Tuesday, February 10, 2009

Polis terus seronok diperkudakan


i

Polis sebenarnya bukan setakat diperkudakan malah seronok diperkudakan oleh Umno-bn. Lihat sahaja bagaimana suasana rampasan kuasa di Perak dan suasana ketika kemenangan rakyat di Selangor contohnya.

Di Selangor selepas menang PAKATAN tidak dibenarkan memasuki terus Bangunan Pentadbiran Selangor. Bangunan yang menempatkan pejabat MB Selangor di kepung oleh polis untuk memberi masa Khir Toyo dan kakitangan rasuahnya memusnahkan bukti - bukti rasuah mereka.

Dua gambar di atas kiriman seorang kakitangan yang terlibat dengan pemusnahan bukti rasuah Khir. Yang bagusnya operasi haram ini dilindungi oleh Polis yang berkawal menghalang orang ramai termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dari memasuki pejabatnya sendiri.

Di Perak Polis sekali lagi seronok menjadi kuda kayu apabila menghalang semua exco termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Nizar masuk ke pejabatnya. Kakitangan SUK mengosongkan semua pejabat secara haram. Semua barang milik peribadi pun dihalang oleh Polis untuk ambil.

Dalam isu demonstrasi Polis seronok menjadi kuda menjaga kepentingan Umno Bn dengan menggunakan kekasaran luar prosedur untuk mematahkan tiap bantahan rakyat. Contohnya 'FRU' yang membedil gas pemedih mata jelas bertindak 'ganas' apabila menembak peluru gas tersebut tepat ke orang ramai bukan ke udara seperti biasa. Wanita bertudung labuh disepak dan diterajang.

Namun dalam pada masa yang sama pemuda Umno diberi ruang luas untuk membuat tunjuk perasaan dengan kawalan keselamatan pihak polis kerana pendemo dari Umno ini dibayar untuk menjerit bukan untuk ditempur oleh rakyat Perak. Mereka juga takut sebenarnya. Lagikan Najib juga takut nak datang kerana ada maklumat dia akan dibaling kasut. sila klik sini untuk baca Najib selamat dari dibaling kasut.

Bezakan taraf sokongan rakyat melalui 2 tunjuk perasaan.

Di bawah ini ialah perhimpunan rakyat di Rumah Rasmi MB Perak yang media lapor ada 1-2 ribu orang.
Dibawah ini pula yang media lapor puluh ribu orang.
Sokongan dari Pemuda Melayu KedahSokongan dari Pemuda 'puluhan' Pemuda Tanjung MalimMungkin kerana MIC bangga mendapat MB pertama berdarah India maka MIC telah menggerakkan puluhan ribu penyokong jugaSeperti biasa hadir jaguh demo Umno , Kj dengan gaya hitlernya, walaupun dia tahu kejadian Perak mempercepatkan Bapa Mertuanya disembelih tetapi apa nak buat nak tanding pemuda maka kena turun jugalah.

Polis juga menjaga pemuda Umno demo di Melaka, semalam di Negeri Sembilan dan terbaru kejap tadi di Puduraya tanpa gangguan malah Polis beri kerjasama penuh lagi memenuhkan 'crowd'.

Itupun dah usaha sungguh sungguh bayar pemuda, salah guna nama pertubuhan seperti PAKIDA dll. untuk memunggah dan menghimpunkan pendemo tetapi jelas Umno Bn kena guna media juga buat magic satu jadi 100, 100 jadi 10,000 dan seterusnya. Mungkin ini kelebihan belajar matematik guna bahasa Inggeris.

Tiba - tiba perang di dua bukit - malaysiakini

Dalam keadaan kalut 'politik' tempatan. Bn takut untuk berdepan dengan 'kuasa rakyat' setelah menyembah bumi dalam dua pilihanraya yang cukup menelan belanja yang tinggi. Dalam keadaan kegilaan berkuasa namun takut dengan pilihanraya Bn menggunakan semua cara untuk mencapai hajatnya.

Namun ketentuan sudah tertulis pertempuran di dua bukit akan berlaku. Kuasa Rakyat lawan kapitalis korup (bn).Pertama takziah buat keluarga YB. Roslan Sharom (sila klik sini ke blog arwah). Moga rohnya ditempatkan dikalangan roh pejuang kebenaran yang lain. Beliau yang cukup rapat dengan rakyat setempat menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam. Hari ini SPR telah umum belum dimaklumkan mengenai kekosongan Kerusi Parlimen Bukit Gantang. Jangan SPR persoalkan kesahihan 'kematian' sudah lah seperti mana SPR mempersoalkan kesahihan surat seperti kes 3 ADUN di Perak. Tugas SPR bukan mengesahkan atau mencari kesahihan tugas SPR ialah menerima arahan Speaker atau Yang Di Pertua Dewan untuk membuat pilihanraya, bekas pengerusi SPR, Tan Sri Rashid yang pernh menjadi Pengerusi SPR paling teruk dihina pun katakan SPR harus adakan pilihanraya tetapi Pengerusi SPR sekarang tak adakan. Maknanya Pengerusi SPR kini lebih hina jadi kuda tunggagangan Bn.

Selepas mendapat berita sah 'PERANG' di Bukit Gantang, petangnya pula mendapat satu berita lagi PERANG juga di Bukit Selambau, Kedah. Sdr. Arumugam telah meletakan jawatan. Beliau yang telah membuat laporan polis mengenai tawaran, ugutan dan ancaman terhadap dirinya dan keluarganya terpaksa meletakkan jawatan kerana bimbang keselamatan keluarganya. Angkat topi dengan sikap 'gentleman' beliau. Sila klik sini untuk membaca komen DSAI dalam isu perletakan jawatan beliau.

Tiba - tiba bn semput mendengar perang di dua bukit ini.................

MB Negeri Sembilan dimurkai Istana...

“MB NS Dimurkai Istana” demikianlah tajuk muka hadapan akhbar Buletin Rakyat keluaran 15 Februari 2009. Akhbar ini boleh didapati dimana-mana kedai akhbar pada harga RM 2 dengan no KDN : PP14333/1/2010. Antara penulis undangan akhbar ini ialah Raihan Sulaiman Palestin, Datuk Ruhanie Ahmad dll.

