Thursday, June 14, 2007

RM100 juta tambahan untuk atasi projek gagal ?

Terkejut membaca berita di akhbar Malaysia hari ini yang melaporkan pengumuman mengenai kabinet (BN) telah memuluskan RM 100 juta lagi wang negara untuk menampung kegagalan Kerajaan (BN).
Menurut Menteri Wilayah, Datuk Zulhasnan Rafique pertuntukan segera kabinet itu untuk membina 10 lagi kolam takungan segera.
Persoalanya kini ialah
  • siapa yang untung dari kelulusan RM 100 juta itu ?
  • bagaimana dengan janji kerajaan sebelum ini dan pembaziran berbilion wang rakyat untuk kononnya mengelakkan banjir ? Ia hanya projek gagal siapa harus bertanggungjawab ?

Apa yang berlaku sebenarnya ialah apabila pembangunan tidak dirancang dengan teliti dan bertanggung jawab. Sistem peparitan yang tidak efisyen. Ini berlaku kerana kerajaan pusat tidak takut kepada rakyat. Kerajaan Tempatan tidak bertanggungjawab kepada rakyat kerana mereka dipilih oleh pemimpim politik bukan oleh rakyat. Maka rasuah, salahguna kuasa, pembaziran dan bekerja sambil lewa terus menerus berlaku. Pilihanraya kerajaan tempatan diharamkan kerana kerusi kerajaan tempatan pernah dikuasai oleh bukan BN.

Sehingga kini tiada seorang pun tokoh politik (BN) mahupun sesiapa dari pihak kerajaan yang memohon maaf dan mengambil tanggungjawab terhadap kesengsaraan rakyat dan pembaziran wang yang banyak untuk projek yang gagal.

Malah berita hari ini cukup mengecewakan apabila kerajaan (BN) meneruskan kesombongan mereka, menangani keadaan dengan terus membazirkan wang rakyat.

Kerajaan (BN) nampaknya seperti sudah terlalu tua dan nyanyok di puncak kuasa, mereka yakin tiada kuasa mampu mengalihkan mereka dari kekuasaan. Mereka sudah pasti tidak akan belajar apa - apa dari kejadian banjir SMART Kuala Lumpur ini. Cuma harapnya rakyat yang sedang dihimpit dapat mempelajari sesuatu.......

Diberitakan ada dikalangan peniaga bumiputera sudah terpaksa meminjam along untuk membayar hutang perniagaan yang sememang sudah sedia tertunggak. Dan kini mereka terpaksa merangkak - rangkak....Sehingga kini tiada pemimpin yang sudi melawat mereka..... jangan khuatir jika kerajaan mula rasa sokongan melemah mereka akan turun dan beri bantuan dari wang rakyat juga ..... maka akan timbullah rasa bersyukur yang melampau dari jiwa khususnya Melayu.....

Fikirkanlah......

berita berkaitan di harakahdaily

update jam 7ptg (waktu Seoul) - satu lagi propanganda kerajaan untuk mengalihkan isu dengan menukar nama dari terowong SMART kepada Terowong Bestari. Inilah cara kerajaan (BN) menyelesaikan permasalahan dengan mengalihkan isu. Abdullah (PM) segera lawat Bilik Gerakan Banjir (bukan mangsa banjir) dan arah semua kena cepat - cepat tapi yang paling cepat ialah tukar nama Terowong dengan harapan orang lupa nama Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart). Bestarilah kerajaan BN ..... rakyat terus melopong !

Wednesday, June 13, 2007

SMART yang menyerlahkan ke'sengal'an kerajaan

Kerajaan sentiasa bermegah dengan projek mega yang membazirkan wang rakyat. Rakyat yang terbazir wangnya dipaksa dengan segala macam propaganda untuk turut bangga dengan segala macam projek-projek raksaksa 'mega death' itu.
Masih tengiang di telinga apabila mula mengumumkan dan melancarkan projek terowong yang dipanggil SMART, kerajaan di bawah Barisan Nasional memaksa rakyat untuk bangga dengan projek yang pertama seumpamanya di dunia. Maka selepas pengumuman projek tiap kali berlaku banjir kilat penduduk Kuala Lumpur yang termusnah harta benda mereka ditenangkan dengan ungkapan, sabar apabila projek SMART siap banjir ini dapat diatasi. Maka harapan rakyat yang menggunung untuk menikmati hidup bebas banjir kilat telah meredhakan hampir RM 2 billion duit poket mereka untuk menebuk terowong - SMART.
Malah secara peribadi saya sendiri pernah mengubat sakit hati ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya selepas Plaza Tol (PLUS) Sg. Besi dengan cuba percaya dengan papan tanda yang tertulis maaf kerja kerja pembinaan sedang dijalankan. kepayahan masa kini kesenangan di masam hadapan. Saya cuba percaya bahawa masa depan tentu lebih 'ok' lepas SMART itu siap. Perjalanan ke pusat bandar akan lancar. Kepercayaan saya ini rasanya di kongsi oleh majoriti yang lain. Dan kepercayaan inilah yang menghalalkan pembaziran RM 2 billion wang kita yang akan disambung dengan berbiliion yang lain melalui rompakan tol SMART.
Malangnya terowong yang dilancarkan baru baru ini menghampakan rakyat dari semua segi.
Terowong itu gagal untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas menurut surat pembaca yang disiarkan di Utusan Online ZAMER RIZAL OSMAN dari Puchong mendedahkan bahawa pembukaan terowong itu tidak mampu sama sekali menyelesaikan kesesakan lalu lintas malah di beberapa tempat keadaan menjadi lebih parah.
Pembelanjaan membeni terwong tersebut pula di lihat agak tidak munasabah kerana dengan spesifikasinya yang bersyilling rendah ia hanya mampu dilalui oleh kereta dan teksi sahaja. Malah penganugerahan konsesi tol sehingga tahun 2045 pula dan perjanjian yang membenarkan beberapa siri kenaikan amat tidak munasabah dan dilihat hanya menguntungkan pemilik konsesi.
Setelah dibuka ternyata terowong ini gagal setelah dua kali diuji dengan 'kuasa alam'. Banjir teruk malah keadaan lebih parah dari kebiasaan. Kekecewaan orang ramai ini bertambah apabila Menteri Kerjaraya seperti tidak sabar mengumumkan kadar Tol RM 2 hanya untuk jarak 9km. Belumpun sempat peniaga kecil seperti di Jalan Masjid India selesai mencuci lumpur dan mengira kerugian mereka Samy Vellu sudah mengumumkan keizinan untuk satu lagi kapitalis mencuri wang rakyat dari Terowong yang dibina menggunakan wang rakyat sendiri.
Terowong dibuka banjir berlaku lebih teruk, maka seribu satu alasan dikeluarkan dan disiarkan oleh media tempatan untuk cubaan terus menipu rakyat. Ketika banjir kali pertama selepas SMART dibuka maka dikatakan yang SMART belum siap sepenuhnya maka perlu ditunggu bulan Julai baru terowong air boleh dipakai. Dengan pengumuman ini nampak sangat kerajaan menganggap rakyat Malaysia semuanya pelupa. Bagaimana dengan kenyataan bangga ketika pembukaan terowong SMART dengan bangganya selain dari ia projek pertama seumpamanya di dunia ia mampu disiapkan mengikut jadual....
Kenyataan tarikh siap ini berbeza beza ada yang menyatakan Julai dan ada yang mengatakan Ogos. Itu tidak mengapa....maknanya mungkin dua - tiga minggu berbeza.
Pagi selepas banjir itu Perdana Menteri terus berkejar bersama isterinya yang pernah menjadi adik iparnya satu ketika dahulu untuk melawat bilik gerakan. Maka satu taklimat diberikan kepada Perdana Menteri dan isteri barunya mengenai banjir di Kuala Lumpur. Selepas taklimat itu Abdullah seperti tidak paham apa dan cuba buat - buat paham apabila cuba menyalurkan aura prihatinya kepada rakyat selaku pengasas Islam Hadhari dengan menggesa supaya digunakan semua sumber yang ada untuk dipercepatkan apa yang patut.
Kenyataan bertaraf ketua kampung ini akhirnya ditempelak oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah yang menyatakan bahawa semua projek hanya boleh disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan kalau boleh cepat pun mungkin seminggu awal dari dijadualkan.
Kenyataan ini membuktikan betapa tidak hormatnya rakyat Malaysia dalam melihat kenyataan Abdullah. Bayangkan jika Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri jika beliau memberikan sesuatu kenyataan sudah tentu tiada menteri yang berani mengulas untuk menafikannya secara terbuka. Tetapi Abdullah tidak perlu tunggu menteri tetapi hanya seorang Ketua Pengarah mampu 'menyikat' kenyataan Abdullah dalam tenang mungkin kerana bosan dengan ketidak fahaman Abdullah terhadap isu dan hanya bercakap benda yang terlintas dipemikiranya yang setaraf ketua kampung.
Dalam kenyataan Ir Keizrul yang disiarkan utusan hari ini lebih mengejutkan apabila dia mengakui dan minta rakyat membetulkan presepsi mereka terhadap projek SMART. Katanya SMART tidak mampu mengatasi masalah banjir dan projek tebatan banjir Kuala Lumpur hanya akan siap Ogos 2009.
Kerajaan (BN) ini akan keluar dengan seribu satu lagi propaganda yang menghalalkan rompakan wang kita. Peniaga kecil, kakitangan kerajaan, pekerja kilang, buruh biasa dan kita semua ini membanting tulang....dapat gaji hujung bulan hanya cukup cukup untuk perbelanjaan keluarga sedikit untuk keluarga di kampung itupun jika ada lebih. Peniaga kecil di Kuala Lumpur selepas banjir dilanda kerugian, kerajaan (BN) akan turun dalam sikit masa lagi (itupun kalau mereka mula takut untuk hilang undi menjelang PEMILU) untuk memberikan sedikit 'wang ikhsan' yang datang dari duit cukai kita juga.
Dalam pada masa itu sekelompok pemimpin negara dan bersekongkong dengan kapitalis (pemodal) besar terus menikmati hasil rompakan wang negara (duit cukai, tol, saman dan sebagainya yang kita bayar). Anak mereka tiap kali cuti sekolah akan pasti bercuti keluar negara. Mereka menghantar anak - anak mereka di sekolah terbaik, berlatih komunikasi bahasa Inggeris di Amerika, Australia kalau tidak pun di England sedangkan anak kita hanya kita mampu sajikan dengan pusat tusyen kelas sederhana (itupun setelah berjimat gila - gila).
Maka anak mereka ini akan terus mewarisi 'kepandaian' keturunan mereka untuk terus memeras dan kaya raya maka anak - anak kita akan terus mewarisi 'kepandaian' keturunan kita untuk terus jadi mesin kepada kerajaan (BN) bekerja setiap hari habiskan wang membayar itu dan ini. Rayuan kepada bangsa Malaysiaku fikirkan lah........... RM 2 Billion pembaziran untuk SMART ini sbenarnya kecil jika dibezakan dengan banyak lagi pembaziran MEGA kerajaan (BN) tetapi ia menguji kemana Bangsa ini mahu pergi !
SMART gambarkan ke'sengal'an kerajaan (BN) atau ke'bebal'an rakyat ?
oleh :
cheGuBard, Korea Selatan.
11.00 pagi, 13 Jun 2007

