Thursday, September 25, 2008

Gambar dari Majlis 23 September

23 September yang lalu bersempena dengan Ramadhan dan kebetulan Hari Ulang tahun pertama puteri cheGuBard dan Era - che'NurZaima Jahida (juga che'GuBard tarikh lahir jatuh pada 23 September juga) telah diadakan Majlis Sambutan Ulangtahun, Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Bantuan di Rumah Kanak - Kanak Istimewa Harapan.

Sengaja memilih menyambut ulang tahun pertama puteri kesayangan secara sederhana di Rumah Anak Anak Istimewa Harapan ini dengan doa dan harapan agar che'Nur di perkukuhkan semangat perjuangan dan berbakti kepada masyarakat.









p/s ; Laporan yang ditulis Sdr. Azizi

Sebentar tadi Selasa 23 September 2008 satu majlis berbuka puasa telah diadakan bersama “ahli-ahli syurga” di Pusat Jagaan Anak-Anak Istimewa Harapan ( Pusat Khidmat Down Syndrome DUN Paroi)anjuran Parti Keadilan Rakyat Rembau di Taman Tuanku Jaafar , Sg Gadut , Senawang. Program ini juga adalah sempena meraikan hari ulangtahun kelahiran Ketua Bahagian Rembau, Sdr. Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) dan puterinya, Che'Nur Zaima Jahida.

Terdapat 10 orang anak-anak istimewa di sini yang di bawah penjagaan sepasang suami isteri secara sukarela iaitu Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka telah memulakan pusat ini lebih 5 tahun yang lalu. Penghuni pertama ialah adik Mohd Raziz Shah yang kini berusia 7 tahun.
Adik Raziz hanya mampu baring sepanjang masa. Segala makan, minum, pakaian dan keperluan ke bilik air diuruskan oleh pasangan suami isteri tadi.

Bukan mudah untuk memelihara 10 orang anak-anak istimewa ini , tambahan pula mereka ini bukanlah anak-anak Encik Azizan dan Puan Siti. Mereka dengan rela hati memelihara dan membesarkan semua anak-anak istimewa yang ditempatkan di sini, hasil usaha mereka sendiri dengan bantuan dari masyarakat dan pimpinan setempat.Dalam ucapannya, Chegubard telah menggelar suami isteri ini sebagai "WIRA TANPA NAMA" kerana kesabaran dan keikhlasan suami isteri ini dalam membesarkan anak-anak istimewa ini tanpa mengharapkan pangkat, darjat atau nama.

Tersentuh ucapan yang dibuat oleh YB Tn Hj Taufek , ADUN Paroi memberitahu para hadirin bahawa betapa bertuahnya dapat menghadiri majlis bersama ahli-ahli syurga, kerana anak-anak istimewa ini tidak pernah membuat dosa dari sejak mereka dilahirkan, dan mereka akan ditempatkan di syurga nanti , insyaALLAH.

Antara yang turut hadir serta memberi sumbangan kepada pusat ini dalam majlis tersebut ialah YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Ahli Parlimen Telok Kemang , YB Tn Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi serta para penyokong Keadilan dan PAS

Memang terasa kelainan berbuka puasa dan melihat sambutan ulang tahun bersama anak-anak istimewa ini di tempat mereka dibesarkan. Tidak seperti membawa mereka ini berbuka puasa di tempat yang eksklusif.

4 comments:

  1. Anonymous11:00 PM

    tak baik tiup lilin untuk majlis hari jadi... itu pesan ustadz aku. :). Setakat potong kek tak da masalah katanya... :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:02 PM

    Ustadz aku kata, kalau nak sambut hari jadi, x boleh adakan aktiviti tiup lilin tu... setakat potong kek tak da masalah

    ReplyDelete
  3. salam

    sempena hari lembaran akan akan menjelang tiba, izinkan saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri , diharap kemaaafan yang dipohon akan mengeratkan lagi perpaduan supaya kita akan menjadi satu rumpun bangsa yang utuh dan harmoni kerana jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya.

    Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
    kepada orang yang pernah melukai hati kita.
    Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

    Keikhlasan yang dipohon ,keikhlasan jua diberi walaupun keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEKELUARGA DAN SAYA SEKALI LAGI
    MEMOHOF SERIBU KEMAAAFAN

    Carcoon
    0126179717

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:59 PM

    apo lah nak kecoh potong kek lah tiup lilin lah... ust ko tak bagi tahu jgn nak selindung2 ...lawan terang terang....

    apo pun cikgu... kau ikon anak muda...

    comel anak ko tu... salam pada isteri ko sekali yer...


    tabik!!

    ReplyDelete