Cepatkan dapatkan sebelum ianya habis di pasaran.

Antara isunya ialah melibatkan pemecatan Mufti Negeri Sembilan dan pertukaran Setiausaha Kerajaan Negeri.....

Email dari Raja Kapor : Jika Nizar penderhaka Bapa Tajol Rosli juga sama

ini ialah salinan penuh email dari Raja Kapor

ini bukti penyokong BN BUTA SEJARAH...!!!

DERHAKA KONON...CUBA BACA SEJARAH NIH...

Mengenang Sejarah
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian.. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”


Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

KENAPA TAK KATA BAPAK TAJOL ROSLI DERHAKA????

Monday, February 9th 2009 - 06:57:11 AM

Patutlah si badut tu (Tajol Rosli) dok diam-diam (mengalahkan Daim) - hingga tak dengaq suara langsung - dok menyorok kat lubang mana gamak 'aaa?

Baru tau - rupa2nya bapak dia pun menderhaka jugak ..... terer jugak lah bapak dia yang mula2 start dulu.

Patutlah dok diam meloko (jadi mcm kora abau) - kepala serot masuk kedalam kelongsong (shell) - rupa2nya bapak dia pun macam tu jugak - sama kes macam MB Nizar.

Bengap juga sesetengah kerabat diraja yang banyak ilmu hingga tidak mampu belajar dari sejarah. Dah tau tak betul - buat jugak. Maka jawabnya PENYELEWENGAN KUASA lah ... banyak yang tak kena ... ada apa2 kut?

Raja Kapor

Arrest warrant for Changkat Jering rep

The Ipoh Magistrate's Court this morning issued a warrant of arrest against Changkat Jering representative Mohd Osman Mohd Jailu for failing to turn up for his corruption trial.

His sister told the court that he was unwell but failed to produce a medical certificate on his behalf.

Behrang assemblyperson Jamaluddin Mohd Radzi also failed to turn up for the trial.

The two state representatives have left PKR to become Independents and have thrown their support behind Barisan Nasional in Perak.

As result BN has been able to take the control of the state, also with the support of a defector from DAP.

Jamaluddin and Mohd Osman face 16 charges, including allegedly soliciting or accepting bribes of between RM400 and RM100,000 during a two-week period between Aug 6 and 19 last year.

Both are expected to be at the swearing-in of state exco members at Istana Iskandariah in Kuala Kangsar at 10am today.p/s : menurut maklumat katanya Kapt. (B) Osman ini dimasukkan ke IJN. Jika ada sesiapa kakitangan IJN harap tolong pastikan perkara ini dan hubungi cheGuBard melalui sms 0176688404 atau email chegubard@gmail.com

Sunday, February 08, 2009

Ceramah Kebangkitan Rakyat

terlalu banyak perkembangan terkini. Namun cheGuBard tidak akan update sehingga Isnin ini.

Semua dijemput ke

CERAMAH PERDANA KEBANGKITAN RAKYAT

AHAD 8.FEB.2009 JAM 9.30 MALAM

Sg. Nibung Tengah, Bayan Baru
(belakang Sani Char Kuew Tiau)


InsyaAllah malam itu cheGuBard akan ceritakan secara jujur apa yang berlaku. Datang ramai - ramai dan sebarkan.

Najib selamat dari dibaling kasut.

klik gambar untuk imej jelas

Semalam Najib yang sepatutnya menggunakan Majlis Tahun Baru Cina yang dijadualkan di Ipoh sebagai peluang untuk mewajahkan persepsi baru dimana rakyat Perak menyambut beliau sebagai seorang wira. Namun melihat perkembangan dan maklumat dari SB - SBnya saat akhir dia membatalkan kehadiranya walaupun bandar Ipoh telah dipenuhi gambar beliau yang akan hadir majlis tersebut.

Menurut maklumat dikatakan Najib takut hadir kerana ada maklumat sekumpulan orang Perak sudah sedia untuk membaling kasut kepadanya ketika berucap dalam majlis tersebut. Namun kumpulan pembaling kasut tentu kecewa kerana perancanganya sudah diketahui dan Najib tidak hadir. Namun kehadiran Zambry telah disambut dengan sorakan 'boo' orang masyarakat cina dan disambut dengan batu nisan.

terbaru muncul pula 'cerita' konspirasi ir.Nizar dan DSAI. klik sini untuk baca. CheGuBard ditanya sejauh mana kebenaranya ? cheGuBard tak upaya nak jawab cuma kata, tidak dapat dipastikan lagi.

cheGubard kini berada di Pulau Pinang, dikhabarkan oleh seorang anggota cawangan khas PDRM bahawa satu semboyan dari Bukit Aman dah dikeluarkan menyatakan bahawa semua permit ceramah politik (PAKATAN) perlu ditolak atau ditarik balik. Nampaknya Bn terus perkuda PDRM tanda mereka ketakutan. Namun cheGuBard tanya teman anak muda Bayan Baru nak terus ke nak tangguh. Mereka tanya cheGuBard semula, maka jawabnya 'saya sanggup teruskan dan sanggup tanggung semua kemungkinan...tetapi terpulang pada penganjur sebab mereka juga ada risiko..."

Anak Muda Bayan Baru melalui Ketuanya Azrizal jawab "Membujur lalu melintang patah...jalan terus....."

nantikan pendedahan....

Siapakah penama di bawah ini yang amat kaya bermain di sekitar syarikat berkepentingan kerajaan dan dilantik menjadi PENGARAH dalam GAMUDA Berhad.

Name : Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah
Address : No. 12, Gerbang Ampang Hilir, Off Persiaran Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur

Dia merupakan tersenarai antara orang paling kaya dalam negara ini dengan memiliki kekayaan bernilai US$228 million (MYR 773 million) pada tahun 2007.

Dia punya kepentingan dalam buat terowong banjir yang sering timbul masalah, kekayaanya bertambah setiap kali kerajaan istihar naik tol.

Daulat Tuan ku...... Ampun Tuan Ku....................

Setakat petang tadi....Najib takut ke PERAK

Orang yang salah selalunya akan takut. Sebab itulah pepatah Melayu lama ada mengatakan,

“Berani kerana benar, takut kerana salah”.