Selamat lahir....KLPos

di bawah ini di siarkan kenyataan yang di email oleh satu pengendali laman baru. Semoga kehadiran laman ini dapat mempertingkatkan lagi kadar efesiensi penyebaran maklumat di kalangan rakyat.
ADA BEBERAPA soalan ketika kami ingin memulakan klpos.com ini. Pertama konsep, kedua komitmen dan ketiga dana. Ketiga-tiganya amat berkait apabila kita bercita-cita tinggi untuk mewujudkan satu lagi media alternatif di alam maya ini. Tuan yang membaca, sudah pasti akan hilang keghairahannya jika laman ini hanya bersifat 'copy' dan 'paste' daripada laman-laman yang ada.

Sementara mahu mencipta laman yang benar-benar tulen isinya memerlukan komitmen dan dana yang bukan sedikit, sementelah kami hanyalah penganggur yang punya segunung mimpi.
Kami duduk dan berbincang. Berkali-kali. Bersama puluh barangkali ratus gelas teh tarik dan halia O, hanya untuk mendiskusikan perihal konsep, komitmen dan dana.
Berapa banyak masa yang tumpah hanya untuk melihat mimpi sang penganggur menjadi nyata. Mujur ia masa milik penganggur.

Dan pada akhirnya, ketika Tuan sedang membaca laman ini, hari ini dan detik ini, mungkin wang dari keuntungan teh tarik mamak yang kami minum hanya untuk berbincang tentang konsep, komitmen dan dana itu telah selamat tiba ke India. Begitulah lamanya berbincang.
Pun begitu syukur, ia telah menjadi kenyataan.

Kami tidak menjanjikan banyak. Dari segi konsep, kami tumpukan kepada tiga perkara asas dalam kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia. Pertama politik, kedua hiburan dan ketiga sukan.
Apa membezakan kisah politik kami dengan laman seperti Malaysiakini misalnya, tidak banyak, cuma kami lebih tumpukan kepada khabar angin (spekulasi). Ini kerana dalam politik Malaysia khabar angin selalunya benar.

Hiburan kami fokus tentang gosip. Kerana itulah yang adik, akak di pejabat baik di rumah selalu bualkan. Gosip seringkali menjadi topik menarik untuk memulakan perbualan samada pagi, petang atau malam.

Sukan. Kami pilih bolasepak. Sukan dengan lebih tiga per empat penduduk dunia ini gilakannya. Dan untuk mengecilkan skopnya, kami tumpukan kepada berita sukan Liga Perdana Inggeris.
Kenapa EPL? Biar kami ceritakan di masa yang lain.

Sedangkan soal komitmen pula, kami bahagikan tugas, kata bidalan, kecil sama memikul, besar sama dijulang. Ada yang menulis, ada yang membuat grafik, ada yang membuat kerja-kerja webmaster.

Berapa orang kami? Tidak pasti, barangkali boleh dikira dengan jari, atau puluh atau ratus. Kerana klpos.com merupakan laman yang terbuka untuk sesiapa juga menyumbang apa saja dalam ruang lingkup yang disediakan.

Dalam kata lain, laman ini laman Tuan, Puan, saya dan kita semua. Tempat orang-orang yang percaya bahawa tiada tangan yang dapat menahan ombak, tiada undang-undang yang dapat menyekat kebebasan. Dan demokrasi itu perlu dirayakan.

Pun begitu, kebebasan yang ditawarkan perlulah digunakan dengan penuh tanggungjawab sebagai warga yang sedar dan celik.

Akhirnya, yang ketiga, soal dana. Seperti biasa. Tiada kesudahannya. Tetapi satu janji kami, kita akan merayakan kewujudan ruang awam ini, dengan atau tanpa trompet.

