Monday, December 22, 2008

Bukti Rasuah dalam Umno (BPR terlibat ?)


Gambar sidang media 16 Disember yang dihadiri oleh ramai teman media tetapi hanya Sinar Harian dan Akhbar berbahasa Cina sahaja yang menyiarkan. Dari kiri Sani, S.Muliadi dan (bertshirt merah) Azhar selaku Naib - Naib Ketua AMK Rembau. 2 dari kanan ialah NorAzizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau.

Ketika majoriti rakyat menderita akibat kemelesetan ekonomi, hampir kesemua pemilihan Umno di peringkat bahagian telah dicemari dengan politik wang. Penggunaan wang yang banyak untuk memperolehi jawatan, maka sudah tentu apabila mendapat jawatan tersebut mereka akan membuat wang yang lebih banyak kerana untuk mendapatkan semula modal yang telah dikeluarkan untuk mendapat jawatan dan mengumpulkan wang untuk mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang pula.


Rasuah Politik dalam Umno ini makin parah umpama sebuah pohon yang mempunyai pucuk yang segar dan akar tunjuang yang mencengkam teguh dan dalam. Ini perkara serius kerana kepimpinan yang naik melalui rasuah ini akan mendapat tempat dalam pemerintahan negara yang akhirnya menggunakan tempatrnya untuk melakukan korupsi. Ini menjadi lebih parah apabila berjaya membonekakan sekali institusi negara yang sepatutnya membenteras rasuah itu malangnya kelihatan terlibat sama.

Hujung November lepas beberapa media (termasuk media utama) telah menyiarkan mengenai kejadian rasuah (politik wang) yang terjadi semasa pemilihan Umno Bahagian Jempol. Beberapa orang Pimpinan Puteri Umno Peringkat Bahagian telah tampil membuat laporan bahawa mereka telah disogokan wang untuk memastikan undi mereka untuk calon yang bertanding. Selepas laporan dibuat anggota puteri tersebut telah di panggil oleh BPR disoal siasat berseorangan dalam sebuah hotel murah di Bahau. Selepas sesi soal siasat ini Puteri ini sekali lagi tampil menyatakan bahawa mereka dipaksa menandatangani surat akuan palsu yang kononya mereka mengaku menerima rasuah dari calon yang bertanding dalam pemilihan Umno peringkat bahagian Jempol.

Tidak diketahui mana yang betul tetapi sebetulnya PUTERI Umno ini telah membuat dua kenyataan yang bercanggah. Dia harus disiasat dalam membuat laporan palsu. Dan yang paling penting ialah kelihatan penglibatan BPR yang telah menjalankan siasatan tidak mengikut prosedur dalam keadaan amat meragukan. Maka semua ini boleh mengundang perbagai persepsi.

Amat mengharapkan suatu penjelasan dan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang bersalah, maka Saudara Norazizi A.Aziz, Setiausaha keADILan Rembau telah tampil untuk membuat laporan Polis terhadap BPR berdasarkan kenyataan media tersebut. Laporan tersebut, tiga ahli Puteri Umno Jempol membuat satu laporan polis berhubung tindakan pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyoal siasat mereka di sebuah bilik hotel tanpa ditemani pegawai wanita dan diugut supaya membuat pengakuan menerima wang sogokan daripada calon tertentu dalam pemilihan parti. Mereka memaklumkan dipaksa duduk di atas katil dengan dikelilingi oleh lapan hingga 10 pegawai BPR.

Sehari selpeas laporan polis dibuat, beberapa pegawai BPR telah membuat laporan balas terhadap Azizi kononya kerana menghina BPR. Malah dalam ada media yang melaporkan BPR akan menyaman Azizi juga.

Tindakan BPR ini amat dikecam kerana selaku penjawat awam yang seharusnya bukan sekadar memastikan semua proses dalam negara bersih tetapi perlu kelihatan bersih tetapi malangnya tidak sanggup dikritik, malah gagal tampil dengan penjelasan sebaliknya mengugut pula.

Paling menarik beberapa hari selepas itu di siarkan di Harian Metro gambar salah seorang Puteri Umno tersebut dengan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dalam laporan tersebut dinyatakan semua laporan dan siasatan berkenaan kes tersebut di tarik balik.