Nizar Jamaluddin berani untuk “mohon derhaka” kerana beliau berada di pihak yang benar. Ini bukan saya yang kata, tetapi Tengku Razaleigh yang kata. Klik disini dan disini.

Najib Razak dijadualkan untuk menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina di SRJK (C) Yuk Cho, Ipoh. Oleh kerana telah bersalah kerana merompak dan merampas hak rakyat negeri Perak, beliau membatalkannya.

Begitulah apabila ketakutan dan rasa bersalah menghantui diri.

“Berani kerana benar, takut kerana salah”.

Dikhabarkan Majlis yang bakal dihadiri Najib hanya penuh Melayu Umno...masyarakat cina juga pulaukan...kerana berita ini Najib arahkan juak - juaknya susun program lain dan tapis pengunjung agar dia tidak dibaling kasut.

Polis terbaik di dunia ; siapa derhaka ..siapa murka...

Historically, before the existence of Malaysia, the Malay States fell into the hands of the imperialists due to greed and power. It was about the power struggle amongst the royalty which eventually led to the colonisation of the States.

Pre-Merdeka, with the emergence of the insurgencies by the left, a “deal” was struck among the capitalists, the royalty, the royalists and the imperialists with the sole purpose of maintaining and guarding “their” positions and influence in Malaya. The collateral outcome of the “deal” was the independence of Malaya. It was a decision motivated by the need to protect and safeguard the vested interests of these actors. It was not about the rakyat. It has never been!

Fast forward 52 years after independence, we see how the same actors have again colluded to stage a modern day “coup” in the State of Perak. Again this was not done in the interests of the rakyat. Those who have heard about the true colours and the personality/ies of the various decision-maker(s) will not be surprised by the recent decision(s).

Ultimately, one important question that needs to be answered is “what’s in it for me?”. That was the question that Pakatan Rakyat could not answer.

No doubt there are several legal and moral issues that have arisen from the Perak fiasco. But the real issue that irks the rakyat is the fact that the capitalists and the royalty have robbed the State government from the rakyat.

Regarding the legality of the Sultan’s decision to call for the resignation of the Menteri Besar (MB), I am prepared to say that the decision is wrong in law. Based on the Perak Constitution, the MB does not hold office at the pleasure of the Sultan.

The only way the MB goes is by way of a no-confidence motion in the State Legislative Assembly. The Sultan cannot just ask MB to vacate his office.

Article 16(6) of the Perak Constitution states that:
If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

The question then is: who decides whether the MB ceases to command the confidence of the majority of the members of the State Legislative Assembly? Should it be the Sultan or the State Legislative Assembly? How and where should such issues be decided?

The answers to these questions are obvious. Matters of grave importance that affect the interests of the State should be decided in the hall of the State Legislative Assembly, NOT along the corridors or halls of the palace.

The next question then is: who holds the majority at the State Legislative Assembly?
To answer this question, one must first ascertain the status of the three so-called “independent” members who have tendered their resignations. There is a dispute in relation to their status as members of the State Legislative Assembly. Their views therefore should not be taken into account until their status have been definitely resolved.

Against this background, how can anyone say that the Barisan Nasional commands the majority?
Some have replied saying that since the Election Commission (EC) did not recognise the resignation letters of the three “independent” members, therefore they are still members of the State Legislative Assembly.

This throws up the further question whether the EC has the power and jurisdiction to adjudicate on the status of the resignations.

From the legal perspective, the EC has exceeded its jurisdiction. There is nothing under the Election Commission Act 1957 and the Elections Act 1958 that confers power to the EC to adjudicate on such matters. Consequently, the EC’s decision on this matter is ultra vires and is of no effect. Unless the decision by the Speaker to declare the seats vacant is set aside or overturned by a court of law, the EC must accept the decision of the Speaker. However, we have witnessed how the EC has facilitated the “coup” by disregarding the Speaker’s decision.

Levaing aside the legal questions - on desirability - in view that the current political scenario in Perak is fragile and uncertain, coupled with the fact that there is no guarantee there will not be any further and sudden defections that may affect the composition of the State Legislative Assembly, the best decision to make is to have dissolved the State Legislative Assembly.
Unfortunately, wisdom may not be the virtue of some.

Who will benefit from this episode? The “decision-makers”? Those who “orchestrated” the situation?

Unless the question of “what’s in it for me?” is fully answered, then no one will receive the truth.
The State of Perak was robbed by the capitalists and the monarchy.

The fate of the State should not lie in the hands of allegedly corrupted politicians and a Sultan. It should be in the hands of the rakyat! Let the people of Perak decide the fate of their State through fresh elections.

For the record, I am not a monarchist or a royalist. I have little admiration for slogans such as “Daulat Tuanku” and the related “mumbo-jumbo”. Some may say that this article and the fact that I am doubting the wisdom of the Sultan of Perak may be construed as an act of “derhaka” (disloyalty). As far as I am concerned the issue of “menderhaka” does not arise.
And my reply is “derhaka terhadap siapa?”. Can I “derhaka” towards an institution that I don’t believe in? Can I “derhaka” towards an institution that ignores the will of the rakyat?

It is apt for us to be reminded of what Hang Jebat once said:

Jangan! Jangan sembah aku. Aku bukan gila disembah. Aku bukan sebagai Sultan
Melaka yang mengagung-agungkan pangkat dan kebesarannya. Aku Jebat, rakyat
biasa. Pangkat aku untuk kepentingan rakyat. Bergerak aku untuk membuat jasa
kepada rakyat, dan aku rela mati untuk rakyat.. kerana aku mahu keadilan,
keadilan. Keadilan...

The time is ripe for a revolution.


So are you game?
Salam revolusi!


This article is dedicated to those who protested in defiance of the Sultan of Perak today.

tulisan ini oleh salah seorang pewaris CHE' di bumi ini

Rakyat terus derita...Demo Pemandu teksi

Negara ini makmur itu kata pemimpin Umno Bn...bacalah pasal derita pemandu teksi yang dirakam oleh budak kerja kargo. sila klik sini untuk baca

sila klik sini pula untuk lihat kesengsaraan marhaen

Rakyat murka , sultan derhaka ?