Salam perkenalan.
http://www.klpos.com/
Apa Siapa Mengapa

Monday, June 11, 2007

Memperingati 20 tahun - 10 Jun 1987


che'Gubard, Jesicca (ex executive director Amnesty International Philipina) dan Nay Tun (Sec.Gen. NLD Korea)
pose sebelum majlis bermula
Presiden Korea, Presiden KDF dan beberapa tokoh masyarakat menekan butang perjuangan yang kemudian menyalakan LED yang tersemat di dada semua yang hadir..canggih!!
tekun mendengar ucapan melalui alat transistor yang ada alih bahasa.
persembahan koir kanak kanak sekolah yang begitu bersemangat sebelum majlis bermula.
bersama diplomat dan delegasi asing ketika upacara memperingati 20 tahun peristiwa kebangkitan rakyat di Seoul, petikan akhbar Korean Times
nanti saya cuba tulis mengenai 10 Jun 1987 dan mengenai majlis memperingatinya semalam........ tunggu esok.....




Jangan kutip tol untuk terowong yang gagal....

Semalam (10 Jun 2007) sekali lagi Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dalam tempoh dua minggu. banjir kali ini lebih besar dan dikatakan antara yang terburuk pernah melanda ibu negara.

Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di beberapa jalan utama dan mangsa-mangsa yang terperangkap terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).
Antara kawasan paling teruk dilanda banjir termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.
Dataran Merdeka, yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami separas pinggang.
Lebih dahsyat, air banjir turut memasuki sehingga ke ruang sembahyang di Masjid Jamek, Jalan Raja. Masjid itu terletak kira-kira 10 meter dari paras normal Sungai Gombak-Sungai Klang.
Ibu kota juga dilaporkan mengalami kesesakan teruk di beberapa jalan termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Kampung Pandan.
Hujan turun lebat di sekitar ibu negara hanya kira kira 3 jam dari sebelum jam 6 petang sehingga 8 malam tetapi kesannya amat teruk. Ini dipercayai kerana kegagalan sistem peparitan dan sistem alihan yang gagal berfungsi.

Ini diakui oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop sendiri berdasarkan laporan Berita Harian.

“Hujan yang terlalu lebat menyebabkan sungai dan sistem perparitan di kebanyakan kawasan di bandar raya tidak dapat menampung aliran air berlebihan,” katanya ketika meninjau keadaan banjir di Dataran Merdeka dan Kampung Baru bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan, malam tadi.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan menyatakan bahawa sehingga pagi ini (8.00 pagi, 11 Jun 2007) masih belum dapat dianggarkan kerugian dan kecederaan yang diakibatkan oleh banjir tersebut, tetapi menyakini jumlahnya melibatkan angka yang agak besar.

Parti keADILan Rakyat dengan ini melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan kegagalan pengurusan sistem pengurusan peparitan dan sisa kumbahan di ibu negara. Kekesalan dan kekecawaan ini bertambah selepas negara baru saja membazirkan RM 2 Billion wang rakyat untuk projek SMART yang kononya dengan wujudnya projek itu masalah banjir kilat di Kuala Lumpur akan diselesaikan.
Projek belum siap ?
Dalam menjawab perihal kegagalan projek RM 2 Billion ini pihak berkenaan telah menggunakan alasan bahawa projek itu belum siap sepenuhnya. Walaupun pada pringkat awal pengumuman terowong ini akan dibuka kerajaan dengan bangganya mengumumkan ia merupakan projek pertama seumpamanya di dunia dan dapat disiapkan mengikut jadual.
Malangnya setelah projek itu gagal dengan ujian alam kali pertama pada minggu lepas Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Keizrul Abdullah dilaporkan media berkata, sistem pengurusan banjir terowong itu hanya akan berfungsi sepenuhnya pada Julai dengan siapnya kolam tadahan air di Kampung Berembang dan Taman Desa.
Manakala setelah gagal kali kedua ini dan mengakibatkan kerugian rakyat yang bukan sedikit maka Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan, kejadian banjir semalam bukan disebabkan kegagalan terowong Smart kerana sistem terowong untuk mengalihkan banjir itu hanya akan beroperasi Ogos depan.(berdasarkan laporan berita harian online hari ini)
Umum tol, tabur garam ke luka rakyat.

Dalam perkembangan berbeza tanpa rasa bertanggungjawab terhadap kegagalan tersebut Menteri Kerjaraya Datuk Seri S Sammy Vellu mengumumkan bahawa Semua pengguna Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (Smart) di ibu negara akan dikenakan bayaran tol mulai Sabtu ini dan kemungkinan kadarnya akan diumumkan hari ini. (laporan bercanggah Utusan umum akan mula kutipan Jumaat manakala Berita Harian umum Sabtu).
Belumpun warga kota sempat membersihkan lumpur dan peniaga mengira kerugian akibat banjir semalam, Samy Vellu dalam satu sidang medianya pagi ini telah pun mengumumkan pagi ini bahawa kutipan RM 2.00 sehala akan bermula Khamis, 14 Jun.

keADILan dengan ini mendesak supaya kerajaan tidak mengutip sebarang kutipan tol di atas terowong yang gagal (sistem SMART) atau belum siap yang membazirkan bukan sedikit wang rakyat. Malah kini kerana sistem yang gagal itu telah mengganggu sistem pengaliran sehingga mengakibatkan kerugian dan penderitaan terhadap rakyat di ibu negara. Peniaga - peniaga kecil di sekitar ibu negara yang sememangnya tertekan dengan kenaikan kos hidup dan kini pula sedang mengalami kesussahan hidup menanggung kerugian akibat banjir tersebut.

Berdasarkan pendedahan yang pernah didedahkan oleh Angkatan Muda, pemegang konsesi akan diberikan hak untuk mengutip tol sehingga tahun 2042 dan dijanjikan hak untuk menaikkan kadar tol beberapa kali sepanjang tempoh itu sehingga RM 7.00 satu perjalanan. Ini satu kezaliman dan rompakan wang rakyat secara terang terangan !

keADILan menuntut untuk semua pihak terbabit khususnya Menteri Kerjaraya untuk mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan dan pembaziran serta kesusahan rakyat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi harus melihat serius perkara ini. Perdana Menteri yang selama ini dilihat lemah perlu bertindak serius dan memecat Menteri Kerjaraya yang mengakibatkan pembaziran dan penderitaan rakyat seterusnya memperbaiki keadaan ini segera. Bukan sedikit jumlah wang rakyat yang telah terbazir begitu sahaja akibat dari kegagalan projek - projek di bawah kementerian Kerjaraya.
Jika ini tidak berlaku rakyat seharusnya 'membuka mata' dan sedar bahawa kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional ini sememangnya tidak mempedulikan permasalahan rakyat. Ini kemungkinan BN sudah terlalu lama menikmati 'puncak kuasa mutlak'. Maka sudah sampai masanya rakyat harus berfikir serius pula untuk menukar parti pemerintah.
p/s : berdasarkan sdr. Zamel Rizal yang menghantar surat ke ruangan pembaca Utusan Malaysia juga membuktikan projek SMART gagal dalam menangani kesesakan lalulintas.

Saturday, June 09, 2007

SPR sendiri tidak bersih jiwanya...

1 Jun lalu hampir semua media utama menyiarkan kenyataan Pengerusinya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmad yang mengumumkan mengenai SPR secara prinsipnya telah bersetuju untuk memperkenalkan dakwat penanda jari bagi pengundi menjelang pilihanraya umum akan datang. Pengumuman SPR ini disambut baik oleh banyak pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan dan tokoh tokoh tertentu, kecuali Timbalan Menteri Penerangan Datuk Seri Chia Kwang Chye yang berkali kali menyatakan respon membantah pengumuman SPR itu.

Sememangnya ada tanda positif sedikit apabila secara prinsipnya SPR bersetuju menggunakan dakwat penanda jari tersebut.


