"Kalau benar berani dan anak jantan , Zahid selaku Naib Presiden Umno, bertandinglah pakai logo Umno dalam kertas undi," kata Chegu Bard.
SEREMBAN – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dicabar bertanding di dalam pilihan raya umum ke-13 nanti menggunakan logo Umno, kata Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin.
“ Kalau benar berani dan anak jantan , Zahid selaku naib presiden Umno, bertandinglah pakai logo Umno dalam kertas undi.
“ DAP memang pakai logo roket sebab pendaftar pertubuhan takut untuk luluskan pendaftaran Pakatan Rakyat. Kalau Umno jantan pakailah logo keris”, cabar Badrul Hisham.
Badrul Hisham atau Chegu Bard berkata demikian dalam satu kenyataan khas kepada FMT mengulas kenyataan Zahid yang juga merupakan menteri pertahanan di dalam media kelmarin yang melaporkan Zahid mencabar DAP keluar dari Pakatan Rakyat dan bertanding di pilihan raya umum jika anak jantan.
Sentimen perkauman
“Umno tak habis-habis dengan sentimen perkauman. Zahid pula asyik berpolitik dan dan bercakap perkara yang tidak relevan langsung dengan kepentingan rakyat.
“Negara memerlukan anggota kabinet yang lebih prihatin dan menumpukan pada kerja yang berkaitan. Bukannya hanya berpolitik sahaja”, tegasnya.
Badrul Hisham berkata terlalu banyak masalah yang membelenggu negara ketika ini termasuk kenaikan harga barang, gula dan minyak.
Peluang pekerjaan juga semakin menguncup. Ramai lepasan universiti masih tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka dan bermacam-macam lagi masalah.
Tetapi menteri pula lebih berminat dengan isu-isu remeh temeh yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment