Sunday, December 28, 2008

Sembah Takziah

Parti Keadilan Rakyat Bahagian Rembau dengan ini merakamkan sembah takziah ke atas kemangkatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Walaupun kami redha dengan pemergian banginda tetapi sesungguhnya pemergian baginda amat mengejutkan dan merupakan satu kehilangan yang amat bermakna. Berita pemergian baginda pada Sabtu 27 Disember 2008 jam 11.47 pagi di Hospital Besar Seremban benar - benar telah menggugat ketenangan kita semua.

Baginda yang di kenali sebagai Yang Di Pertuan Besar kepada Negeri Sembilan yang moden. Sepanjang menjadi pemimpin sama ada sebagai Yang Di Pertuan Negeri Sembilan ke sepuluh sejak 18 April 1967 atau semasa menjadi Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 26 April 1994 – 25 April 1999 beliau merupakan seorang pemimpin yang disegani dalam dan luar negara.

Secara peribadi saya melihat baginda merupakan seorang yang tidak sombong dan amat mudah di dekati. Baginda juga seorang yang berani dan berpendirian. Telah terekod dalam lipatan sejarah juga bagaimana Baginda beberapa kali menyatakan ketegasan dalam banyak hal yang melibatkan agama, politik dan pentadbiran negeri walaupun kadang kala kelihatan bertentangan dengan kehendak parti pemerintah atau individu politik tertentu.

Masih terkenang pertemuan terakhir ketika menyambut Baginda di Kompleks Bunga Raya di mana ketika ramai pegawai begitu sibuk menyusun protokol dan memberikan perbagai amaran kepada kami yang sedang menanti dan ingin menyambut kepulangan baginda dari luar negara, namun semuanya terkejut apabila Baginda Tuanku dan Tuanku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin pula dengan mesra mencemar duli bersalaman dengan hampir semua kami yang hadir.

Kepada DYMM Tuanku Najihah Binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin dan seluruh keluarga besar Istana Negeri Sembilan sembah takziah dari keADILan Rembau. Sesungguhnya kami bersedih atas kehilangan ini.

Kami juga memanjatkan doa agar roh Almarhum ditempatkan di sisiNya bersama orang - orang yang solleh. Semoga juga pengganti alMarhum mampu meneruskan ketegasan dan keberanian Almarhum dalam membela kepintingan rakyat.

Sehubungan dengan ini keADILan Rembau mengistiharkan berkabung 9 hari dengan menangguhkan kesemua majlis rasmi termasuk semua mesyuarat dan program terbuka.

sekian ; Sembah Takziah

Badrul Hisham Shaharin (che'GuBard)
Ketua Bahagian Rembau
merangkap Majlis Pimpinan Tertinggit (MPT)
Parti Keadilan Rakyat.

9 comments:

  1. Anonymous2:51 PM

    tiba tiba lak bebudak adil nie sedih ngan raja hahahaha bukankah depa nie pro yahudi....

    ReplyDelete
  2. yang pro yahudi UMNOK la bro........bertuhankan wang

    Takziah dari budak chuaw

    Daulat Tuanku

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:16 PM

    Ada nampak banner ni kat lepas highway senawang dan atas pokok dekat bukit putus..Nak nama la tu..Tak habis2 langgar tempat orang n langgar protokol istana..

    ReplyDelete
  4. den tak paham betul...puak umno cakap adil pro yahudi...bebudak adil cakap umno yang pro yahudi...sapo yang betul?....adil dicakap pro yahudi pasal lambang parti yang ada kene ngena sikit dongan yahudi... umno dicakap pro yahudi...sobab pado tahun 70an dulu nik aziz ado tanyo kek parlimen pasal freemanson dalam malaysia..menteri kabinet cakap buat maso ni takkan bubarkan...

    silo huraikan BAKAL PM DEN chegu bard...hik hik hik

    ReplyDelete
  5. Anonymous2:10 PM

    siaplah kau kami dah sedia GERAKAN Anti Badrul...

    Badrul seorang budak hingusan yang pandai buat cerita.... dia bercita cita nak jadi MB negeri sembilan...dia nie ibarat tong kosong....ada bebudak dua tiga kerat tapi berlagak macam ramai pengikut...

    menjelang pemilihan parti kami akan lancarkan GERAKAN Anti Badrul

    ReplyDelete
  6. Harap chegubard tak terpengaruh ngan gerakan anti chegu.
    Yang dua tiga kerat pengikutnya bukan chegubard, GAB nilah hahahha buat kelakar jer GAB ni. Entah-entah dia sorang je

    ReplyDelete
  7. wuish gerakan anti badrul... gilo lawak......den nak join buat lawak ni... den dongan ni ishtihar den nak jadi presiden Gerakan PRO BADRUL....amacm GAB?....hik hik hik lawak sungguh gab ni...

    p/s hingusan dio pun ado gak la nampak bakti pado masyarakat...dari hang hidup nak cari salah orang je hik hik hik kut iyo pun bad nak jadi MB..salah ko?....awat hang lagi layak ke GAB hik hik hik

    ReplyDelete
  8. Anonymous1:45 PM

    Sempena tahun baru ini, kami akan lancarkan Gerakan Anti Badrul di pejabat keadilan Negeri Sembilan, Jalan Rahang. kepada teman2 sekutu, sila hadhir untuk nyatakan sokongan...Mampus Badrul Mampus!!!

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:22 PM

    bkn mudah nk puaskn ati sume orang...(ibu dopot)

    ReplyDelete