Ini sesuatu yang amat mengelirukan. Dengan kejadian tersebut BPR dan Umno tidak boleh menyalahkan kewujudan tuduhan dan persepsi rakyat terhadap Umno sememangnya lubuk rasuah dan BPR terlibat sebagai boneka.

Pada 16 Disember yang lepas, che'GuBard dan keADILan Rembau telah memanggil satu sidang media khas untuk menjawab ugutan BPR terhadap Setiausaha keADILan Rembau dan mendedahkan satu lagi bukti rasuah politik dalamn Umno dan kali ini melibatkan bakal Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam sidang media tersebut didedahkan dokumen 27 muka surat yang mengandungi aduan lengkap berkenaan kegiatan rasuah Dato' (Dr.) Mohd Shafie Abdullah (merupakan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib Tun Razak). Mohd Shafie dilaporkan mengedarkan RM1000 kepada perwakilan untuk memastikan kemenangan beliau sebagai Ketua Bahagian Umno. Laporan tersebut yang telah diserahkan kepada Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan Ketua Pengarah BPR, Putrajaya mengandungi wang tunai sogokan yang diterima pengadu dan rakaman perbualan yang jelas boleh mensabitkan kesalahan. Semua ini telah diserahkan pertengahan Ogos namun sehingga kini masih senyap.

Menurut satu sumber dalaman Umno juga ahli Umno yang berpotensi melawan Dr. Shafie juga telah dipanggil (oleh pihak Kementerian Kewangan) untuk diberi amaran untuk menarik diri jika tidak (beliau yang merupakan kontraktor) akan mengalamai masalah perniagaan kerana akan disenarai hitam malah pembayaran yang dibawah kawalan Kementerian Kewangan akan diganggu.


Ini menunjukkan bahawa kata - kata Najib mengenai memerangi rasuah politik hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja. Harapan ahli Umno untuk melihat Najib memulihkan Umno pasti akan kecewa. Najib akan menjadi pelengkap kemuncak kemusnahan Umno itu nanti.

Dalam sidang media tersebut che'GuBard telah ingatkan bahawa ini hanya satu dari lebih daripada 10 dokumen berkaitan rasuah Umno yang dimiliki. Kebanyakan dokumen yang mengandungi rasuah melibatkan pemimpin Umno Negeri Sembilan akan didedahkan dalam masa yang sesuai.

Mungkin kerana kenyataan ini telah menggusarkan pemimpin Umno Negeri Sembilan, maka dua hari ini memenuhi Sinar Harian edisi Melaka / NS ugutan pemimpin Umno Negeri Sembilan yang menyarankan che'GuBard boleh ditangkap kerana menyimpan maklumat rasuah. Persoalanya kenapa che'GuBard yang menyimpan maklumat rasuah didesak ditangkap mengapa yang menjalankan rasuah tidak didesak untuk ditangkap.

Jika BPR menjalankan tanggungjawab dengan jujur dan berani sudah tentu kerajaan Bn Di Negeri Sembilan pasti tumbang kerana Bn hanya punya majoriti 4 kerusi DUN untuk memerintah Negeri Sembilan sedangkan lebih dari 4 wakil rakyat Bn mempunyai rekod rasuah sama ada tertangguh diperingkat siasatan mahupun pendakwaan. Maka tidak salah dikatakan bahawa kerajaan 'rasuah' Bn Negeri Sembilan kini hanya berjaya dipertahankan dengan sumbangan penguatkuasaan yang tidak efisyen.

Dalam perkembangan, penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, che'GuBard secara peribadi mengatakan ia hanya perubahan kosmetik yang membazirkan wang rakyat. Penubuhan SPRM ini memerlukan buget tambahan yang banyak tetapi ia tidak akan bermakna kerana masih diletakan di bawah kuasa Perdana Menteri. lantikan pesuruhjaya dibawah PM bukan dibawah Parlimen. Apa jaminan PM tidak memilih hanya mereka yang mampu menutup rasuah PM dan keluarganya ? Malah tidak punya kuasa pendakwaan juga amat mengecewakan, kerana jelas BPR pernah membuat siasatan lengkap dan mencadangkan Rafidah Aziz dan Rahim Thambi Chik didakwa tetapi proses pendakwaan terhenti kerana kertas siasatan telah diperap di Pejabat Peguam Negara.
ikuti pendedahan penuh dokomen rasuah dalam Suara Keadilan akan datang (kata Zunar esok siap cetak)

