Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan persetujuan dengan kenyataan pengerusi BERSIH 2 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini.
BERSIH 2 ialah himpunan inisiatif masyarakat madani dan bukannya inisiatif mana - mana parti dengan sifat kepartian. Tuntutan bersih jelas iaitu memperkukuh ruang demokrasi dengan menjamin perjalanan pilihanraya yang adil dan bersih. Jika ada pihak menentang maka mereka menentang hasrat mendesak pilihanraya bersih dan adil.
Contohnya dalam desakan menggunakan dakwat kekal yang jelas praktikal untuk mengelakkan pengundian berulang. Ini harus didokong oleh semua parti politik. Jika ada yang tidak mahu digunakan dakwat kekal maka sudah tentu ada niat serong seperti ingin menang pilihanraya dengan pengundian berulang (undi hantu dan lain-lain).
Semua parti politik harus bersama dalam himpunan BERSIH ini.
Mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien yang mendesak perhimpunan dibatalkan kerana memburukkan imej negara dan kalau nak diadakan harus diadakan dalam stadium.
SAMM kesal dengan kenyataan menteri seperti ini. Pertama imej negara buruk kerana demokrasi yang pincang. Imej negara akan lebih baik jika negara membuka ruang demokrasi, rakyat dibenar berhimpun dan mesra polis maka pelabur dan pelancong juga akan senang. Di negara seperti Korea Selatan boleh dikatakan setiap hari ada himpunan aman, namun jumlah bilangan pelaburan dan pelancong ke negara tersebut jauh meninggalkan negara ini. Demonstrasi wujud di seluruh dunia dan menjadi hak asasi manusia berkumpul dan menyatakan pendapat. Setakat ini rekod himpunan aman hanya kecoh apabila diganggu anggota keselamatan yang bertindak berdasarkan arahan 'atasan'.
Daya saing negara dan pengiktirafan dunia pasti datang seiring dengan pelaksanaan demokrasi yang adil dalam negara.
Kedua Menteri Dalam negeri harus mengubah persepsi beliau terhadap himpunan aman. Himpunan aman kalau dianjur oleh 'front' regim semua boleh berlaku aman tanpa gangguan polis. Sebaliknya jika dianjur oleh rakyat yang bertembung dengan kepentingan regim mesti menjadi haram. Adakah himpunan hanya menjadi hak mutlak PERKASA atau Umno ?
SAMM juga tidak bersetuju dengan desakan Menteri Dalam negeri yang mengarahkan untuk himpunan harus di dalam stadium. Bagi SAMM di mana dan bagaimana harus diadakan ia harus diputuskan oleh Jawatankuasa BERSIH 2 bukan Menteri yang kelihatan berat sebelah dalam menangani isu seperti ini.
Himpunan sudah tidak boleh di elakkan kerana kebanyakan tuntutan bersih bukan tuntutan baru. Ia wujud sejak himpunan BERSIH 2007 lagi namun regim seolah tidak mengendahkannya. Selepas itu juga begitu banyak memorandum, kenyataan desakan dan seumpamanya namun regim masih seolah pekak.
Maka demi mempertahankan hak rakyat maka BERSIH 2 harus tetap diadakan pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Semua parti sekali lagi dijemput hadir. Semua parti politik harus mengambil sikap kalau keputusan PRU rakyat menolak parti tersebut harus menerima dan akur sebaliknya harus melawan jika keputusan PRU rakyat ditipu dengan helah jahat SPR dan Regim menafikan hak.

No comments:
Post a Comment