Namun jika diteliti kenyataan penuh Rashid ketika mengumumkan kesediaan SPR memperkenalkan dakwat penanda ini amat mengecewakan. Rashid dalam kenyataanya menyatakan bawah kesediaan memperkenalkan dakwat penanda ini hanya kerana ingin menghentikan polimik dan tidak mahu ia terus menjadi modal politik parti pembangkang.

Ternyata kenyataan Rashid ini menggambarkan betapa dia secara peribadi dan SPR itu sebenarnya tidak berminat untuk mengadakan pilihanraya yang benar benar adil dan bersih. Setiap tindakan SPR seharusnya bukan kerana tekanan atau hanya untuk memuaskan hati mana mana pihak tetapi ia perlu hadir atas kesedaran tanggungjawab untuk memastikan sistem pilihanraya yang menjadi salah satu tunjang utama sistem demokrasi negara benar bersih dan adil.

Yang keduanya ialah cara SPR menyebut ‘ isu dakwat penanda jari ini hanya modal parti parti pembangkang yang selama ini menjadikan alasan tidak menang kerana tidak ada dakwat penanda’, ini jelas menunjukkan sikap peribadi beliau yang berat sebelah.

Dalam negara demokrasi parti politik dan kerajaan ialah dua intiti yang jelas berbeza, sebagai pihak yang seharusnya menguruskan pertandingan dalam pilihanraya, SPR gagal selama ini untuk mengadakan pilihanraya yang bersih setakat ini kerana masalah ketidak fahaman yang wujud dalam diri Pegawai pegawai tinggi SPR itu sendiri untuk membezakan parti politik dengan kerajaan. Malah dalam banyak keadaan SPR seolah bertindak bagi pihak parti politik yang menguasai majoriti parlimen.

Kembali kepada hal dakwat penanda jari, ternyata ia masih belum lagi terpakai secara rasmi kerana ia hanya diterima secara prinsip oleh mesyuarat SPR tetapi ia perlu dibentangkan di kabinet dan pindaan rang Undang Undang Pilihanraya (perjalanan Pilihanraya 1981) diperlukan.

Pertama sekali harus di renungkan, sejauh mana persediaan SPR untuk untuk membentangkan kepada kabinet mengenai perkara ini. SPR perlu bersedia dan membentangkannya dengan teliti untuk mengelakkan kabinet menolak mentah mentah cadangan dakwat penanda jari yang akan dibentangkan. Jika dirujuk kepada tentangan oleh Timbalan Menteri Penerangan maka sudah pasti akan ramai Menteri Kabinet akan turut sama bersungguh untuk memastikan saranan ini gagal.

Kedua ialah berapa lama masa diperlukan sehingga dapat dipinda Akta Pilihanraya dan membolehkan dakwat penanda ini digunakan dalam pilihanraya. Jika pilihanraya umum awal berlaku pasti SPR akan menggunakan alasan 'kami sudah bersedia tetapi proses masih belum selesai'...

Kesungguhan spr...

Sebenarnya dakwat penanda itu bukan satu satunya masalah dalam pilihanraya di Malaysia. Di Kelantan baru baru ini ketika mennyampaikan ucapan sempena Muktamar Pas 2007, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan mengenai kewujudan 40, 000 pengundi luar yang akan dibawa masuk untuk mengundi bagi meastikan kemenangan BN, ini kerana berdasarkan maklumat dalam BN sendiri menyatakan ini merupakan kali pertama dalam sejarah BN bakal menghadapi kesukaran di 70 kawasan parlimen. Antara kawasan tumpuan mereka sudah tentulah Kelantan yang dikuasai oleh Pas dan Sabah tempat dimana sokongan terhadap keADILan berada di puncak dan BN menghadapi perbagai masalah.

Anwar sehingga kini masih belum menunjukkan apa apa bukti berkenaan tuduhan beliau itu kerana dalam ucapan yang sama beliau menegaskan hanya akan mengenengahkan bukti jika SPR sendiri menyatakan kesediaan untuk menyiasat dan menyelesaikan permasalahan ini. Jika tidak menurutnya pendedahan tidak akan bermakna kerana ia bakal menjadi seperti pendedahan pembelian senjata yang pernah beliau lakukan.

Berkenaan perkara ini ingin saya bawa satu fakta dari yang dipetik dari sebuah blog milik seorang anak muda yang bertugas bersama ANFREL (Asian Network for Free Election). Amin Iskandar mencatatkan pengalamn beliau menemui penyokong Barisan Nasional Sabah di Tawi - Tawi Filipina. Dalam catatan perjalanan beliau semasa di Tawi - Tawi kerana misi pemantauan Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Kerajaan Tempatan 2007 Filipina baru baru ini menyatakan beliau banyak bertemu dengan penduduk di Tawi-Tawi yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Filipina.


Berdasarkan permerhatian beliau menyatakan bawaha perkara ini diketahui kerajaan. Walaupun kerajaan melarang rakyat memiliki dua kerakyatan tetapi perkara ini didiamkan (baca : digalakkan) demi mestikan kelangsungan kuasa BN.

Beliau juga menemui seorang buruh yangs sering berulang alik dari Sabah ke Tawi-Tawi kerana bekerja. Buruh ini memiliki dua kerakyatan dan apabila ditanya bagaimana dia memiliki dua kerakyatan buruh itu menyatakan bahwa terdapat sindikit yang memberikan kerakyatan Malaysia kepada orang Filipina dengan syarat mereka mengundi BN.

Pendedahan mengenai kegiatan seumpama ini telah didedahkan oleh Dr. Jeffery Kitingan, Naib Presiden keADILan dan kini catatan perjalanan bergambar seorang anak muda juga telah membuktikanya.

Ingatan buat semua pemimpin parti politik progresif dan rakyat secara keseluruhan jangan mudah terpedaya dengan tindakan cakap - cakap Pengerusi SPR yang bertindak membeli masa menjelang pilihanraya untuk menunjukkan seolah wujud kesungguhan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Terlalu banyak jenayah yang terselindung dalam pilihanraya negara, pembelian undi contohnya hampir semua mengetahui bagaimana Barisan nasional membeli undi dengan kononya membayar 'mileage' kepada pengundi yang datang mengundi dari luar kawasan. Bukti ini juga boleh diperolehi dalam laman Youtube yang merakamkan perbualan tawaran pembelian undi ketika pilihanraya ijok.

Itu belum lagi menyelak di sebalik kain undi pos yang misteri.
* gambar Amin, penyokong BN (siap bertopi BN) di Tawi tawi dan pemantau dari Pakistan. (gambar dari blog Amin)

Wednesday, June 06, 2007

Tahniah

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri (yang dipanjangkan oleh seorang pengirim email) menyatakan bahawa Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi akan menamatkan zaman dudanya 'secara rasmi' pada 9 Jun 2007. Majlis riskas akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri secara tertutup. Difahamkan hanya keluarga dan rakan terdekat dijemput.

che'GuBard dengan ini merakamkan ucapan tahniah kepada Abdullah dan keluarga. Semoga kehadiran Jeanne Abdullah @ Jean Danker, 53 sedikit sebanyak dapat mengubat luka kehilangan arwah Datin Seri Hendon Mahmod isteri dan ibunda tercinta keluarga tersebut.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser payudara.

Selaku rakyat Malaysia che'GuBard amat berharap selepas ini Abdullah akan menjadi kuat selepas kelihatan begitu lemah selepas kehilangan isteri tercinta.

Blog ini pernah menyiarkan gambar dan berita mengenai hubungan Abdullah sebelum ini dengan Jeanne yang juga ipar kepada arwah Hendon.