Tiba-tiba rakyat bangkit murka
tidak sangka sultan menderhaka
meminggir sepi suara keramat
memperkenan sembah barisan bangsat

Keadilan bukan kanun retorik
hiasan perlembagaan kosmetik
dari busuk ketulan taik-taik
pertubuhan bersatu melayu fasik

Bersama c4
tiada maaf bagimu
katak-katak songlap jutawan baru
riuh melompat ke mulut buaya
terkutuk maruah selagi bernyawa

Riuh setan mengguling demokrasi
bacul mengubur hak majoriti
murka rakyat membawa resolusi
mengulang saujana gema reformasi

Dulu, kini, selamanya sejagat
ketuanan rakyat tetap berdaulat
maka sedihnya derhaka sultan
meruntuh warisan taat kesetiaan!

FudzailDubai,
UAE7 Feb 2009

KENYATAAN MEDIA IKATAN ANAK-ANAK PERAK DI PERANTAUAN

Isu Menteri Besar Perak
  • Kami Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan ingin menyatakan pendirian kami bahawa Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin masih layak untuk memegang jawatan Menteri Besar.
  • Kami berpandangan pendekatan dan amalan biasa adalah memutuskan sebarang keputusan melalui sidang khas DUN Perak. Justeru itu, sekiranya UMNO berwibawa mereka seharusnya memohon kepada Speaker Dewan DUN Perak untuk mengadakan sidang khas bagi menentukan kedudukan Menteri Besar dan barisan Exco.
  • Perkembangan yang berlaku sekarang, menggambarkan sikap kegelojohan UMNO dan Barisan Nasional dalam usaha untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak. Keadaan ini juga, membuktikan UMNO dan Barisan Nasional tidak berani dan yakin bahawa rakyat Perak akan memberi sokongan kepada mereka. Tindakan yang telah dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional juga menjelaskan sikap yang tidak bermaruah dan memenuhi aspirasi demokrasi.
  • Kami dengan ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Menteri Besar dan Barisan Exco pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar

JamaluddinAhmad Idzam Ahmad
Presiden Ikatan Anak-Anak Perak Di Perantauan.

Bersalahkah Anwar ?


Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!

Friday, February 06, 2009

Apa sebenarnya ?

Sirul telah membaca kenyataannya sendiri di Mahkamah sambil menangis dengan mengatakan dia dikambing hitamkan. sila klik untuk baca

Bala telah hilang dari Kolkata (tempat dia pilih untuk disembunyikan) ? Burma (sepupu Altantuya yang pernah lihat seorang menteri dengan sepupunya) hilang di Hong Kong ? sila klik untuk baca lanjut

Malaysia ni macam dah tak ada Perdana Menteri atau Pak Lah sibuk dengan KJ cari kotak kosong untuk bungkus barang - barang dari pejabatnya....?

Thursday, February 05, 2009

Terkini 2.40 petang dari Perak

Anwar tiba di rumah Nizar, akan mengadakan PC pukul 3ptg ini bersama KM Penang Lim Guan Eng.

Perhimpunan beralih ke Stadium Perak.

Td, kira2 pukul 1315 Nizar keluar dari istana dia melambai dan senyum kepada reporter: sambil ucap: “Good Sign. Alhamdulillah.

nAJIB MENANGGUHKAN batal SIDANG AKHBAR YG DIJADUALKAN AKAN DIADAKAN SELEPAS MEETING.

MB nIZAR SEDANG BUAT SIDANG AKHBAR.

KPN bagi amaran supaya orang ramai tidak mengikuti perhimpunan haram diIpoh malam ini (berdekatan rumah MB, pukul 7:30 malam).

Najib sekarang mempengerusi mesyuarat UMNO di Ipoh, dijangkakan mesyurat itu akan memilih MB baru. Beliau dijangkakan akan mengada sidang akhbar jam berikut ini.

Sultan bersetuju dangan kerajaan perpaduan dikepalai BN? BN 3 + Bebas

Sementara itu, Speaker DUN Perak V Sivakumar telah memohon pihak mahkamah tinggi untuk mengistiharkan yang surat tandatangan tanpa tarikh yang ditandatangani bekas adun Pakatan sah.

Najib dijadualkan akan membuat taklimat ringkas pada tghari ini tentang perkembangan perjumpaan beliau dengan Tuanku Sultan Perak.

Najib keluar dengan senyum panjang lebar.

Sultan Perak panggil Nizar dan Najib ke Istana.

Perhimpunan 100,000 rakyat tetap akan diteruskan.

2.50 ptg : cheGuBard akan bertolak ke Ipoh

Rayuan rakyat kepada Sultan

che'GuBard pernah menulis beberapa kali mengenai sejarah hubungan rakyat dengan raja Melayu. Sekurang kurangnya tercatat dalam sejarah bagaimana rakyat sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan raja Melayu.

Ketika Sir Mac Michael datang untuk memdapatkan tandatangan Raja - raja Melayu dia telah turun dengan perbagai ugutan. Antaranya ialah tindakan boleh diambil ke atas Raja - Raja Melayu jika tidak hendak turunkan tandatangan dengan mendedahkan 'jenayah' ada Raja - raja Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Mungkin kerana perbagai ugutan dan tipu daya hampir keseluruhan Raja - raja Melayu menurunkan tandatangan mempersetujui Malayan Union dan dengan sendirinya menghakis kedaulatan Raja - raja Melayu.

Namun menyedari hakikat itu rakyat tanpa mengira latar belakang bangkit. Cadangan Malayan Union di tolak. PUTERA AMCJA sebuah organisasi massa menggabungkan semua penduduk Tanah Melayu tanpa kira bangsa dan latar telah mencadangkan "Perlembagaan Rakyat" menggantikan Malayan Union. Malangnya kerana pada ketika itu oleh kerana mood AMCJA terlalu kuat maka British akur dengan mood Umno.....

Institusi Istana yang menyedari mereka tidak keseorangan dan rakyat bangkit bersama mereka akhirnya bersama menentang dan sehingga kini kedaulatan terpelihara. Jika tidak institusi beraja akan duduk di muzium sahaja.

Namun ada juga kekadang rakyat terkeliru khususnya apabila krisis perlembagaan bagaimana Umno mengelirukan rakyat merampas kedaulatan raja....ketika itu istitusi raja diragut sedikit kedaulatan tanpa rakyat bangkit.

Di Terengganu apabila Raja di hina (termasuk menggelar Sultan dengan perkataan 'natang)- dalam isu pemilihan Menteri Besar. Rakyat bangkit membela maruah.

