Monday, December 15, 2008

cheGuBard tak terlibat dan tak berminat terlibat

mask head sebuah blog yang dikaitkan dengan che'GuBard

che'GuBard dapat beberapa email dari orang tak dikenali dan malah blog ini pun cuba di linkan dengan satu blog (mati) yang dikenali sebagai http://anti-ezam.blogspot.com/

ada email minta bergabung untuk bangunkan blog anti Ezam dan ada blog yang minta bergabung dalam anti Ezam yang dah ada.Malah ada email yang menyerang dengan mengatakan che'GuBard menerima upah untuk menyerang Ezam.

sini che'GuBard tegaskan tidak berminat dengan semua ini. Sememangnya diakui beberapa 'tentera' Ezam telah dilepaskan untuk menyerang che'GuBard dan keluarga melalui blog-blog ciptaan mereka dengan fitnah yang kononya che'GuBard sudah kaya raya dengan membolot harta Selangor dan seumpamanya. Bagi che'Gubard ini kerja orang yang terdesak. kalau mereka masih nak anggap cheGuBard kawan, mereka tetap dianggap kawan namun kalau selabliknya terpulang. Blog kendalian bekas setiausaha Shah Alam iaitu yang menggunakan nama 'medan info kita 'adalah yang paling hebat menyerang che'GuBard.

Sememangnya Ezam umpama abang kandung saya dia banyak membantu dan menyumbang dalam hidup saya. Namun bagi cheGubard perjuangan adalah perlaksanaan kata - kata. Banyak lagi isu rakyat dan negara ini perlu difokuskan dari memberi fokus kepada seseorang individu.

9 comments:

  1. che gu bard, saya masih tak faham dengan perjuangan golongan medan info kita ni.perlu ke dlm mase kita same2 nak menjatuhkan regim BN,dieorang hentam cukup2 pakatan.memang betul apa yg hishamudin rais kata.golongan ini golongan KKK(kurang kasih sayang) mereka rase tak dapat apa2 dalam UMNO msk pakatan.tak dapat apa2 dlm pakatan msk UMNO blk.nonsense

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:17 PM

    Ada sesetangah orang yang walaupun berlainan parti tapi masih berkawan macam biasa dan ada yang bila berlainan parti terus bermusuh. Kadang-kadang ada orang tengah yang cuba merosakkan hubungan kawan. Ada yang termakan hasutan orang tengah dan ada juga yang tak peduli semua tu. Bagi saya, berlainan parti politik bukanlah alasan untuk kita tidak berkawan terus. Kawan tetap kawan. Politik tetap politik. Saya pun anti pembangkang dan selalu menghentam tulisan chegu tapi jika kita nak berkawan, takde masalah chegu kan? Betul tak chegu?

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:11 PM

    salam, semoga komen ini akan diluluskan....[harap2 chegu bard ada berani siarkan]

    saya CABAR chegu tlg buktikan pd artikel mana blog Medan Info Kita paling hebat menyerang chegu bard??

    cuma ada satu artikel yg m'ceritakn Malaysiakini terpaksa mohon maaf kpd Khairy kerana mereka mempercayai cerita chegu Bard dlm isu kiraan semula undi parlimen Rembau, sebaliknya Khairy buktikn tiada kiraan semula!
    http://medan-info-kita.blogspot.com/2008/04/badrul-hisham-bercakap-benar.html

    blog ini tidak ada masa utk ceritakn hal chegubard, tak penting pun...!

    Medan Info Kita kini hanya fokus utk bongkar isu Anwar & Khalid, barulah ada 'class'

    chegu, berlainan platform politik, namun persahabatan kekal abadi...

    ReplyDelete
  4. Anonymous1:22 PM

    Salam.... saya juga tak malu satu ketika dahulu saya tergolong dlm pemuja Ezam.... Malah saya juga ada bersama di restoran mamak di bangsar ketika Shamsul iskandar ceritakan yang Ezam boleh berzikir sampai terapung.....

    Saya istihar letak jawatan dan keluar parti sebagai solidariti bersama Ezam ...saya setuju anwar bukan segala galanya dalam perjuangan....

    saya juga mula percaya kata - kata bard gila pangkat.... bila bertembung dengan Shamsul iskandar....aku sokong SD Johari untuk jadi timbalan Shamsul iskandar.... tapi bila Shamsul gagal jamin kedudukan SD Johari dia mula mengamuk... konon DSAI halang dia....