* gambar dari Malaysiakini.com

Tuesday, June 05, 2007

Spr oh Spr



tunggu pendedahan bagaimana pengundi warga negara jiran dibawa masuk....esok !

Monday, June 04, 2007

Simpati Noh alami masa sukar tetapi.....

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar mungkin mengalami masa - masa yang sukar sejak kebelakangan ini.

Bermula dengan adiknya Mohd. Jusnaidi Omar, 36, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kelmarin atas tuduhan mengedar ganja dan syabu di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Tanjung Aru, pada pukul 10 pagi, 20 Mei lalu dan didakwa mengedar 1,088 gram ganja di bawah Seksyen 39B(1)(c) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Adik Noh turut dituduh memiliki tujuh peket syabu seberat 35 gram di bawah Seksyen 12(2) dibacakan bersama 39A(r) yang kedua-duanya di bawah akta yang sama.

Seksyen 39B(1)(c)ADB memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, manakala Seksyen 12(2) membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan sebatan 10 kali.

Sementara itu, isteri Mohd. Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar, 31, suri rumah, dituduh mengambil dadah jenis amphetamine dan methamphetamine di bawah Seksyen 5(1) akta yang sama.

Kemudian pula Setiausaha Sulit yang paling rapat denganya pula, Kernaini Anuar, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan di Sungai Burung, dekat Tanjung Karang.

Kesemua ini terjadi dalam masa yang singat dalam kesibukan Noh menguruskan Majlis Parkahwinan seorang lagi adiknya. Arwah Kernanini di langgar sebuah kereta ketika melintas jalan di Parit 2, Sg. Burung ketika hendak menghadiri Majlis Perkahwinan adik Noh.

Kemalangan bertimpa - timpa.... ingin dirakamkan simpati dan rasa turut memahami.

tetapi semua itu tidak boleh menjadikan alasan untuk Noh merepek dan merapu. Sebagai Timbalan Menteri di Kementerian penting yang memacu institusi pendidikan negara seharusnya beliau mampu mencerminkan perwatakan yang sesuai dengan jawatan beliau.

Mungkin kerana tidak tahan di asak wartawan (dalam keadaan berduka cita) mengenai adiknya yang ditahan polis dalam satu sidang media ketika perasmian bangunan GPMS di Sentul Noh, secara keras telah mengugut guru akan dikenakan tindakan jika menghalang program UMNO dari diadakan di kawasan sekolah.

Malah Noh secara bongkak menyatakan jika pembangkang (parti politik selain yang bergabung dengan BN) ingin mengadakan program boleh buat di bangunan bukan milik kerajaan. Nampaknya Noh amat tidak memahami sistem demokrasi berpelembagaan yang diguna pakai dalam negara ini. Noh tidak memahami perbezaan antara parti politik bernama Umno dan kerajaan. Hanya dalam negara yang mengamalkan satu parti atau sistem komunis sahaja sukar mencari perbezaan antara kerajaan dan parti politik penguasa.

Institusi pendidikan seharusnya menjasi medan pencabahan ilmu dan pemikiran bebas yang kadang kala seharusnya kritikal mencabar keadaan semasa. Pendidik dan anak bangsa yang menimba ilmu seharusnya dipersiapkan dengan pemikiran mandiri ke arah mempersiapkan sebuah bangsa yang mampu berdaya saing dalam dunia globalisasi yang semakin menggila.

Harapnya kenyataan Noh itu di buat secara tidak sedar kerana dalam keadaan amat berduka cita. Jika ia dibuat secara sedar dan sengaja maka amt malanglah institusi pendidikan negara punya Timbalan Menteri seperti Noh.

Projek SMART sebenar belum sempurna?

Hampir semua rakyat Malaysia terkejut dengan kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur hujung minggu lepas. Ini kerana sepatutnya selepas membelanjakan RM 2 Billion untuk projek tebatan banjir yang dikenali sebagai SMART maka seharusnya peristiwa itu tidak berlaku.

Menteri bertanggungjawab yang selama ini begitu ke depan membela kewajaran tindakan kerajaan membelanjakan wang malah membenarkan terowong itu dikendalikan oleh syarikat swasta (sehingga 2042 mengutip tol) selepas siap telah membisu selepas projek itu gagal buat kali pertama di uji oleh kejadian alam.

Namun Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir. Keizrul Abdullah, telah bertindak pantas membela projek tersebut dengan memberikan alasan bahawa projek tersebut masih belum sempurna, dan hanya akan siap sepenuhnya pada hujung Jun.

Ini satu lawak jenaka kerana ketika dirasmikan perbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan bahawa terowong itu telah siap sepenuhnya. Kerja pembinaan projek
SMART telah dimulakan pada 1 Januari 2003 tetapi tarikh siap dan pembukaan terowong ini telah beberapa kali tertangguh. pada 7 April lalu telah diumumkan terowong ini telah siap dan sedia digunakan. Pengguna akan dikecualikan dari kutipan tol selama sebulan.

Malah laman rasmi SMART telah menyatakan bahawa projek itu siap sepenuhnya pada Ogos 2006.

Namun kini apabila muncul kegagalan atau masalah baru di akui atau diketengahkan mengenai ada yang masih belum siap. Bila sebenar tarikh projek ini sepatutnya siap ? Jika ia gagal di siapkan berdasarkan masa yang ditetapkan berapa denda yang dikenakan kepada kontraktor terbabit dan berapa wang negara di kutip semula dari denda itu ? Apa lagi sistem dalam terowong itu yang masih belum sempurna ?

rujuk juga kenyataan DAP mengenai Projek Takungan Banjir Batu - Jinjang yang tidak siap.

petikan berita dari merdeka review

berita berkaitan : layari suarakeadilan.com , jahilblog.net , malaysiakini.com

Projek SMART gagal : KL banjir teruk...

A job well done. Dato’ Seri S. Samy Vellu and Dato’ Seri Azmi Khalid congratulating each other on the official opening of the SMART Highway. Watching are Dato’ Paduka Ir Haji Keizrul Abdullah, Director General of Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia and Dato’ Ir. Haji Ahmad Zaidee Laidin, Director of SMART. (gambar dari web rasmi SMART ketika upacara perasmian)

Kuala Lumpur semalam dilanda banjir kilat yang teruk. Hujan lebat selama dua jam di ibu negara petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Sungai Besi ditenggelami air setinggi 0.9 meter akibat banjir kilat.

Menurut Utusan Malaysia akibat kejadian itu, beribu-ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang agak teruk selepas bandar raya ini dilanda hujan lebat kira-kira pukul 5.30 petang.

Lapor yang sama juga menyebut Ketua Skuad Jabatan Keselamatan dan Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Inspektor Ishak Ahmad berkata, sebanyak 180 orang daripada 60 keluarga penduduk Kampung Sri Indah di sekitar Jalan Sungai Besi terpaksa dipindahkan ekoran banjir kilat itu.

Antara jalan yang ditenggelami air antara 0.2 meter sehingga 0.5 meter ialah Jalan Bangsar, Jalan Maarof, Jalan Semantan, Jalan Sultan Sallehudin, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Travers dan Jalan Duta.

Manakala Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) di Masjid Jamek juga ditutup hampir sejam berikutan kawasan di Jalan Raja dinaiki air.

Menurut sumber yang berada di tempat kejadian memaklumkan orang ramai di kawasan sekitar yang terlibat dengan banjir mengalami kerugian yang tinggi kerana air naik mendadak. Banyak kenderaan juga tenggelam dalam kejadian itu.

