Kamaludin dan kerabat kroni Abdullah...jika Khazanah dikawal sepenuhnya Najib akan terlondehlah jenayah keluarga Abdullah. Tetapi sebaliknya Abdullah mengambil penuh Kementerian Pertahanan yang juga banyak menyimpan skandal jenayah korupsi Najib... nampaknya Abdullah tidak selembek disangka...!!! Najib mungkin terkena getahnya...

3 comments:

  1. Anonymous4:34 PM

    Pelbagai andaian dan spekulasi mula menyerang Pak Lah an Najib akibat dari peralihan kuasa kecil antara Pak Lah dan Najib. Semua pihak ada hak untuk mengutarakan pendapat masing-masing dalam hal ini tetapi yang pastinya Pak Lah ada strategi beliau sendiri.. Beliau berhak untuk buat begitu kerana beliau masih lagi PM...

    ReplyDelete
  2. kita akan tgj nanti,siapa yg kena getah,samada Pak Lah atau Najib.tekaan aku ialah si Najiblah sekiranya Pak Lah berundur atau kalah dlm pemilihan ini,maka Najib selamat lah....jd lah PM yg keenam.sekiranya PR jd melanggar parlimen nanti berkuburlah Pak Lah n Najib.itulah permainan politik UMNO n BN yg kotor sekali.kononnya nama jaga nama parti yg baik,jg hampeh ada la...lu pikir sendiri........

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:54 PM

    kalau betullah cilako betul Dollah ni. nak merentah lombab tapi nak mencokik harto bondo cokap.

    ReplyDelete