Perhimpunan BERSIH berbaju Kuning menyaksikan kejayaan gerakan rakyat menyatukan semua bangsa dan keturunan sekali lagi berpuluh ribu melaungkan DAULAT TUANKU di depan istana negara.

Rakyat dan Istana ada recam sejarah....rakyat bangkit mempertahankan raja berdaulat.

Perkembangan terbaru di Perak sekali lagi menguji hubungan raja dan rakyat.

Kepada seluruh rakyat anak Perak mahupun sesiapa yang prihatin sila hantar masej jelas kepada Sultan Perak.

email : pejsultan@sultan.perak.gov.my
fax : 05 2410676
Tel : 05 2533524

buku tetamu laman web Istana Perak : http://books.dreambook.com/duli/duli.html

Segera hantar email fax dan telefon untuk nyatakan pendirian.

Dari email suara N9 : Kalau Umno ambil alih kerajaan negeri Perak mungkin akan jadi macam N.Sembilan. Institusi Raja dan Mufti akan disisihkan , akan terpinggir. N.Sembilan ni wakil rakyat Melayu dan EXCO dalam kerajaan negeri ramai tapi tak jaga kepentingan Melayu dan Islam. Bukan saja Mufti dipinggirkan malah Yamtuan pun diberi kediaman SUK sebagai pejabat, bukankah Istana sepatutnya menjadi tempat urusan rasmi Sultan, Raja dan Yamtuan ?

Ada ke patut diletakkan pejabat Yamtuan di rumah kediaman SUK walaupun telah diubahsuai ? Kenapa tidak dijadikan bangunan kerajaan lama yang cantik dan baru diubahsuai di tengah bulatan taman bunga Seremban itu sebagai pejabat Yamtuan (dulu perpustakaan) ?

**********************
Utusan Malaysia 15 Jan 09
SEREMBAN 14 Jan. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini memulakan tugas rasmi dan berangkat memasuki pejabat baginda di bekas kediaman Setiausaha Kerajaan negeri, di Jalan Penghulu Cantik di sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Utusan Malaysia 31 Jan 09
SEREMBAN 30 Jan. - Pelantikan mufti kerajaan negeri yang baru bukan berdasarkan faktor usia, sebaliknya berteraskan kepada kemampuan memimpin umat Islam di negeri ini.

Ditanya mengapa kontrak perkhidmatan Mohd. Murtadza (sebagai Mufti N.Sembilan) tidak disambung, beliau berkata, adalah perlu individu baru dilantik ke jawatan tersebut.

Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan melihat faktor kredibiliti sebagai individu yang faham dan mahir mengenai selok-belok agama.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm&arc=hive

terkini Mufti NS telah dipecat.

Perhimpunan Selamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak Hari ini - malaysiakini

Perhimpunan 100 ribu rakyat akan diadakan hari ini (5 Feb) pada jam 7 malam di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua Menteri Besar Negeri Pakatan Rakyat, bagi menyatakan sokongan terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak dan menuntut agar hak rakyat dikembalikan.

Berikut adalah mesej khas dari Datuk Seri Anwar Ibrahim buat semua penyokong Pakatan Rakyat:

"Pertahankan Kuasa Rakyat - Saya bersama Menteri Besar dan Pakatan Rakyat esok Khamis 7:30 malam di Ipoh. Saya yakin, Insyallah rakyat yang menentukan."

Semua penyokong Pakatan Rakyat dan aktivis diminta hadir untuk memberi sokongan.

Wednesday, February 04, 2009

Orang Bn nak saman orang Bn di Negeri Sembilan - malaysiakini

artikel ini dipetik dari blog YB Datuk Kamarul Baharin, Ketua Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan.

Kalau dulu krisis di kalangan pemimpin UMNO Negeri Sembilan kelihatan nampak reda, selepas berlakunya adegan baling-membaling kerusi pada Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Seremban beberapa bulan lalu, nampaknya 2,3 hari kebelakangan ini UMNO Negeri Sembilan kembali bergolak.
-----
Kali ini ada di kalangan pemimpin UMNO negeri ini yang didakwa bakal keluar parti & melompat ke parti Pakatan Rakyat. Kita tidak pelik kalau perkara itu dibangkitkan oleh kalangan ahli PKR ataupun pendokong PAS, tapi apa yang menghairankan apabila dakwaan itu dikatakan dibuat oleh orang dalam UMNO sendiri.
-----
Sampaikan mereka yang dituduh akan keluar parti UMNO terpaksa membuat penafian dalam satu Sidang Media Khas yang turut dihadiri Dato' Mohamad Hasan. Malah ketiga-tiga mereka bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak dalam UMNO yang membuat tuduhan ini.
-----
Kita tidak mahu menjadi hakim menentukan yang betul, atau yang mana satu yang salah dalam kes sebegini. Tetapi sebagai penganalisis, kita ingin melahirkan kekecewaan apabila berlaku keadaan seperti ini. Malah apabila sampai suatu peringkat, kita lihat ada di kalangan pemimpin UMNO yang masih perlu belajar & perlu dipimpin. Mereka belum layak jadi pemimpin.
-----
Dari segi intelek, kita yakin masing-masing berpendidikan tingi. Malangnya ramai yang masih kurang dari sudut spiritualnya. Mereka bijak menyeru rakyat supaya bersatu, taat pada pemimpin & segala macam perkara baik, tapi apabila bab merebut jawatan dalam politik, mereka sudah lupa diri, sehingga sanggup membeli undi & mengadu-domba lalu menyebabkan rakyat berpecah-belah.
-----
Kita yakin majoriti rakyat di negeri ini yang menjadi pemerhati & kita berharap mereka akan menjadikan semua perkara pelik-pelik yang dilihat di Negeri Sembilan amnya & Telok Kemang khususnya semenjak kebelakangan ini sebagai asas untuk membuat pilihan yang tepat apabila peluang mengundi sampai nanti.
-----
Sesungguhnya kita dalam Pakatan Rakyat komited melaksanakan Misi Mengambilalih Pentadbiran Negeri Sembilan secara tenang.. Ibarat pepatah lama: Ombak yang kecil jangan diabaikan, Robung tak miang bomban pulak yang miang.

