Umum telah ketahui seorang blogger yang dikenali sebagai Din Binjai yang mengendalikan blognya http://Sharpshooter.blogspot.com telah disaman oleh Datuk Seri Dr. Rais Yatim kerana kononya mencemarkan nama baik beliau. Saman ini diutarakan ketika isu 'merogol amah' mula sejuk dan dilupakan. Isu 'merogol amah' yang menurut persepsi umum majoritinya mengaitkan isu tersebut dengan Dr. Rais.
Isu ini menjadi gempar pendedahan sebuah laman kontroversi antarabangsa yang dikenali sebagai wikileak. Isu ini menjadi lebih sensasi apabila blogger yang seolah pro Umno (BigDogCom dan Rockybru) membuat beberapa posting mengenai kes ini termasuk dokumen (sulit) kertas siasatan yang mengandungi 'temuramah' sebuah agensi membela Tenaga Kerja Indonesia (TKI), Migrantcare yang secara terus menulis nama Dr. Rais kerana disebut oleh bekas orang gajinya.
Hampir sebulan Dr. Rais diam mengenai perkara ini. Lansung tiada penafian. Namun tiba - tiba selepas SAMM membuat laporan polis tiba - tiba Dr. Rais muncul membuat penafian. Perlu direkodkan polis yang berjanji untuk memberi respon selepas dua minggu laporan dibuat ternyata gagal dan satu surat pertanyaan mengenai perkembangan kes dihantar oleh SAMM juga disenyapkan.
Adakah laporan jenayah hanya boleh disenyapkan dengan kenyataan media. Polis seharusnya tanpil menyatakan sama ada Dr. Rais bersalah atau tidak. Ini perkara penting turut melibat hubungan antara negara. Malah kedudukan strategik Dr. Rais juga tidak seharusnya terdedah dengan sesuatu yang berisiko dengan ugutan.
Kes ini cuba disenyapkan sedikit demi sedikit, menurut blogger Rockybru beliau telah menerima nasihat Tun Dr Mahathir bagi tidak memanjangkan komentar terhadap kes ini. Namun ketika kes ini seolah cuba disenyapkan, Dr. Rais telah memilih seorang blogger untuk disaman. Difahamkan kemudian seorang lagi blogger yang berasal dari Sabah turut disaman juga.
Ini mungkin usaha Dr. Rais membina persepsi masyarakat bahawa dia benar difitnah.
che'GuBard secara peribadi sememangnya mengenali Amizudin Ahmad iaitu pengendali blog Sharpshooter dia juga banyak membantu SAMM dalam perbagai kegiatan. Dia disaman kononya kerana menerbit semula tulisan (yang dipetik dari laman harakah online) yang ditulis hasil dari beberapa pendedahan termasuk dokumen siasatan Migrantcare.
Dia juga bersalah kononya meletakkan gambar Rais dalam artikel tersebut yang telah ditukar tajuk "heiii Pak Menteri Mana mahu lari aaaa.." walaupun tidak ada perubahan dalam artikel asal dan diletakkan link sumber asal.
Adakah Din Binjai merupakan orang atau media pertama yang mengait nama Dr.Rais dalam kes ini ? Telah banyak media dalam dan luar negara yang menyebutnya sebelum Din Binjai.
Setelah meneliti kes ini maka SAMM bersetuju untuk bersama membantu Din Binjai dana menghadapi kes ini. Langkah pertama perlu dicari peguam. Dr. Rais menggunakan Shafee & co antara agensi guaman yang dikatakan terbaik di Malaysia.Maka bukan mudah untuk mencari siapa yang sudi membantu membela. Setelah mencari akhirnya YB William Leong (ahli Parlimen Selayang) yang memiliki William Leong & co. setuju untuk tampil sebagai pembela dalam kes ini.
Pada 17 Mei lepas, che'GuBard bersama Din Binjai telah pergi ke Jakarta dengan satu misi mencari kebenaran dan sebanyak mungkin bukti terkait kes ini. Misi 3 hari ke Jakarta dan beberapa kawasan lain ahkirnya menemukan banyak penemuan baru.
Banyak juga teman dan organisasi juga ingin tampil membantu sama dalam mendepani kes ini. SAMM telah dibantu sepenuhnya oleh teman sekutunya di Indonesia iaitu organisasi Solidarity Indonesian For Asian People (SIAP). Juga tampil individu dan organisasi yang telah terjalin hubungan sebelum ini antaranya ialah ialah Mas Dedi Ahmad dari Perkumpulan Bantuan Hukum Indonesia (PBHI), Taufek Ahmad (Tempo), Pak Jamaluddin (Serikat Buruh Migrant Indonesia).
Telah turut ditemui ibu Indah, pegawai yang terlibat dalam merakam penyataan Robengah (amah yang dimaksudkan), beberapa teman wartawan tempatan yang mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Banyak penemuan terbaru dan sumber yang mengesahkan perbagai fakta sebelum ini. Namun menjelang 4 Julai dimana sebutan pertama kes ini banyak lagi 'kerja rumah' yang harus dilakukan. Mungkin terpaksa ke Indonesia sekali lagi. Namun cabaran ini tetap akan disahut. SAMM amat yakin ada perkara yang cuba diselindungkan dalam kes ini. Malah beberapa penemuan terbaru dalam lawatan ke Indonesia yang lepas lebih menyakinkan wujud sesuatu yang cuba diselindungkan.
SAMM membela Din Binjai atas nama seorang kenalan yang banyak membantu, atas semangat kebebasan media dan menyakini ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Dr. Rais memilih Din Binjai mungkin kerana melihat Sharpshooter seorang blogger kecil. Dia tidak memilih blogger pro Umno, dia tidak memilih media besar yang turut mengaitkan namanya sebaliknya memilih bogger yang konon kecil untuk dijadi kambing hitam membersih nama. SAMM akan membuktikan Dr. Rais salah. Atas nama perjuangan mencari kebenaran tidak ada yang kecil dan besar. Insan kerdil mampu jadi penting kerana istiqamah dan keberanianya.
Kes ini juga memerlukan bukan sedikit perbelanjaan dari segi persiapan pembelaan kes. Kepada yang sudi membantu Din Binjai boleh terus menyumbang kepada beliau di akaun Amizudin Ahmat CIMB 0714-0121200-52-6 Amizudin Ahmat Maybank 107303045377 sebarang pertanyaan atau selepas meenyumbang untuk pengesahan boleh sms ke 0123696474 (Norazizi, Penyelaras SAMM).
No comments:
Post a Comment