Sunday, December 28, 2008

Sembah Takziah dari DSAI

Kami tambah terharu manakala baginda berdua berangkat menziarah saya di Klinik Alpha, Munich sejurus satelah saya dibebaskan pada tahun 2004. Kali terakhir saya dan Azizah mengadap kebawah duli Tuanku berdua ialah beberapa bulan dahulu di Seremban.

sila klik sini untuk membaca lanjut

sila klik sini pula membaca sambutan di Kompleks Bunga Raya

Sehubungan itu, Norzam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan berkata tempoh berkabung berikutan kemangkatan baginda ialah selama 40 hari, bermula hari ini.

"Semua premis termasuk pejabat kerajaan dan bangunan hendaklah mengibarkan bendera negeri separuh tiang dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh berkabung itu juga, semua kakitangan kerajaan dikehendaki memakai songkok berlilit putih manakala wanita memakai lilitan putih di lengan.

"Semua majlis rasmi kerajaan akan ditangguh dalam tempoh tujuh hari. Premis pusat hiburan dan aktiviti keraian juga hendaklah ditangguhkan selama tujuh hari bermula hari ini,' katanya.

Katanya Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini bercuti di London telah dimaklumkan mengenai kemangkatan Tuanku Ja'afar pagi ini dan dijangka tiba di sini pada jam 10 pagi esok.

2 comments:

  1. Anonymous2:50 PM

    Badrul dan Nuar kecewa Tunku Jaafar mati cepat sebab sapa lagi nak bawak isu dia dalam majlis raja - raja....

    hahahahaha....

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:35 PM

    wah .... masa kita tenagh susah nak mengumpul Rm untuk anak masuk sekolah MB negeri sembilan bercuti di London....

    ReplyDelete