Menjadi persoalanya kejadian ini seharusnya tidak patut lagi berlaku kerana berdasarkan jaminan projek bernilai RM 2 billion. Kerajaan memberi jaminan dengan Projek lebuhraya Stormwater Management and Road Tunnel (Smart) masalah banjir di ibu negara dapat di atasi.

Sebanyak RM 2 billion dibelanjakan untuk projek itu malah pihak pengendali projek juga diberikan hak untuk mengutip tol bagi kenderaan yang menggunkan terowong itu (walaupun dibina dengan wang negara) sehingga 2042. Perjanjian tol ini pernah didedahkan oleh bekas Naib Ketua Angkatan Muda, Sharifah Shahida Syed Kamaruzaman.

Ternyata projek yang menelan RM 2 Billion wang rakyat ini gagal. Menteri Kerja Raya dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang sibuk mempertahankan projek ini yang semenjak dari awal sememangnya penuh dengan kontroversi dan bantahan perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan kegagalan projek ini.

Wang rakyat dibazirkan dengan projek yang gagal dan rakyat masih menderita dan mengalami kerugian dengan masalah banjir malah lebih buruk dari itu.

Kerajaan dituntut menanggung semua kerugian yang dihadapi oleh penduduk yang terbabit dan Menteri yang terbabit harus dipertanggungjawabkan di atas kegagalan projek SMART.

Sunday, June 03, 2007

Call for Application : Gwangju Asian Human Rights Folk School 2007

Salam buat semua teman - teman aktivis ;

Saya dengan ini ingin memanjangkan tawaran untuk semua aktivis menyertai The Gwangju Asian Human Rights Folk School 2007 anjuran The May 18 Memorial Foundation.

Program tahunan ini bakal mengumpulkan aktivis 'muda' progresif dari seluruh Asia yang terpilih. Tahun lepas saya telah terpilih sebagai salah seorang aktivis untuk menyertai program tersebut dan Alhamdunillah saya terpilih sebagai 'pelajar terbaik' yang akhirnya membawa saya melanjutkan pelajaran di Peringkat M.A ke Korea Selatan selama setahun dengan biasiswa penuh.

Peluang menyertai program 'sekolah alternatif' bagi aktivis ini amat saya hargai kerana melalui sekolah inilah saya dapat berkongsi pengalaman dan mempelajari dunia aktivisma 'muda' dengan teman - teman dari seluruh pelusuk Asia dan seterusnya melalui jaringan ini dapat dilanjutkan untuk berhubung dengan 'networking' teman - teman aktivis muda seluruh dunia.

GERAK juga kini telah diangkat untuk menduduki panel penasihat antarabangsa bagi yayasan tersebut.

Kepada aktivis muda Malaysia kali ini peluang anda pula. Sila layari laman rasmi GERAK untuk mendapat makluman lanjut.

Jika memerlukan sebarang bantuan saya mahupun GERAK sila hantar permohonan saudara melalui gerakmalaysia@gmail.com

MENGEMBELING TENAGA MUDA

KENYATAAN TERBUKA
2 Jun 2007


Kemenangan sebagai MPT paling muda dalam sejarah keADILan atau mungkin sejarah parti politik di Malaysia yang menang pemilihan parti (Kongres keADILan, 25-27 Mei 2007 di Seremban) dan lebih lebih lagi tanpa hadir dan tidak berada di dalam negara amat memeranjatkan.

Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh perwakilan dari seluruh negara kepada saya. Juga kepada sahabat - sahabat yang mendokong.

Pertamanya kemenangan tersebut saya lihat sebagai amanah yang berat yang harus dipikul khususnya dalam keadaan parti yang harus mengharungi perbagai cabaran dalam keadaan negara yang dirundung perbagai masalah.

Kedua dan lebih penting kemenangan tersebut saya lihat sebagai pengiktirafan parti kepada sumbangan anak muda yang diterjemahkan melalui undi perwakilan dari seluruh negara. Ia juga menjadi tanda kepercayaan dan harapan perwakilan kepada anak muda untuk menuntaskan perjuangan membela rakyat yang kita warisi dan sama kita cetuskan semula semenjak peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim.

Selain dari bersedia untuk melaksanakan apa jua tanggungjawab selaku MPT yang bakal diamanahkan oleh parti , tumpuan saya ialah pengembelingan dan pemerkasaan tenaga muda ke arah reformasi total.

Telah tercatat dalam sejarah semua perubahan berlaku di mana peringkat sekalipun telah ditunjangi gerakan yang muda yang aktif.

Meskipun tidak dikenang. Dimana mana , di dunia perubahan, Revolusi 1789 di Peranchis, Kebangkitan 1980 di Korea dan yang terdekat Reformasi 1998 di Indonesia ditunjangi anak muda.

Proses kemerdekaan negara juga sebenarnya ditunjangi oleh anak – anak muda yang progresif namun imej kemerdekaan negara telah di ’culik’ dan diimejkan semula oleh mereka yang mendapat anugerah kemerdekaan dari penjajah. Proses dan siapa yang memberikan tekanan, berkorban sehingga memaksa British memerdekakan negara menjadi sejarah pinggir.

Semenjak itu perbagai usaha memandulkan gerakan anak muda dilakukan. Kemuncak usaha pemandulan ialah selepas kebangkitan mahasiswa 1970an.

Penguasa sedia maklum bahawa kerajaan yang korup dan tidur akan diancam oleh gerakan progresif anak muda kama perbagai usaha pemandulan terus dilakukan. Dari pengubalan undang – undang seperti AUKU sehingglah hampir semua pertubuhan belia termasuk pertubuhan sukan diambil alih oleh orang politik. Akibatnya dapat dilihat pemimpin politik pemerintah yang sudah berada di hujung usia pun masih menerajui pertubuhan – pertubuhan yang belia.

Impak pemecatan Anwar Ibrahim yang seterusnya melancarkan semula Gerakan Reformasi maka anak muda Malaysia selepas 1998 mula bergerak aktif dan lebih progresif namun perkembangan ini cepat dikesan oleh penguasa.

Maka AUKU diperketat dengan aku janji dan majoriti anak muda akan diwajibkan untuk memasuki proses brain wash melalui PLKN. Jutaan wang rakyat terbazir hanya untuk memastikan gerakan anak muda malaysia terus mandul.

Hujah penguasa ialah jangan ganggu anak universiti biarkan mereka belajar dahulu. Penguasa amat gembira jika gerakan mahasiswa hanya bercakap persoalan asrama dan dewan makan sahaja. Penguasa akan lebih gembira jika pertubuhan belia menumpukan sepenuh tenaga menganjurkan pertandigan kompang peringkat kebangsaan.

Tidak dinafikan ada juga kumpulan anak muda yang terus progresif tetapi bilangan mereka mula mengecil dan bercapah.

Namun akhir akhir ini anak muda sekali lagi menjadi sasaran tembakan apabila di tembak dengan keruntuhan akhlak, moral dan seumpamanya. Hasil kajian kononya semua ini berlaku kerana anak muda tidak minat berpesatuan. Jawapan bagi hasil kajian itu sebenarnya ialah anak muda hilang minat menyertai persatua atau apa juga gerakan kerana semua telah diambil alih oleh parti pemerintah dan kelompok tua yang tidak lagi progresif.

Kerajaan pula hanya mengendalikan permasalan dikalangan masyarakat dengan hanya mengeluarkan dan membazirkan peruntukan kerajaan. Rakan Muda sebuah projek propaganda kerajaan semata mata dan membazirkan wang negara dilancarkan oleh Perdana Menteri ke lima dengan peruntukan RM 176 juta dan sehingga kini telah menelan lebih dari RM500 juta wang negara. Apakah hasilnya ? Bagaimana peruntukan ini di salurkan adakah anak muda terlibat dalam penyaluran peruntukan tersebut ?