Tuesday, February 03, 2009

Kisah 2 ADUN PKR Perak-JANGAN CEPAT MELATAH!! - malaysiakini

petikan email dari teman Peguam Saiful.

Sepanjang hari ini, selepas selesai tugasan yang diberi parti membantu ADUN PKR Bukit Selambau, bila saja ada waktu terluang, saya cuba mengikuti setiap perbincangan dan komen-komen di laman-laman web dan blog tentang isu terpanas minggu ini, ie keriuhan tentang dakwaan kononnya sdr Jamaluddin dan Capt Osman akan melompat parti ke dalam UMNO.

Saya agak sedih dengan sikap sesetengah teman pimpinan dan para pengunjung laman-laman web serta blog ini begitu mudah dan cepat menghakimi kedua mereka, tanpa tahu apa fakta sebenar atau apa cerita sebaliknya. Pertimbangan emosi jelas menguasai pertimbangan akal yang rasional. Malah ada yang tergamak melemparkan kata-kata kesat menghina keduanya, sedangkan mereka langsung tidak mengenali sdr Jamal atau Capt Osman!!!!

Saya mengenali kedua mereka sejak awal gerakan Reformasi bermula. Jatidiri perjuangan kedua mereka adalah antara yang paling kukuh dari kalangan teman-teman lain!! Bahkan sdr Jamal (yang sering dihina oleh teman-teman di laman-laman blog sebagai bekas posmen cabuk!!) adalah antara individu pejuang yang paling komited dan antara yang paling banyak menghabiskan wang ringgit dan harta demi perjuangan. Beliau adalah antara anak didik Alahyarham Cikgu Khalil Shah yang paling rapat dan disenangi arwah. Buat pengetahuan teman-teman yang baru setahun jagung dalam perjuangan reformasi, arwah cikgu Khalil adalah Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Perak yang pertama, dan bersama-sama sdr Jamal, merupakan antara pejuang-pejuang awal yang menubuh dan menggerakkan PKR Perak! Arwah juga adalah abang kandung yang sulong kepada menteri besar Perak sekarang, sdr Dato' Seri Nizar!

Pasti ada yang tidak kena! Pasti ada benda lain yang membayangi sebab sebenar episod terbaru ini. Bagi saya, ini adalah satu tragedi perjuangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan. Sdr Jamal yang saya kenal sejak lebih 10 tahun bersama dalam satu wadah, bukan begini orangnya! Wang bukan masalah bagi beliau! Bahkan kepada yang menohmah beliau menerima jutaan ringgit, saya nasihatkan mereka segera beristighfar dan memohon maaf kepada beliau! Kalau ada ahli atau pimpinan PKR Perak yang punya masalah kewangan, dialah antara yang paling awal membantu! For a 'brainless posmen cabuk' as claimed by some, he's a damn good businessman!! Saya faham bagaimana pedihnya ditohmah menjual perjuangan!!!

Sepanjang tempoh 10 bulan lalu, sejak kita mengambilalih amanah memerintah Perak, saya berpeluang saban kali bertemu dan berbincang dengan kedua mereka di Ipoh, terutama bila membicarakan tentang pentadbiran kerajaan negeri dan sikap negatif kakitangan awam Melayu (Perak Civil Service) di negeri Perak. Sering juga saya mendengar keluhan dan rintihan hati mereka yang risaukan tentang halatuju pentadbiran kerajaan negeri yang sering diancam oleh UMNO dan BN Perak. Butirannya biarlah saya simpan dulu untuk dibicarakan kemudian.

Apapun, bagi yang gemar menghentam tanpa usul periksa, tanpa tahu apa cerita sebenar, tanpa kenal siapa sdr Jamal dan Capt Osman, saya mohon muhasabahlah diri sendiri. Ini saya tujukan pada semua, tak kira penyokong atau pemimpin parti!! Saya yakin mereka tidak akan meninggalkan parti dan perjuangan! UMNO bukan pilihan mereka! Prinsip perjuangan bukan sebegitu murah untuk digadaikan! JANGAN CEPAT MELATAH!! Jangan biarkan UMNO terus mengelirukan kita dengan perang saraf licik sehingga kita akhirnya akan kehilangan dua teman yang setia dan sejati dalam perjuangan. Doa saya moga Allah buka pintu kebenaran seluas-luasnya demi kesetiaan dan pengorbanan yang sudah lama mereka curahkan!

Saiful
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Keadilan Rakyat

Antara 'korupsi' Khir Toyo

Posting ini juga di petik dari email yang dihantar oleh seorang teman.

Kita renung kembali dosa-dosa yang telah dilakukannya dahulu sebelum dia bercakap..

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Bn 'attack' Perak tapi mungkin terlepas NS ?

berikut ialah artikel yang di petik dari email yang dihantar oleh teman kepada cheGuBard. Setelah meneliti rasanya elok dikongsi.....untuk penilaian semua pembaca. Memahami ada fakta yang betul dan salah di ingatkan sekali lagi ini bukan tulisan cheGuBard.

Tajol Rosli Ghazali mengambil langkah berani meletakkan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Perak selepas Adun Bota Nasaruddin Hashim keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat.


Apakah Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hassan berani mengambil tindakan yang sama?

Blogger A Voice, menerusi blog beliau, Another Brick in the Wall, menulis mengenai spekulasi kemungkinan Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat berikutan desas-desus empat Adun, Shamsul Kahar Md Deli (Serting), Datuk Aziz Shamsuddin (Palong), Mustafa Salim (Lenggeng) dan Siow Chen Pin (Chennah) akan menyertai Pakatan. http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/02/adun-mca-negeri-sembilan-lompat-ke-dap.html

Kalau di Perak, tindakan Tajol Rosli menjadi punca ketidakpuasan hati pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian, sebahagian pemimpin-pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai sentimen yang sama.

Rais Yatim, Ishak Ismail, Lilah Yassin dan Isa Samad dikatakan "berbulu" dengan Mohamad Hassan yang dikatakan cuba menjatuhkan mereka semasa pemilihan bahagian Oktober lepas.

Malahan, beberapa pemimpin bahagian tidak menyembunyikan kebimbangan mereka bahawa sekiranya Mohamad Hassan terus dikekalkan sebagai Menteri Besar di bawah era Najib Razak, Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang.

