Pada pengetahuan umum rakyat Malaysia, bekas peneroka Sendayan semuanya jutawan kaya dan raya hasil dari pengambil alihan tanah oleh Kerajaan. Sebenarnya ini persepsi salah, penduduk Sendayan kebanyakan masih terperap dengan perbagai masalah hasil dari proses pengambil alihan tersebut.
13 keluarga masih terus berjuang kerana tidak mahu terlibat dalam proses pengambil alihan dan tanah mereka telah dirampas menggunakan Akta Pengambil alihan Tanah dan dengan pampasan yang jauh lebih rendah seperti membalas dendam. Itu cuma secebis dari perbagai isu yang terperap di Sendayan.
24 Mei ini, Sdr. Mazlan Aliman, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan hadir ke Sendayan berdialog dan berbincang mengenai permasalan yang wujud serta ingin meneliti bagaimana ANAK mampu memainkan peranan.
Orang ramai khususnya penduduk sendayan dijemput hadir kerana ini kesempatan bermakna. Apapun fitnah regim kepada ANAK tetapi melalui organisasi inilah banyak nasib peneroka yang ditipu Felda terbela. ANAK telah berjaya membuktikan di mahkamah bagaimana Felda menipu dalam banyak hal sehingga menyeret Felda untuk membayar jutaan ringgit kepada peneroka.

Program 1 : Majlis Dialog Anak Felda Sendayan
Tarikh : 24.05.2011 (SELASA )
Masa : 5.00 petang
Tempat : lot. 245, Bandar baru sendayan (Rumah Daud idris)
Panel : WAN ROHIMI (peguam yang memenangkan kes Felda Kemahang),
MAZLAN ALIMAN (Pengerusi ANAK) ,
CHEGUBARD & YB TAUFEK
Isu-Isu yang akan dibincangkan :
- MASALAH KES TANAH 2 EKAR YANG MELIBATKAN KELUASAN, LOKASI,GERAN & SUDAH LAMA TERBIAR.
- MASALAH KELUASAN LOT BANGLO YANG TIDAK MENCUKUPI SERTA KUALITI BANGLO YANG TIDAK MENEPATI HARGA SEBENAR
- MASALAH ANAK-ANAK PENEROKA FELDA YANG TIDAK BOLEH MENCARUM DALAM KOPERASI PEMODALAN FELDA.(K.P.F). MENGAPA?
- MASALAH TANAH PERKUBURAN ISLAM YANG TERTIMBUS AKIBAT PROJEK NAIK TARAF JALAN YANG TERBIAR TANPA SEBARANG MAKLUMAT
- ISU PADANG SEKOLAH MENENGAH YANG MENJADI KAWASAN PERTANIAN.
- MASALAH PENCEMARAN UDARA OLEH KUALITI ALAM
Program 2: Ceramah Perdana Isu Semasa & Felda
TARIKH : 24.05.2011 (SELASA ) Masa : 8.45 MALAM
Tempat : lot. 382, Bandar baru sendayan (Rumah TANGGAM)
Penceramah :
No comments:
Post a Comment