Tuesday, December 30, 2008

Merafak sembah Tahniah ; Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 11

Gambar sumber BERNAMA - Kelihatan Tuanku Mukhriz bersalaman dengan Tuanku Naqiyuddin selepas dimasyurkan sebagai Yang Di Pertuan Besar N.Sembilan ke 11 semalam di Istana Besar Seri Menanti.

keADILan merafak sembah Tahniah kepada Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada petang semalam sebelum upacara pemakaman Almarhum.

Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Pelantikan Yang Dipertuan Besar itu dilakukan mengikut Adat Perpatih Negeri Sembilan.

Tuanku Muhriz dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar daripada antara Putera Yang Empat menurut perlembagaan negeri dalam satu majlis ringkas di sini.

Tiga putera lagi, Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Panglima Besar Tunku Nazaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar turut hadir.

Menurut agensi berita semalam, empat Undang iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau bersama-sama Tunku Besar Tampin mengadakan persidangan tertutup bagi memilih Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru.
Sepanjang 3 hari ini rakyat diperlihatkan praktik adat Pepatih yang sebenarnya mampu dan lengkap untuk menjamin keadilan dan mentadbir dengan baik. Namun sistem beradat ini telah lama ditinggalkan. Mungkin ini masa yang sesuai sistem adat / kerajaan beradat ini mendapat pengiktirafan dan memainkan peranan pentingnya semula di tengah masyarakat.

Dilahirkan pada 14 Jan 1948, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-'Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank.

Jenazah Almarhum selamat disemadikan

Sementara itu jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, 86, selamat disemadikan di Makam Diraja Seri Menanti dekat sini, petang semalam.

Jenazah Almarhum dibawa dari Istana Besar Seri Menanti dengan menaiki Maharaja Diraja (kenderaan khas untuk membawa jenazah) selepas solat Asar, ke Makam Diraja dengan penuh kebesaran dan adat istiadat Raja-Raja Melayu sebelum disemadikan.

Pergerakan kenderaan yang membawa jenazah Almarhum ke Makam Diraja itu diiringi 86 das tembakan meriam.

Almarhum yang ditabalkan menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10 dan memerintah selama 41 tahun, selamat disemadikan pukul 5.30 petang.

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad membacakan talkin dan tahlil.

Turut berangkat ke istiadat pemakaman itu ialah Tuanku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin.

Antara tetamu kehormat yang hadir memberikan penghormatan terakhir termasuk Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rakyat jelata turut memenuhi perkarangan Makam Diraja untuk memberikan penghormatan terakhir. (dipetik daripada agensi berita)

7 comments:

  1. anak sri menanti3:32 PM

    Tunku Mukhriz lah yang sememangnya layak.....

    Tuanku Jaafar ialah anak Tunku Abdul Rahman dengan seorang mualaf (serani) maka sememangnya dia dengan keturunan dia tak layak....

    Tunku munawir bapa Tunku Mukhriz ialah anak tunku abdul rahman dengan Tunku Durah.... namun ketika tunku Munawir mangkat Tunku Mukhriz tidak diangkat kerana campur tangan BN.....

    silih pulang ke gagang,,,,pinang poulang ke tampuk

    ReplyDelete
  2. Daulat Tuanku

    tahniah.....

    monung naqiyyudin semalam den nengok

    ReplyDelete
  3. Bukan Tunku Abdul Rahman tapi Tuanku Abdul Rahman beza tu waghieh

    ReplyDelete
  4. Maklumat11:03 AM

    Tok Md (MB NS) harus di dakwa di mahkamah adat kerana campur tangan dalam pemilihan Yam Tuan sehingga di halau oleh Undang Sg Ujong....

    Harap cikgu dan kawan2 siasat perkara ini kalau sahih sila bawa perkara ini ke tengah...

    ReplyDelete
  5. Mankanan11:24 AM

    Laa... Ada juga masuk cerita politik dalam cerita perlantikan sultan... Tiba-tiba lak BN terlibat. Biar betul ni? Jangan main tuduh-tuduh.. Yang saya dengar, Almarhum Tuanku Jaafar dilantik dulu sebab Tuanku Muhriz masih kecil... Apa pulak kaitan BN dalam hal ni?...

    ReplyDelete
  6. Yang den dongar pulak pulak, dulu maso TJ nak naik undang yang ompek ni disogok supayo naikkan namo TJ, yolah undang dulu mano ado duit bonar, terbeliak la bijik mato tengok duit walaupun baru beberapo ribu yo

    ReplyDelete
  7. nizam_y2j6:35 PM

    tunku abdul rahman PM pertamo pun terlibat samo maso perlantikan TJ dulu...tok undang2 dulu2 mmg sonang diboli...abih yg jadi tok undang ni org2 biaso cam kito gak...ado tok undang maso tu sbolum jadi undang kojo'eh motik potai, tukang baco meter LLN (skrg TNB)...kok dibagi stakat 5000 maso thn 1967 mmg golap la mato tok2 undang ni...

    ReplyDelete