Pokoknya, adakah Mohamad Hassan seikhlas Tajol Rosli dan mengakui kelemahan beliau dan mengundur diri.

Mengenali Mohamad Hassan, beliau tidak akan menuruti jejak langkah Tajol Rosli. Beliau sanggup membiarkan kampung tergadai.
http://paneh.blogspot.com/2009/01/lompat-parti-di-negeri-sembilan.html
http://beritadarigunung.blogspot.com/2008/09/mohamad-hasan-negeri-sembilan.html

Monday, February 02, 2009

Re Post : Rayuan bantu keADILan Rembau - malaysiakini

Akhirnya keADILan Rembau ada akaun bank sendiri

Setelah beberapa bulan diusahakan akaun bank atas nama keADILan Rembau maka akhirnya akaun Bank tersebut berjaya diadakan oleh Angkatan Muda Rembau

Bantu untuk kami terus berkhidmat

Perbelanjaan Pusat Khidmat Rakyat Bahagian Rembau menjangkau RM2000 sebulan termasuk bantuan, perbelanjaan mengurus, sewa pejabat, bil elektrik/air.
Sumbangan semua dirayu sila sumbang terus ke akaun
Angkatan Muda keADILan Bahagian Rembau akaun Maybank no: 555126105482


kepada para dermawan khususnya anak - anak Rembau yang ingin membantu kami menyalurkan bantuan kepada warga Rembau yang kurang bernasib baik bolehlah terus menyumbang.

Ada yang tanya pula tu kenapa akaun tidak dibuat atas nama keADILan Rembau sahaja...banyak jawapanya antaranya ialah kerana Ketua Bahagian Rembau tiada MayKad....hahahahaha

Seperti yang cheGuBard janji malam sebelum hari mengundi PRU 12 apa keputusan pun...pembelaan di Rembau akan diteruskan..... InsyaAllah kita sedang membina pasukan ampuh

Akuan bersumpah bukti Bn cuba beli ADUN PAKATAN



sila klik imej untuk lihat dengan lebih jelas.

Berikut dilampirkan Surat Akuan daripada Ketua Bahagian Ipoh Barat, Perak, Fauzi Muda yang bertarikh 02 Feb.2009 yang dibuat di Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh. Surat Akuan tersebut adalah mengenai percubaan BN untuk membeli ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008.

Kita ajak bersama PAKATAN atas nama perjuangan rakyat, mereka pancing dengan ugutan dan tawaran

Ulasan cheGuBard yang bersahaja tidak sangka akan menjadi bahan utama media. Perbagai respon diperolehi selepas itu. Tok Mat (YAB Menteri Besar) seperti biasa nafi tetapi dia tak boleh nafi terpaksa buat perjuampaan tergempar jumpa semua ADUN dan bagi 'warning'....

Kalau tak ada apa - apa kenapa Tok Mat panik semacam ? Semalam dihubungi oleh teman wartawan memberitahu ketika di tanya oleh wartawan di macam 'jem' ....dia cuma kata kalau sesiapa berani 'lompat' keluar Bn maka dia akan bubar DUN.

Mungkin Tok Mat lupa nak bubar DUN bukan kuasa dia tetapi kuasa DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Mengikut Tok Mat jika DUN bubar dia yakin Bn akan menang semua kerusi termasuk yang kini di miliki PAKATAN.

Wahai kekanda Tok Mat .....kalau atok 'confident' sangat kenapa tunggu sekarang...kan atok selalu cakap ADUN PAKATAN sering menjadi pengacau...maka kalau atok berani pergilah mengadap Yam Tuan sembah minta bubar DUN sekarang....apa takut kan atok kata boleh menang semua.....

Tok Mat....yang saya ketengahkan dalam sidang media tersebut ialah bagaimana orang Bn termasuk wakil rakyat Bn sendiri boran dengan politik dalaman dan rasuah yang tak kesudahan dalam Bn.....terakhir cheGuBard dedahkan laporan polis yang dibuat oleh orang Umno sendiri betapa SPRM diperguna untuk 'pekena' sesama sendiri.

Dalam satu majlis baru - baru ini atok 'membebel' kata lompat - lompat parti takdo maruah...tapi bilo ADUN Bahau lompat ke MCA aritu atok kato keputusan bijak pulak...?

Yang buat keputusan dengan berani dan kerana masa depan rakyat itu 'hebat' namanya....PAKATAN tak tawar apa - apa kami cuma tawarkan landasan perjuangan siapa nak turut serta boleh bersama.

Tetapi Bn tawar ringgit berjuta, jawatan malah tak cukup dengan itu ugutan lagi.

Bagi kes PERAK pula cuma mampu berdoa semua teman pimpinan di sana yang kini diserang Najib harap dapat bertahan dari tawaran dan ugutan tersebut. Kes dua ADUN tersebut cheGuBard kenal mereka peribadi. Mereka terlalu agak kuathir dengan kes rasuah yang dimana mereka diperangkap. Harap mereka tidak keliru dengan ugutan penjara atau bebas dengan memasuki Umno.

Harap Jamal dan Kapt Osman tidak keliru dengan ugutan tersebut. Ramai peguam menyatakan kes tersebut amat lemah.

Tawaran bukan sedikit ramai yang telah ditawarkan. Kasevan-Adun Hutan Melintang Perak contohnya pernah ditemui oleh bekas 'pemimpin' Angkatan Muda keADILan membawa tawaran jutaan ringgit bagi pihak Najib.

Jika tawaran mereka kerana isu melayu mereka ini menipu !! Seorang Ahli Parlimen keADILan di Selangor yang juga terlibat dalam aktiviti Hindraf pernah ditemui oleh bekas 'pemimpin' Angkatan Muda menawarkan jika setuju keluar akan mewah dan Najib akan keluarga perlahan - lahan pejuang Hindarf di Kemunting.

ini bawah ini pula lagi kes tawaran Bn

YB Arumugam a/l Vengatarakoo,

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,

merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

2hb Februari, 2009

Sidang media ini dipanggil untuk menerangkan beberapa perkembangan terbaru yang serius yang melibatkan isu-isu politik yang berunsurkan jenayah yang sedang berlaku di negeri Kedah, yang melibatkan saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Satu repot polis telah dibuat hari ini merangkumi semua kes-kes ugutan jenayah terhadap saya selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah dan ahli EXCO Kerajaan Negeri Kedah, dan juga terhadap keselamatan keluarga saya sejak dari 8hb Mac, 2008. Ianya juga melibatkan semua ugutan terhadap pegawai-pegawai dan bekas-bekas pegawai saya. Ke semua ini adalah bertujuan bagi mengugut saya untuk bersetuju berpindah parti dari Parti Keadilan Rakyat ke Barisan Nasional.