16 comments:

  1. Anonymous5:23 PM

    Apa lagi ni Chegubard? Mahathir tak dapat serah nama ahli UMNO yang terlibat politik wang sebab tak ada bukti. Chegubard pulak, tiba-tiba tunjuk keratan akhbar dan mendakwa ada bukti rasuah dalam UMNO dan BPR terlibat. Setakat tunjuk keratan akhbar, saya pun boleh...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:34 PM

    Wahai sdr. Man Kanan....ini Man kiri

    kamu tak baca ke yang cikgu tulis mengenai dia dedah dokumen rasuah 27 muka surat dalam sidang media tersebut.....

    dan pendedahan lagi dokumen tersebut akan disiarkan di suara keadilan....

    kalau kau tak nak baca or beli suara keadilan kau siarkanlah alamat kau kat sini biar cikgu hantar dokumen tu kat kau....

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:48 PM

    Salam Perjuangan

    Dijemput melayari blog
    www.puteraumnokualapilah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Anonymous8:40 PM

    Saudara memang hebat....haruslah sdr. dihormati kawan dan lawan !!

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:56 PM

    Bro.. sape pemimpin Umno yang minta bro ditahan tu bro..?
    Bankrap politik..

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:56 AM

    Salam,

    Chegu Bard.. takde idea ke camana nak bangunkan masyarakat setempat, mendidik atau lain-lain.. Bro Anwar kan banyak duit.. mintakla duit sikit untuk majukan rakyat kat rembau ni..

    Asyik nak cari salah orang je.. boring arr.. esok kot menang parlimen rembau pun mesti nak salahkan orang lama.. etika bekerja adalah penyelesaian masalah bukannya mencari salah orang lain..

    Agaknya kalau PR memerintah akan jadi pembangkang juga iaitu membangkang diri sendiri..

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:55 AM

    Kalau dah nama pembangkang tu, pasti ada je yang tak puas hati kalau kerajaan nak buat sesuatu. SPRM tu ada yang tak kena bagi korang... Pak Lah cuba yang terbaik...

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:46 PM

    kpd cheguBad,
    depa mudah lupa tp anda memang berani kpd kebenaran

    kpd ezam bila lagi nama boleh jadi calon pilihanraya ni? jawab lah sikit........

    ReplyDelete
  9. suruh majlis fatwa kebangsaan dan mufti2 keluar kenyataan haramkan RASUAH,jgn dok haram benda yg lain.Mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan enggan berbuat demikian,kerana takut kerja mereka akan melayang sedangkan hukum ALLAH tidak takut bagi mereka.

    ReplyDelete
  10. Anonymous5:50 PM

    wahai tharieq dhiyauddin .... kau tahu tak yang cikgu nie dah mcm ahli parlimen walaupun kalah bertanding bantu org rembau mcm mcm masalah..... dia buat kursus motivasi dan tlg org berniaga di rembau.... tapi mana MP BN yang menang tu.... janji nak buka pusat tuisyen free ....nak buat masjid...nak buat spital...nak buka airport rembau...puihhhh satu pun tak nampak....

    ReplyDelete
  11. Anonymous8:22 PM

    Najib pemusnah Umno yang dicipta Mahathir...........

    Mahathir mana senarai atau bukti perasuah Umno yang kau hebohkan nak umum yg akhirnya senyap ??

    ReplyDelete
  12. Anonymous7:54 AM

    haa.. baguslah tu buat motivasi.. tolong berniaga.. kan baik tu aku pun suka.. so tak payah la cari salah orang.. biar pak sheikh buat tu.. chegu boleh serve rakyat rembau.. konfirm PRU13 chegu boleh menang..

    ReplyDelete
  13. jangan main tuduh2 tau :-)







    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Anonymous2:53 PM

    yang pasti blog ini dibaca oleh orang umno dan yang tak berpati juga....

    Bard pemimpin yang telah menakutkan Umno.....teruskan !!

    ReplyDelete
  15. Anonymous10:49 AM

    TAKDE LA HEBAT SANGAT PUN KALAU DOK BERGANTUNG KAT KENGKAWAN JERK!!!

    ReplyDelete
  16. Anonymous10:50 AM

    TAKDER LA HEBAT SANGAT KALAU ASYIK BERGANTUNG PADA ORANG JERK!!

    ReplyDelete