Sedikit masa tempoh hari cadangan perbentangan pertama akta GST telah ditarik balik dari dibentangkan diparlimen Malaysia hasil dari ugutan satu mobilisasi rakyat besar akan dilakukan serentak dengan pembentangan tersebut.
Namun terbaru pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak menyatakan tetap akan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dengan menawarkan akan menurunkan cukai pendapatan. Nampaknya regim Barisan Nasional makin tidak mempedulikan rakyat dalam menguruskan ekonomi negara.
Perlu ditegaskan cukai pendapatan hanya dikenakan kepada mana - mana individu yang berjaya mengumpulkan pendapatan melepasi tahap tertentu atau mana - mana perniagaan yang berjaya mencatat keuntungan tinggi tertentu. Namun GST yang akan dikenakan kepada hampir semua barangan dan perkhidmatan akan menjerut hampir seluruh rakyat Malaysia. Seluruh rakyat akan terjerut dengan sistem cukai ini tidak kira bekerja atau tidak. Dari bayi, remaja, pelajar hingga warga tua dan yang tidak bekerja termasuk pesara akan terlibat menjadi pembayar cukai. dari cuma 2 juta rakyat yang harus membayar cukai kini kesemua rakyat lebih 27 juta akan terlibat membayar cukai. Jika GST dilaksana sepenuhnya. Masa kini hanya 10% dari jumlah rakyat yang layak dikenakan cukai tetapi berdasar cadangan Najib bebanan kepada 10% yang kaya ini dikurangkan dan dipindahkan kepada kesemua rakyat termasuk yang tidak bekerja.
Ini tentu menguntungkan lebih kerajaan dengan peningkatan mendadak pendapatan negara namun adakah ia satu tindakan bijak dengan menaikkan pendapatan negara tetapi menjerut rakyat ?
Ini menunjukkan kegagalan regim Bn untuk menjadi kreatif dan iniovatif dalam menjana ekonomi negara, yang mereka fikirkan hanya apabila negara tidak cukup wang maka dilihat rakyat untuk didera.
SAMM mendesak agar cadangan GST ini dibatalkan. Negara hanya boleh dikira bersedia setelah purata pendapatan lebih tinggi dan perbezaan pendapatan lebih kecil. GST ialah sistem cukai regim kapitalis itupun hanya boleh dilaksanan untuk negara yang lebih maju dengan perbezaan pendapatan yang tidak besar, dan kebanyakan orang membayar cukai pendapatan.
Jika regim sudah tidak lagi mampu menguruskan ekonomi negara maka wajarlah rakyat mengundurkan mereka dari kerusi mempuk yang mereka nikmati selama ini. Yang rakyat tuntut akta gaji minima untuk melindungi pekerja tetapi yang diperolehi ialah cukai untuk semua yang menyeksakan.
Rakyat seharusnya disedarkan. Selepas ini tentu ramai ahli akedemik kangkung atau 'NGO' keladi yang akan mememik kononya GST ini bagus dan seumpamanya. Penurunan cukai pendapatan pula akan ditemuramah perbagai orang untuk menyokong diturunkan. Rakyat jangan tertipu.
Semua ini memperakui regim sudah kekurangan wang yang serius untuk menguruskan negara. Sepatutnya apabila keadaan ini berlaku regims eharusnya lebih berkhemah tetapi pembaziran dan ketirisan (rasuah) terus berlaku. Rosmah Mansor tidak lansung menunjukkan keinsafan untuk menghadkan perbelanjaannya, isu tidur di hotel bernilai lebih RM100,000 semalam ketika lawatan ke luar negara masih tidak terjawab.
Pemimpin regim amat kaya raya tetapi rakyat susah terus sengsara. Bayangkan kes anak ketua menteri Sarawak yang melibatkan tuntutan harta sepencarian oleh bekas isterinya di mahkamah syariah akibat bercerai menjangkau RM400 juta. Bayangkan jika pemimpin regim mengubah cara hidup sudah tentu rakyat mampu menjadi selesa, malangnya regim terus bermewah membela korporat kaya raya.
Orang kaya yang cukai pendapatanya dikurangkan kebanyakanya terlibat membelanja wang di luar negara tetapi rakyat miskin yang hampir seluruh hidupnya berada dan berbelanja di dalam negara akan terus disiksa dengan perbagai cukai seperti GST.
Akhirnya SAMM menyeru rakyat menggunakan kuasa rakyat untuk mendidik regim yang makin liar dan bongkak menindas.
No comments:
Post a Comment