Wednesday, May 04, 2011

DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara



Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS.

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN?

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimen racist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya.

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang.

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada pahttp://www.blogger.com/img/blank.gifrti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai.

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan. - aspanaliasnet

9 comments:

  1. CONTOH PEMIMPIN YANG MENEPATI CIRI INI IALAH MAT SABU. DIA KATA NUAR BRAHIM KAKI JUBUR, SEKARANG DIA PERTAHAN NUAR MACAM NA RAK!

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:35 PM

    Chegu Bard Tinggalkan PKR ????

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:25 PM

    DAP tetap tidak memimpin Malaysia sebab tak cukup pun ahli parlimennya jadi Orang Melayu juga yang memimpin Malaysian tapi siapakah yang baik.

    ReplyDelete
  4. Saya rasa cikgu DAP masih lagi bersikap perkauman di Pulau Pinang dan sikap itu diselindungi dengan menyertai pakatan rakyat. DAP lah yang paling banyak mendapat faedah dengan menyertai pakatan. Saya sebagai orang Pulau Pinang melihat sendiri bagaimana sikap perkauman itu ditunjukkan dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melakukan beberapa siri perobohan gerai-gerai melayu.Antara yang paling ketara adalah gerai DOREMI, sebuah gerai yang dibina diatas pokok hasil kreativiti seorang peniaga muda.Dalam kes ini, PAS dan KEADILAN hanya berlepas tangan dan tunduk kepada kehendak DAP. Saya rasa pada pilihanraya umum akan datang sesuatu harus dilakukan oleh PAS dan KEADILAN supaya bil kerusi yang dimenangi menjadi lebih seimbang.Dahulu Melayu memegang 5 kerusi exco sekarang hanya tinggal 2.Ternyata penguasaan melayu didalam pakatan rakyat di Pulau Pinang semakin merosot.

    ReplyDelete
  5. apa dah jadi pada MELAYU SINGAPORK?

    ReplyDelete
  6. Anonymous3:43 PM

    Saya amat berharap agar Cekgu bard tidak meninggalkan PKR. PKR masih baru dan memang parti baru akan ada masalah dalamannya. Janganlah kerana kalah pemilihan hari itu Cekgu Bard meninggalkan parti ini. Jika dirasakan ada yang tak betul cubalah diperbaiki, tetapi janganlah diharap perubahan itu akan berlaku sekelip mata. Kesabaran yang amat amat tinggi diperlukan.

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:57 PM

    Chegubard ni gila jawatan sebenarnya..
    Kalah bertanding Ketua AMK, keluar la parti lepas tu masuk parti lain dengan harapan diangkat tinggi macam Zaid Ibrahim.
    Orang kalau dah gila jawatan tu,gila jugak la.
    Bodoh punya Chegubard.
    Takde prinsip.

    ReplyDelete
  8. Hati Keris9:53 PM

    Cikgu jgn krn nyamuk seekor habis kelambu dibakar dan jgn krn nila setitik habis susu sebelanga,jgn sampai anak cucu kita salahkan kita krn silap kita fikir dulu sblm buat sesuatu tindakan bodoh. Skrg nie kita salahkan datuknenek kita krn kesilapan yg depa buat dulu jadikan sebagai satu sejarah atau pedoman. Saya anak jati Pg tapi nasib org melayu tetap sama di bawa MCA,Gerakan atau DAP semua tiada beza. Semua silap generasi kita yg lalu tapi takkan kita nak ulangi lagi tlg laa kita berjuang atas dasar agama dan bangsa kita. Kita org melayu tak cukup pintar nak berpolitik dgn depa nie sbb depa nie semangat bangsa kuat itu bukan semangat perkauman setiap bangsa ada semangat tersendiri seperti kita ada keluarga mesti semangat kekeluargaan dgn adik beradik kita dijaga. Mcm tu laa depa. Harapan saya jgn jadi katak si katak lompat ingat tak siapa yg dah jadi katak tu. Jgn nanti cikgu disumpah jadi katak pula.

    ReplyDelete
  9. hah pergi la kat DAP kau tue
    tgk brape lame ko leh tahan
    dasar giler kuase
    kecewa tak bertempat
    pigi dahh mabukkk

    ReplyDelete