Negara kini dalam keadaan kelam kabut. Ekonomi tidak menentu rasuah berleluasa. Kenaikan harga tidak terkawal. Masyarakat semakin melemah dan nasib manusia kini hanya ditentukan pasaran dibawah pemimpin negara yang lemah. Isu kecil seperti isu agama dan perkauman gagal ditangani oleh pemerintah malah pemerintah menggunakan isu tersebut sebagai isu politik. Bangsa Malaysia kini semakin melemah kita bakal dijajah...jika kelemahan ini diteruskan. Rakyat marhaen akan terus ditindas.

Ini masa yang paling di tuntut anak muda harus bangkit menyelamatkan bangsanya. Akan tercatat sejarah yang amat memalukan jika ketika bangsa dilanda kegelapan tetapi anak muda berpeluk tubuh tidak menyedari kegelapan yang mula menyelubungi.

Ini cabaran buat kita semua anak muda. Anak muda harus berani bangkit merentasi batas parti politik, perkauman mahupun agama demi memacu semula sebuah tamadun ke arah kegemilangan.

Anak muda, mahasiswa harus berjiwa progresif, kritikal dan berani. Jika semua tenaga muda progresif negara ini disatukan maka tidak mustahil bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang disegani dunia.

Kumpulan – kumpulan serta gerakan anak – anak muda progresif ini perlu didekaki segera. Pendekatan keADILan berbeza dari pendekatan penguasa. keADILan tidak mahu mengubah menjadi kan gerakan anak muda ini alat politik. Jika bercakap soal rasuah dan pembelaan masyarakat biarkan anak muda bercakap dengan bahasa anak muda.

Kita mahu mahasiswa kekal sebagai mahasiswa, gerakan anak muda kekal sebagai gerakan anak muda malah perlu lebih progresif. keADILan juga memerlukan pandangan kritikal bebas mereka.

Tumpuan bukan sahaja anak muda di bandar tetapi anak muda di desa dan pendalaman juga. Anak muda di Sabah dan Sarawak termasuk kaum asal tidak akan ketinggalan.

Sebagai sebuah parti politik masa depan keADILan juga terbuka untuk dikritik oleh anak – anak muda. Apa yang paling penting pemerkasaan dan pengembelingan tenaga muda harus di satukan ke arah merobah dan menyelamatkan masyarakat dan negara yang korup sakit ini.

Kepada anak muda yang berminat keADILan seharusnya membuka pintu seluasnya untuk mereka sama menyumbang idea dan tenaga untuk membentuk sebuah parti politik yang muda dan segar dari segi pemahaman terhadap perjuangan dan isu semasa.

Masa muda ialah tempoh yang harus dinikmati oleh kita dengan mengorbankan diri membina bangsa,menuntut perubahan. Kebahagian kita apabila ganerasi selepas itu mencatat nama kita dalam sejarah sebagai perobah bangsa. Ini cabaran anak muda...

Anyone who stops fighting is old, whether at 20 or 80. Anyone who keeps fighting stays young. The greatest thing in life is to keep your mind young…and keep fighting for a better world……

Salam perjuangan.

Badrul Hisham Shaharin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi 2007 / 2010

Parti Keadilan Rakyat

2 Jun 2007, 1.45 pagi
Seoul, Korea Selatan.

wajib baca : Anak Muda jangan asyik politiking sempit

nota kaki : Benar pilihanraya merupakan antara titik perubahan tetapi sebenarnya perubahan bangsa sebenar akan berlaku apabila majoriti anak muda mula faham erti kepentingan membina ketamadunan bangsa. Anak muda harus diberikan kebebasan menentukan hala tuju mereka.......lahirlah gerakan anak muda yang berani dan progresif ...perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata...

Saturday, June 02, 2007

Selamat Pengantin Baru Nurin..

Semasa kumpulan reformasi ditahan ISA Paklang Zaki dan Khidir (Baling) sering ke hulu ke hilir membawa barang barang pameran anti ISA dan Free Anwar mereka.... tidak kira siapa yang panggil sempena ceramah, rumah terbuka, forum dan kenduri kahwin pun mereka redah..kerana pada mereka asalkan masej sampai kepada rakyat...dan tekanan diteruskan kepada pemerintah.

Harapan masa singkat mereka ialah tahanan ISA reformasi dan Anwar di bebaskan dan harapan masa panjang mereka ialah ISA itu sendiri dihapuskan. Kini harapan masa singkat mereka telah terlaksana tetapi nampaknya harapan jangka panjang mereka masih jauh... mereka pula tidak mampu lagi meneruskan kerja yang mereka lakukan... Khidir terpaksa menumpukan kerjaya dan membantu keluarga khususnya selepas pemergian ayahanda tersayang tahun lepas. Manakala Pak Lang Zaki pula kini menderita (walaupun dia tak pernah kata sakit dan nak cuba tunjuk sihat) sakit barah prostat yang kini dah memberi kesan ke buah pinggang. Harap ada yang mampu menyambung tugas mereka.

Tugas mereka mudah sahaja... kumpulkan bahan bahan untuk pameran anti isa yang mampu memberikan kesedaran kepada rakyat...korbankan perbelanjaan sendiri untuk semua itu termasuk kenderaan dan belanja perjalanan. Masa tu Pak Lang jual macam-macam cenderamata untuk cover sikit beban ...buat kemeja x-file ISA, jual buku anti Isa, vcd dan lain - lain.....dalam segi kempen berjaya sebab ramai pakai t-shirt dan baca buku tersebut tapi masih gagal tanggung kos sebab ramai tak bayar...hehehe...aku sehingga kini ada hutang dengan Pak Abu dan Malaysiakini sebab aku ambil buku dari mereka dan salurkan pada penjual buku habis tapi modal pun habis tak balik..hehehe

Dalam masa aktif ini, mereka telah berjaya mengobankan sekurang kurangnya dua buah kenderaan. Sebuah Renault Hijau yang rosak di Johor kemudian di tinggalkan di sana kerana tak mampu (RMnya) untuk dibaiki dan akhirnya tersadai tanpa di bayar instalment. Kereta ini tersadai di rumah salah doktor perubatan yang kini menjadi ahli MPT keADILan ....akhirnya tukang tarik kereta pecahkan pagar rumah untuk tarik kereta tersebut.

Kereta yang kedua pula sehingga kini tersadai di Bangi dan sehingga kini juga tak bayar tetapi belum ada yang sanggup tarik.... hahahaha....mana taknya jelajah satu Malaysia setiap kali ke mana – mana barang pameran akan diperiksa dan diperbaiki tetapi kondisi kenderaan tidak dipeduli. Kereta Iswara aku juga hampir terkorban (tempat duduk belakangnya kerana skru dan clip nya hilang selepas digunakan untuk bawa bahan pameran...rupanya mereka ini kalau membawa barang pameran kerusi penumpang belakang dibuang)

Tetapi bukan itu mauduk’ penulisan kali ini.... niat menulisnya ialah mengenai seorang kawan...

Masa kereta Pak Lang rosak di Johor itulah kali pertama aku dengar nama Rosli dan Nurin... sebenarnya dua – dua orang ini aku mungkin pernah jumpa sebelumnya tetapi tak perasan.....

Ketika kereta rosak di Johor dalam perjalanan bawa barang pameran ada dua kali aku telefon Nurin untuk mengetahui kondisi. Ekspresi pertama aku Nurin ni peramah dan ’terlalu’ banyak cakap susah nak berhenti (lebel ini kekal sehingga hari ini)...

