Wednesday, December 17, 2008

PAC berjaya kelirukan rakyat (selamatkan Najib) !!

che'GuBard menerima kritikan agak hebat juga dari pembaca blog ini termasuk teman dikenali berkenaan dengan penulisan dan serangan che'GuBard terhadap pembelian Eurocopter.

Kononya 'pembangkang' (istilah yang digunakan oleh kebanyakan komen) hanya tahu bercakap tetapi tidak berani bertindak. Ini berikutan pengumuman suami Normala Samsudin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Selamatkan Wang Negara (PAC) yang mengistiharkan tiada penyelewengan dalam pembelian Eurocopter. Ramai yang terkejut dengan pengumuman tersebut. Malah ada yang mula bertanya 'adakah wakil PR yang berada dalam PAC tidur dan tidak bersuara ?'

Namun setelah diselidiki rupanya, suami Normala ini selaku pengerusi PAC telah menjalankan tugas dengan tidak mengikut prosedur. Hasil laporan perlu dibentangkan di parlimen sebelum di terima dan di umumkan. Tetapi suami Normala ini selepas selesai sesi siasatan sebelum pun siap laporan penuh untuk dibentangkan di parlimen beliau telah membuat pengumuman 'membersihkan Najib'.

Setelah sekian lama selepas pengumuman suami Normala ini (setelah dipastikan isu ini agak sejuk) maka pada 4 Disember lepas barulah laporan penuh siasatan PAC diberikan kepada ahli - ahli parlimen. Sekali lagi mengejutkan apabila laporan siasatan sedikit berlainan dengan pengumuman tergesa - gesa suami Normala uintuk membersihkan Najib. Pengumuman yang dibuat suami Normala memberikan persepsi kepada umum kononya semuanya baik dalam urusan pembelian Eurocopter.

Nasmun dalam laporan PAC ternyata mempersetujui wujud 'masalah' dalam urusan pembelian Eurocopter apabila mencadangkan kewujudan sebuah badan panel penilai bebas yang terdiri dari individu yang pakar dalam hal berkaitan untuk menyiapkan cadangan (nasihat) sebelum pembelian dibuat. Malah laporan tersebut mencadangkan keperluan tempoh ujian dan penilaian yang cukup dan menyeluruh sebelum sebarang pembayaran dibuat. Ini mengkritik tindakan cadangan pembelian hanya dengan melihat 'katalog' yang dilakukan sebelum ini.

Walaupun dengan perbagai kekakangan nampaknya ahli parlimen PR didalam PAC telah memainkan peranan sepatutnya. Cuma suami Normala yang mempengerusikan PAC bertindak tidak mengikut prosedur dengan membuat pengumuman awal. Kemungkinan usaha sanggup melanggar prosedur dengan membuat pengumuman awal ini untuk menunjukkan kesetiaan kepada Najib untuk memancing jawatan Menteri semula.

Jenayah membelakangkan proses parlimen dengan memanipulasi media untuk memberikan persepsi salah kepada umum ini nampaknya mula menjadi trend kebiasaan. Najib juga sebelum ini telah cuba membelakangkan undang - undang dengan cuba membawa berbilion wang rakyat dalam buget negara dengan dikenali sebagai pakej ransangan. Namun setelah diserang hebat oleh ahli Parlimen PR akhirnya Yang DiPertua Dewan juga mengakui bahawa Najib tidak boleh membawa berbilion wang rakyat tersebut tanpa pembentangan yang sempurna, maka parlimen telah menolak pelan ransangan Najib.

Namun penolakan parlimen ini tidak diumumkan sebaliknya Najib terus menggunakan media mengumumkan pelan peransangan yang melibatkan kemasukan baru berbilion wang rakyat ke dalam buget negara berjalan lancar. Ini pengkhianatan terhadap kemuliaan dewan rakyat.

Tidak mampu dibayangkan jika ini menjadi trend jika Najib sempat menjadi PM.