    .......... nantikan siri pendedahan lagi bard kalau hang rasa nak lagi aku tulis pendedahan sila hubungi aku.... airmataselangor@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Anonymous1:33 PM

    Sdr. Badrul.... aku benci keADILan dan PAS dan pemimpinya sejak PRU ke 11 dimana aku diperangkap lawan tiga penjuru di PJ dan hilang deposit... aku terima kesan teruk dari PRU 11... PAS munafik penipu... pemimpin keADILan penakut jaga kepentingan peribadi ...selagi kepentingan terjaga mereka akan diam.....

    tapi aku benci dengan UMNO... Ezam, SD Johari, Nazmi dan ramai lagi sememangnya sejak dari dahulu tidak boleh dipercayai.... Nazmi di bayar untuk buat blog gerakan anti keadilan, medan info kita, master dedah dan banyak lagi... mereka ini tak boleh percaya kerana sanggup menipu kawan2 ... saya pernah ditipu ketika bersama berniaga dengan dia orang... bab perempuan seperti yang didedahkan oleh syed kelang saya tak nak sentuh... tapi bab prinsip... penipu tetap penipu... tapi SD mcm mana pun salah tetap ezam bela.... adakah SD Jo ini menyimpan rahsia besar Ezam sehingga Ezam tak berani nak kata apa dekat dia.....

    Sdr. Badrul aku harap kau lepaskan komen ini...walaupun aku tahu kau takan lepaskan kerana memang sikap pemimpin keADILan takut menyatakan kebenaran ...astau nak bersuara benda yang mengena dengan kepentingan diri

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:42 PM

    Bad ; jangan buang masa layan Ezam dan kuncunya ini.... aku rasa posting hang nie pun dah satu kesilapan dan buang masa..hang akan terperangkap dengan menjawab depa....

    Jgn hang rasa kecil dengan mengenang semua yang Ezam pernah bantu hang... hang memang anggap dia abng hang tapi dia pernah anggap hang adik dia dan berlaku jujur.... ? Ingat... Hj. Rosli antara yang rapat dan banyak bantu serta back up dia... hang pun kalau ada faktor DSAI nak tak berkenan sikit2 kat hang pun sebab hang back up Ezam gila babi dan hang antara yg berani bercakap depan2 dengan dsai...

    tapi kau tengok apa Ezam buat.... gaduh politik...politik lah tapi kawan kena kawan..... tapi dia... biarkanlah... bab juak2 dia nie hang jgn layan depa bukan kelas hang pun...

    ReplyDelete
  7. Salam ;

    semalam telah menerima tidak kurang 15 email / komen berkenaan posting ini. Kebanyakannya menggunakan bahasa yang keterlaluan sama ada yang pro mahupun kontra.

    Di tegaskan tujuan posting ini dibuat untuk nafikan penglibatan dan nyatakan sikap kepada mereka yang nak 'undang' che'GuBard terlibat agar tak payah buang masa...

    Untuk tidak hilang fokus maka semua komen untuk posting kali ini dihentikan.....

    che'GuBard tidak punya masalah dan tidak mahu ada masalah secara peribadi dengan sesiapa kalau mahukan pertembungan biarlah ia pertembungan idea dan pemikiran.

    sekian, maaf dan terima kasih

    ReplyDelete
  8. dasar penakut

    tak siar komen aku kerana dah kena batang hidung sendiri

    shetannnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    ReplyDelete
  9. Tujuan asal kita nak kapankan gerombolan pekembar dan menubuhkan Malaysia baru tapi kini kita banyak membuang masa dengan melayan dan berperang sesama sendiri.

    Biarkan saja suara2 sumbang yg berada diluar tu senyap sendiri, tak ada faedah melayan mereka2 yg tiada tujuan dan sering hilang fokus dalam mencari erti perjuangan sebenar.

    Jika hari ini kita menjawab begini, esuk mereka akan pusing macam itu pulak dan begitu seterusnya bagi membenarkan diri mereka.

    Memang kritik itu perlu bagi membaikpulih sesuatu hal tetapi kita kena lihat juga dari mana kritik itu datang, jika nak buat bangunan 55 tkt tetapi kita sibuk nak jawab kritikan dari seorang pembuat mini karipap maka kita sebenarnya telah membuang masa.

    che'GuBard, teruskan ....

    ReplyDelete