Kali pertama aku bertemu dengan Nurin ialah ketika malam penaklukan Iraq oleh Amerika...malam itu kami anjurkan candle light di depan kedutaan Iraq tanda protest kepada Amerika...malam itu Nurin datang dengan Kol. (B) Mislan. Aku ingat lagi malam tu aku buat lawak sikit jer tapi dia gelak macam machine gun ...

Lama kelamaan selepas mengenali dia dengan lebih rapat .... aku tahu dia ni seorang pejuang yang ikhlas....dia ni kadang kadang lurus tak tentu arah dan susah nak paham... kadang kadang satu benda terutama yang melibatkan ’cilok’ politik kena cerita dua tiga kali baru dia boleh paham....

Panjang perkenalan kami ada masa aku marah sangat dengan dia sebab ’kebebalan’ tak tentu arah dia....tapi lama – lama aku pikir dia yang ikhlas dan lurus tu (dan kadang kadang nak tunjuk cerdik) hilang marah aku.. sebab dia ni kalau buat kerja sungguh sungguh... bayangkan masa dia memikul amanah mengetuai AMK Johor dia tidak bekerja dan sedang belajar di Universiti di Utara Semenanjung Malaysia dia masih mampu sering pulang dan bersungguh menggerakkan jentera...

Dia pun pernah marah aku gila-gila tapi aku tahu marah Nurin tidak lama ... lepas aku telefon dua tiga kali buat lawak dia akan cool balik. Dia pernah dua tiga kali tunjuk ’bijak’ kononya nak ikut struktur.... anjur latihan di ulu dedap (jauh sangat) Johor tak bincang dan jemput aku.... kononya akan dikendalikan oleh Pengerusi Biro Latihan AMK tetapi saat akhir dia call aku rayu aku turun sebab semua dah siap tetapi Pengerusi Biro Latihan Cuma boleh turun untuk satu sesi sahaja kerana sibuk...Nurin telefon aku sedih – sedih minta tolong tapi aku tak marah sebab aku kenal Nurin maka Pak Lang Zaki, Era dan aku terus bekejar naik bas ke kawasan ulu dedap di hujung daratan benua Asia.

Semasa Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir aku sampai hari penamaan calon. AMK seharusnya memainkan peranan sebagai jentera sokongan. Namum sehingga hari tersebut semua belum ada apa – apa....maka mengenali teman – teman aku cadangkan Fariz sebagai Pengarah pilihanraya AMK kerana mengenali dia yang senang nak deal dan cool dan aku cadang Nurin sebagai Setiausaha kerana sikapnya yang kelam kabut dan suka mendesak juga kaki bebel....ternyata kali ini telahan aku menjadi Fariz berjaya memainkan peranan pengarah yang cool dan Nurin berjaya memainkan peranan Ibu Tiri kepada jentera AMK...sampai sembahyang teman – teman pun dia jaga.....ternyata dalam keadaan serba kekurangan pencapaian jentera AMK bolehlah dibanggakan.

Gandingan Yusof dan Nurin pula tidak akan dilupakan sepanjang baki hidup kerana kesungguhan mereka dalam menjayakan majlis perkahwinan che'GuBard dan Erahanim.Masa itu Nurin tidak ada kereta. Peristiwa tidak ada kereta ini juga menarik kerana aku ada dalam kereta masa kereta dia kena tarik.....cuma tak nak tulis panjang bab ini nanti takut Nurin marah...

Sebab tidak ada kereta maka Yusof lah yang menjadi ’pemandu’ ke hulu ke hilir menyiapkan majlis perkahwinan aku... kerana sehingga 3 hari sebelum kahwin aku masih sibuk di Permatang Pauh untuk bersama aktiviti AMK.

Ketika aku di Korea Nurin pernah hubungi aku dalam sebak cerita beberapa masalah dalam parti...aku tahu dia ikhlas sangat dan dia sebak bukan sebab pengorbanan dia tapi sedih tengok pengorbanan kawan – kawan seolah di siakan dengan krisis yang seolah tiada kesudahan. Kepimpinan AMK yang terlalu politiking mengorbankan pengorbanan aktivis bawahan......Aku cuba berkongsi pandangan dengan Nurin ketika itu...Alhamdunillah Nurin masih bersemangat dia terus bersama perjuangan dan menang exco wanita pusat.

Ketika aku pulang ke Malaysia baru baru ini Nurin bertunang pada hari yang sama Lyana Rusli kahwin di Semenyih... pagi aku bersama isteri tersayang pergi kenduri Lyana dan Jay Jay...kemudian terus ke Sabak Bernam ... itu kali pertama aku ke rumah Nurin.. Nurin banyak berahsia pasal keluarga dan peribadi beliau...termasuk namanya..

Kesempatan itu aku ambil untuk bermesra bersama keluarganya...Keluarganya ramah....rumahnya ditengah sawah padi...banyak yang aku baru tahu hari itu berkenaan Nurin.

Tak tahu nak bagi apa (tengah belajar kewangan mendesak) makanya aku bagi Nurin beg cop SungKongHoe University.... dua hari lepas itu aku jumpa dia di Pulau Pinang ...dia pakai beg itu ...aku bangga Nurin hargai pemberian aku yang tak seberapa ... tapi kawan – kawan lain pandang dan tanya takkan Nurin saja dapat beg... aku kata sapa nak beg kena tunang masa aku balik lagi sekali..... (ingatan ini terutama buat si bujang – bujang dari Pulau Pinang..yang dah kahwin nak kahwin satu lagi tak achi...)

Hari ini aku amat terkilan kerana aku gagal menghadirkan diri Majlis Perkahwinan Nurin... semalam jam 10malam waktu Korea aku dapat ’sms’ dari Era yang katanya Alhamdunillah Nurin selamat di ijab kabulkan.....maaf Nurin aku tak dapat hadir dalam majlis perkahwinan hang..

Cuma masa aku nikah Nurin gelakkan aku sebab sampai 3kali akad...tapi dengar dari isteri aku suami dia pun tiga kali juga....hahahaa.. takpe lah banyak kali baru afdhal hahaha...

Apa pun Selamat Pengantin Baru ...Nurin...........moga bahagia ke akhir hayat....ingat teruskan perjuangan.....Kepada suami Nurin tahniah anda dikurniakan isteri seorang pejuang yang mampu InsyaAllah mendidik anak anak dan keluarga ke jalanNya..

Nurin dah kahwin sikit sebanyak masa dia untuk ’perjuangan’ akan tidak seperti dulu...maka doa aku lahirlah satu lagi (kalau boleh lebih) anak muda wanita seperti Nurin...segera !

Gambar 1 : ketika pameran anti Isa/Bebas Anwar di Kelantan, Pak Lang pakai topi koboi di belakang turut kelihatan ialah Kak Bahiran (Isteri Ezam) , Ibu Ezam, Marina (Isteri Raja Petra) dan Ummi (isteri Ust. Bad) pic dari FAC -tq to Petra
Gambar 2 : Tian dan Nasir melawat Pak Lang masa tengah sakit(seminggu sebelum jadi Bapa Mertua aku)
pic dari blog Tian
Gambar 3 : aku terangkan Nurin sesuatu sebelum program sebab dia nie kena terang betul betul baru paham..sebab dia hanya buat benda yang dia paham sahaja...
Gambar 4 : Gambar bersama sebahagian peserta latihan AMK Jhr di ulu dedap..
Gambar 5 : Aku, Nurin, Fariz, Era dan Nik (Ketua Penerangan, keADILan Kelantan) ketika Mesyuarat Bilik Gerakan P/Raya Kecil Pengkalan Pasir
Gambar 6 : Gambar Nurin masa lepas Nikah di Masjid ..belakang yang senyum pun posing juga baju hijau itu Era isteri kesayangan...