10 comments:

  1. siapa kau bad-ut nak bercakap pasal ekonomi

    lulusan maktab ja oiiiii

    semakin dekat najib nak jadi pm kau orang semakin gila !!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:08 AM

    siapa yang gila?yang aku nampak sekarang najib yang gila babi sebat duit rakyat,jangan cakap pakai kepala lutut,gunakan akal yang dianugerahkan tuhan untuk berfikir,jangan kau zemi nak tunjuk hero,duit rakyat jangan sesuka hati diperhabiskan untuk kepentingan peribadi.bard aku minta kau ulas pasal harga minyak sekarang,harga dah turun sampai usd 43 setong,mengikut harga sebenar harga di pam sepatutnya rm 1.42 seliter,

    ReplyDelete
  3. Anonymous2:47 AM

    Najib bertungkus lumus memastikan proses pembaik pulih ekonomi negara setelah dijahanamkan oleh AAB menantu dan anak beranak...tetapi dia terus difitnah oleh puak 'peliwat' yang sentiasa pendengki...

    ZEMI aku sokong kau

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:46 AM

    jenayah membelakangkan proses parlimen? pengkhianatan terhadap dewan rakyat? xpaham la cikgu.. cikgu ni men ckp ikt nafsu cikgu ja ka? x tak bukti.. jenayah apa? khianat apa? PR yg ddk dlm PAC pn x de lak kuar kan statement psl kptsn PAC.. sy bkn nak menghina kemaktaban cikgu.. cuma kalo boleh biarlah berfakta.. tkt jatuh hukum fitnah kata2 cikgu nnt.. nih bahaya.. dl jatuhnya islam dr kata2, ayat2 hebat yg tidak ada bukti yg penuh ngn fitnah dan semangat saling benci membenci.. tnggu jugak la kot2 timb pengerusi PAC nak pertikai kptsn PAC.. tp tak dak pun.. herannya cikgu yg nk jd hero..

    ReplyDelete
  5. Inilah negaraku yang semakin korup.
    Pemimpin berganti pemimpin.
    Tapi yang dipimpin hanya projek dan dana ke kantong sendiri:dan sekali sekala kekantong anak bini.

    Tapi apakan daya, satu atau sepuluh mulut yang meludah korupsi, pasti tetap akan dipandang sepi.

    Cuma satu hari nanti,
    mari 25,274,132 mulut kita semua meludah Putrajaya, pasti akan lemas mereka,
    dalam lendir kahak keberangan kita..

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:36 AM

    ini semua bebudak suruhan yang menjadi pencacai najib razak,yang sekarang nie tengak kemarok nak jadi pm.kalau tak paham belajar,jangan jadi budak suruhan saja,apa disuruh patuh,yes man.ini persoalan rakyat,duit rakyat jangan buat tak tentu arah,jangan hanya pentingkan tembolok diri dan kroni rakyat dibawah sengsara,dengan krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia malaysia tidak akan terlepas dari masalah ini,fikirlah masalah pekerja yang akan menanggung beban di berhentikan kerja,adakah ini yang najib fikirkan?atau memunggah segala harta negara sebelum terlambat?aku tengok najib bukan nak memperbetulkan masalah yang dibawa oleh dollah badawi tapi menjahanamkan adalah,najib seorang yang bacul,mempergunakan laki normala samsudin untuk berlindung diatas kedurjanaan yang telah beliau lakukan.lu pikirlah sendiri najib....

    ReplyDelete
  7. arggghhhh...

    jom bagi semua makan cabai kering!

    www.cabai-kering.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Suami Normala ni persis macam suami Siti Nurhaliza...!!!

    Kubur kata mari....! Rumah kata pergi.....!

    Terpaksa agresif dan garang macam orang muda....!!!

    Nasib Si Najib ni sebonarnya dah masuk maghrib....!!!

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:52 PM

    cikgu apo tuleh nama bini takkan takut sobot yo namo laki eh

    ReplyDelete
  10. Anonymous1:19 PM

    salam,

    saya rasa chegubard ngan penyokong dia je yg keliru kot..

    chegubard, mana bukti anda?knp guna nama isteri dia, nk libatkan isteri dia gak ke?..MP pembangkang yg dlm board PAC tu yg tdo kot?..klu benar ada penyelewengan, MP pembangkang dlm PAC dh lama buat statement kat media korang HARAMKAH, SUARA X BRP ADIL..yg ada pun statement dri reporter yg gila popular kot..

    bard, camner kejer kat KDEB? best x?..apa kelayakan ko ek smpi position ko tu xde publish kat paper pun atau internal KDEB je..tiba2 je dpt kejer..ko mmg kaki temberang beb..syabas..

    Adios...

    ReplyDelete