Tuesday, December 30, 2008

PLKN tersungkur di kaki Diana....


Ketika membaca berita seorang pelakon cantik Diana Danielle Danny Beeson, 17 tahun telah tersenarai dalam 'panggilan' wajib menyertai Program Khidmat Negara (PLKN) terbayang di fikiran che'GuBard bahawa betapa program ini akan 'di naik taraf' dan bagaimana PLKN akan mempergunakan Diana untuk mempromosikan PLKN dan menghalalkan jutaan wang rakyat untuk terus dibazirkan lantas mampu menutup cerita kesedian keluarga kehilangan anak akibat kelemahan beberapa faktor PLKN.

Namun tekaan ini nyata meleset apabila Diana telah berjaya mengenepikan 'perintah wajib' untuk menyertai PLKN kerana kononya terikat dengan kontrak berlakon. Berita ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dalam satu kenyataan tersiar dalam media arus perdana. Dalam satu kenyataan berasingan pula pihak Majlis Latihan Khidmat Negara menyatakan tidak memilih kasih dan tidak ada yang akan terkecuali dari 'perintah wajib' menyertai kecuali dengan tiga alasan. Tiga alasan itu ialah bakal pelatih berada di institusi pengajian, sedang mengambil peperiksaan yang diiktiraf kerajaan dan mempunyai kesusahan luar biasa.

Maka alasan yang mana satu termasuk dalam pengecualian Diana kali ini ? mungkin mempunyai kesukaran luar biasa.

Berbeza pula dengan kisah Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi, yang berasal dari Perlis pada 2005 telah dijatuhkan hukuman penjara kerana gagal menyertai PLKN. Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad telah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari kepada beliau setelah beliau gagal membayar tawaran denda sebanyak RM 600 ekoran kemiskinan yang dialami oleh beliau dan keluarga. Beliau yang pada masa itu tidak mampu untuk mencari peguam bagi mewakilinya telah dibicarakan dengan menggunakan Akta 628 Seksyen 18(1) Akta Khidmat Negara 2003;

18. (1) Mana-mana orang yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki supaya dibuat olehnya menurut kuasa pemberitahuan yang dikeluarkan oleh Majlis di bawah subseksyen 17(2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Dalam rayuan yang dikemukakan di mahkamah ketika itu , beliau, yang tinggal di Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis telah memaklumkan mahkamah bahawa beliau gagal hadir ke PLKN ekoran kesempitan hidup yang memaksa beliau bekerja dibendang untuk membantu menyara keluarga. Namun hakim tidak melayan hujah tersebut sebaliknya terus menjatuhkan hukuman.

Nampaknya berbeza dengan layanan JLKN terhadap Diana, seorang pelakon glamour. Pada 27 Disember 2008 jelas Pengarah JLKN dilaporkan mengatakan 'jabatan perlu melihat kepada kontrak - kontrak itu' maksudnya JLKN masih belum melihat kontrak tersebut sebaliknya Diana sudah tidak mendaftarkan diri.

Layanan 'antara dua darjat JLKN' ini amat dikecam.

Sekali lagi che'GuBard mengulang pendirian betapa program ini masih banyak kelemahan, perlunya program ini ditangguh dan dibentuk jawatankuasa yang terdiri dari perbagai pihak untuk meneliti kelemahan dan memperbaiki program ini. JLKN harus men jelaskan perbagai perkara dalam silibus PLKN seperti latihan menembak dan sebagainya. Perbelanjaan yang keterlaluan tinggi juga seharusnya di semak semula. Agihan kontrak dan tender berkaitan dengan PLKN juga telah terpalit dengan amalan korupsi mengikut kepentingan politik.

Bagi che'GuBard bukan Diana sahaja tidak harus pergi tetapi semua anak Malaysia. Anak - anak Najib pergi tak PLKN....? Khabarnya bukan sahaja PLKN anak - anak Najib juga bersekolah di Sekolah Swasta......

9 comments:

  1. Anonymous1:41 PM

    tak yah masuk PLKN jadi anak burung Najib lagi bagus

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:41 PM

    salam chegu,

    "Sudah terang lagi bersuluh".. orang susah melepaskan anak pergi PLKN..dengan berbekalkan air mata..kerana!..1.sedih berpisah dan tak ada apa nak bagi..2..lagi sedih memikirkan urusan yang terpaksa dikerjakan sedirian...anak orang susah selalu membantu ibu bapa..bukan macam anak orang senang...3..yang jadi macam2...semua anak orang ....???
    Hanya yang pekakdan buta saja kata bagus....aduhai..PLKN!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:07 AM

    maaf pakai nick cam ni...tak ada le family aku yang terkorban dlm plkn sebab semua sepupu2 aku dah besar dan takde anak sedara yang layak PLKN kerana sekolah lagi ...tapi aku cuma nak korang bayangkan nasib dan perasaan mereka ..

    memanglah ajal maut di tangan tuhan tapi 18 tahun bela anak then kena paksa serah pada PLKN then yang dipulangkan anak kita yang dha berbungkus....

    harap penulis blog ini panjangkan sikit lagi pasal najib nyer anak tak ke sekolah kemnenterian pendidikan... apa nie tak percaya dengan sistem yang ko org buat sendiri

    ReplyDelete
  4. tapi kalau diana ni poie PLKN parah gak waghieh. Abih la semuo perhatian tumpu kek dio yo. Bukan pelatih yang kacau, silap-silap jurulatih yang lobih, nak amik kesempatan yo nak menggatal, jurulatih semua macam x -menteri pertahanan diorang gak si najib tu gata ngan miang

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:42 PM

    PLKN ada baik dan buruknya. Memang betul ada anak yang terpaksa bekerja untuk membantu menyara keluarga disebabkan kemiskinan atau ibu atau bapa telah meninggal dunia. Dalam hal ini kerajaan harus perihatin dengan masalah-masalah sebegini. Ada betulnya juga saranan chegubard agar satu jawatankuasa dibentuk bagi membincangkan masalah-masalah seperti yang dinyatakan...

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:17 PM

    salam chegu ,

    Apa kata kalau kita buat pungutan suara...tengok,orang ramai suka ke tidak PLKN ni...
    bolih nilai macam mana penerimaannya...nak teruskan...tidak?

    ReplyDelete
  7. Anonymous12:07 PM

    pompuaan mengade2..hak ptuih...
    alasan yg sungguh tak munasabah..

    ReplyDelete
  8. artis malaysia bodoh
    semua crita drama nk jiwa2

    ReplyDelete