Wednesday, September 10, 2008

Air selangor milik individu

Sejak dari semalam sibuk sangat tak sempat lagi tulis isu air yang dijanjikan.... semalam seharian di IJN membawa ayah. Tapi buat tatapan sementara sila baca surat dibawah.... dan insyaAllah dalam masa terdekat akan ditulis penuh.........bersambungSambungan ;

Bukan satu tetapi berpuluh Konvensyen Besar dunia telah menyentuh AIR sebagai aset / komoditi awam yang seharusnya rakyat diberi jaminan HAK mendapat akses kepada bekalan air bersih. Namun dalam dunia yang ditenggelamkan dengan pasaran terbuka yang sentiasa mengejar keuntungan AIR sudah menjadi bahan dagangan yang menzalimi rakyat. Air bukan sahaja untuk akses mereka yang mampu tetapi air dikawal oleh kumpulan tertentu dan mereka menikmatai kekayangan yang melampau kerana diberi kebenaran mengawal air.

Menyedari hakikat itu Kerajaan PAKATAN Selangor telah membawa manifesto 'air percuma' dalam pilihanraya lepas dengan semangat merakyatkan sumber air. Selepas Pilihanraya Umum yang menunbangkan Bn di Selangor perbagai usaha dimulakan untuk mengembalikan air kepada rakyat Selangor.

Air di Negeri Selangor dan Wilayah ini sudah dikormesialkan. Melalui Syarikat Bekalan Air Selangor yang dimiliki oleh Puncak Niaga telah mendapat hak konsesi yang menguntungkan golongan pemodal tetapi menjerut pengguna.

Saban tahun air yang menjadi kurniaan Allah menjadi sumber kekayaan yang dikawal individu ataupun kumpulan tertentu. Dalam keadaan Kerajaan Selangor sedang berhempas pulas untuk merialisasikan air percuma untuk rakyat Selangor Puncak Niaga pula dengan serius sedang melobi mendapat kebenaran menaikkan sehingga 37% tariff air.

Malah Puncak Niaga yang dimiliki oleh Tan Sri Rozali yang merupakan bekas Bendahari Umno Bahagian pula berusaha dengan serius untuk menggagalkan pengamilalihan air oleh Kerajaan Negeri.

cheGuBard mendapat email yang mengandungi dua pucuk surat jelas menunjukkan usaha 'nakal' untuk menggalkan usaha merakyatkan sumber air dan terus menjadikan air sebagai kekayaan yang dikawal individu.

Kononya ada sekumpulan kontraktor menghantar memorandum membantah proses pengambil alihan SYABAS oleh Kerajaan Negeri tetapi berdasarkan surat tersebut jelas menunjukkan bahawa kontraktor di ugut untuk menandatangani memorandum tersebut. Kami juga punya bukti di mana semua kakitangan Syabas / Puncak Niaga diarahkan mencari sekurang kurangnya 10 tandangan menyokong memorandum bantahan pengguna air Selangor terhadap proses pengambilalihan air.

Bantahan - demi bantahan akan diokestrakan oleh 'pencekik darah' yang menikmati kekayaan melampau hasil dianugerahkan sumber air Selangor untuk dikawalnya. Kesilapan telah dilakukan di masa kerajaan dahulu yang menganugerahkan konsesi tersebut tetapi kesilapan sejarah perlu diperbetulkan bukan diteruskan.

Kembalikan air kepada rakyat. Selepas ini dengarnya Tan Sri Rozali akan mula menaja beberapa program seperti Briget Sungai dan lain - lain untuk menghalalkan beliau agar terus menjerut rakyat dan menikmati kekayaan dari setiap titik air yang menitik dari paip rakyat Selangor.

InsyaAllah dalam masa terdekat ini pula akan didedahkan beberapa butiran korupsi jutawan air di Selangor ini yang turut diberikan dalam email yang sama.

5 comments:

  1. dengar cerita, kontraktor2 syabas ni ada kena mengena dengan pengerusi eksekutifnya... hmm..patut la sibuk nk buat bantahan... ntah la, apa nk jadi...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:26 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:51 PM

    umno nie memang sialan...... TS Khalid bertindak segera dalam bab ini jgn asyik nak masukkan juak2 PNB dan guthrie memenuhi syarikat selangor....

    ReplyDelete
  4. orang yang bersekongkol dengan kejahatan dan derhaka kepada Allah dan Rasulnya akan menerima azab, dan Allah tak redha mereka hidup diatas muka bumi ini, disebabkan kezaliman mereka kepada manusia yang memang memerlukan sumber yang Allah rezekikan kepada makhluknya, seperti air, tanah, galian (minyak petrol/disel), laut dan sumber dari laut, dan segala macam yang Allah berikan bukan untuk dimonopoli oleh golongan atasan.
    maka rakyat perlu berdoa dan bermunajat kehadrat Allah S.W.T. moga golongan yang menindas dan yang menzalimi manusia agar mereka sedar dan bertaubat, sekiranya mereka itu enggan berubah dan masih enggan bertaubat, kepada Allah kira serahkan segala urusan sebab ALLAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALA MAKHLUK, DIAKHIRAT NANTI KALAU SEDAR IA DAH TERLAMBAT, TAK GUNA........

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:46 AM

    tertanya juga kenapa comment sy x approve ya?actually sy dh bt researh tentang owner syabas n puncak niaga ni...dia salah seorang anak felda yang berjaya, yg bkn naik dgn bantuan politik...n dia juga, setelah senang, menolong semua org2 kampungnya dan sesiapa saja yg memerlukan..pd pendapat sy, apa yg perlu kita faham ialah, tak semua benda berkaitan dgn politik....cuba kita ambil tau sikit brp byk pula modal yg dikeluarkan oleh puncak niaga utk bekalkan air bersih kpd rakyat?xde benda yg percuma dlm dunia ni...apa yg sy dgr, kerajaan negeri selangor sendiri berhutang dengan puncak niaga...prove the truth 1st...jgn pandai ckp je....

    ReplyDelete