Antara insiden-insiden yang melibatkan ugutan jenayah adalah cubaan menculik saya pada 17/10/2008, mengugut saya melalui pegawai saya melalui beberapa panggilan telefon yang antaranya pada 31/3/2008, mengugut keselamatan keluarga saya, insiden memecahkan cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri model Proton Perdana no BKL 4000 dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul bata pada 17/12/2008, dan juga menghantar beberapa beberapa individu untuk memujuk saya keluar dari Parti Keadilan Rakyat, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Perkembangan peristiwa yang menimpa 2 orang teman exco PKR di Perak telah menyebabkan saya tampil untuk membuat kenyataan akhbar ini. Saya khuatir, sekiranya saya tidak tampil ke hadapan untuk membuat pernyataan secara terbuka ini, keselamatan dan ketenteraman saya dan keluarga saya akan terus diganggu, diugut secara jenayah serta dipujuk untuk memastikan saya berpindah parti.

Saya juga mendesak agar pihak polis akan segera membuat siasatan terhadap ke semua laporan-laporan polis yang telah saya buat sejak Mac, 2008 dan mengambil tindakan segera dan tegas bagi menjamin keselamatan saya dan keluarga saya. Ini semua akan membolehkan saya mampu berkhidmat dengan lebih baik dan berkesan selaku ahli exco kerajaan negeri Kedah dan ahli dewan undangan negeri Bukit Selambau, tanpa sebarang gangguan terhadap saya dan keluarga saya.

Sekian, terimakasih,

Arumugam a/l Vengatarakoo,

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau,

merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Pesta Ponggal Rembau





Semalam Pesta Ponggal telah diadakan dengan meriah oleh keADILan Rembau. Kehadiran sedikit berkurangan jika dibandingkan dengan rumah terbuka Deepavali yang diadakan beberapa bulan lepas di tempat yang sama. Mungkin kerana esoknya hari kerja dan program diadakan dari petang lagi.

Walaupun kehadiran cuma sekitar 500 orang lebih namun kemeriahan tetap terasa. Ponggal ialah perayaan 'pesta menuai' dalam kalender masyarakat India.

cheGuBard secara peribadi merakamkan setinggi terima kasih dan tahniah kepada Segaran, Naib ketua Bahagian Rembau serta pasukanya yang bertungkus lumus menjayakan program tersebut. Bahagiran Rembau merakamkan juga terima kasih kepada tetamu kehormat yang sudi hadir seperti YB Gobalakrisnan, YB Dato Kamarul Baharin, YB Ravi, YB Guna (DAP) dan Sdr. Taufek A. Ghani (PAS).

Dalam majlis ini diadakan juga penyampaian hamper bantuan kepada penduduk Rembau.

MACC receives complaints from PKR

Several members of Parti Keadilan Rakyat (PKR), led by its supreme council member Badrul Hisham Shaharin, today lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) on a list of cases of alleged abuse of power involving Barisan Nasional politicians, particularly from Umno, on various allegations of corruption dating back years.

Badrul told theSun the cases involved Umno politicians, who had allegedly bribed members for votes and also a few 'irregulaities' involving senior politicians.

The report also requested the MACC re-open and investigate cases, among others, those involving former International Trade and Industry Minister Tan Sri Rafidah Aziz and former Malacca chief minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Badrul said.

Badrul, accompanied by PKR members, submitted a dossier, supposedly containing 'information and evidence' on the politicians to MACC assistant investigating oficer Hasrul Abdul Yazid at the MACC headquarters at 10.45am.

"The MACC has more power now and since we believe 'their hands are not tied' like when they used to be an agency, they can now investigate these cases without fear and favour," he said.

"The ACA had in past issued statements that the Umno politicians could not be prosecuted for corruption because of the lack of evidence and witnesses. So today, we come forward with the evidence and we want the MACC to investigate these cases thoroughly. We want to test the effectiveness of the MACC and we hope they can start investigating these cases because it involves national interest."

He added that PKR will continue furnishing evidence of corruption to the MACC from time to time and will monitor how effective the commission is in discharging its duties.

The details of the dossier were not immediately known, but is believed to also contain incriminating documents on alleged corruption by a senior police officer.

Meanwhile, lawyer Datuk V.K Lingam made a surpise visit to the MACC headquarters and had the media in a frenzy when he entered the building minutes before noon.

The lawyer, who was in the public spotlight over a video clip of him allegedly brokering the appointment of judges, came out an hour later.

Approached by reporters who were there to cover PKR's report, Lingam said he was there to request the release of some documents that he had given the ACA.

He however, declined to reveal if the documents were linked to the video clip incident. He said the MACC is looking at releasing the documents.

Sunday, February 01, 2009

Kenyataan Media PPN Perak, 31 Jan. 2009

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
Ipoh, 31 Januari 2009

Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.

Kami percaya kehilangan mereka ada hubungan rapat dengan pertuduhan kes rasuah yang sedang mereka hadapi dan perbicaraan kes tersebut akan bermula pada 10hb Februari 2009.

Dari awal lagi kami amat yakin pertuduhan dalam kes tersebut adalah satu pertuduhan palsu yang direkacipta oleh UMNO dan BN sebagai satu ugutan politik.

Kami percaya ada usaha dari Barisan Nasional untuk memujuk kedua-dua Exco ini bagi menyertai BN dan sebagai imbuhan terdesak Dato’ Seri Najib termasuk menggugurkan kes rasuah mereka.

Namun kami berharap kedua-dua pemimpin ini berada dalam keadaan selamat dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti selama ini dan tidak terperangkap dengan muslihat UMNO-BN yang kononnya inginkan penyertaan mereka untuk membela nasib Melayu.

HAJI OSMAN ABDUL RAHMAN
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Perak