Friday, August 29, 2008

Salahkah DAP ada banyak exco bangsa Cina ?


Petikan tulisan Suara N9: Pakatan Rakyat Negeri Sembilan pada masa ini menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan DAP 10 , PKR 4 dan PAS 1 kerusi. Sementara BN mempunyai 21 kerusi dengan UMNO 19 , MCA 1 dan MIC 1 kerusi.Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan hanya memerlukan 4 kerusi sahaja lagi untuk memerintah Negeri Sembilan.

Apakah ini akan berlaku pada 16 September 2008 atau pada Pilihanraya Umum ke 13 , biarlah ianya menjadi teka teki Dato Seri Mohamad Hassan untuk menilai sendiri kesetiaan ADUN BN kepada beliau.Apa yang pasti sekiranya terdapat 2 orang ADUN Melayu dan 2 orang ADUN bukan Melayu dari BN di N.Sembilan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat maka , BN tidak lagi memerintah N.Sembilan.

Buat masa ini terdapat 22 ADUN Melayu , 9 ADUN Cina dan 5 ADUN India di Negeri Sembilan. DAP mempunyai 7 ADUN Cina dan 3 ADUN India. PKR pula diwakili 2 ADUN Melayu , 1 ADUN Cina dan 1 ADUN India. Sementara PAS hanya 1 ADUN Melayu.

Pada ketika ini kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Dato Seri Mohamad Hassan mempunyai 10 orang EXCO tidak termasuk Menteri Besar dimana 8 EXCO Melayu, 1 Cina dan 1 India.Sekiranya Pakatan Rakyat di N.Sembilan berjaya membentuk kerajaan dengan andaian diatas maka akan terdapat 9 ADUN Cina , 5 ADUN India dan 5 ADUN Melayu. Sementara BN hanya ada 17 ADUN Melayu yang semua diwakili UMNO.Sudah pasti atas dasar demokrasi ADUN Cina akan mendapat lebih jawatan EXCO di N.Sembilan ini yang majoritinya dari DAP. Kemungkinan bilangan EXCO Melayu 3 , EXCO Cina 4 dan EXCO India 3.

Maka wajarkah kita menyalahkan DAP jika ramai EXCO Cina di Negeri Sembilan ?

Mengapa tidak disalahkan ADUN dari UMNO yang tidak ramai keluar dari BN untuk menyertai Pakatan Rakyat Negeri Sembilan samada dengan menyertai DAP, PKR, PAS atau Bebas ?Mengapa tidak disalahkan para pengundi Melayu di Negeri Sembilan untuk memenangkan wakil Melayu dalam Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 atau Pilihanraya Umum ke 13 nanti ?Mengapa tidak salahkan pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat berbangsa Melayu dalam PKR dan PAS yang tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mempastikan kemenangan calon mereka dalam pilihanraya dengan mengorbankan segala tenaga , masa dan wang ringgit ?

Bak kata Nabil “Raja Lawak” orang Mambau , Negeri Sembilan “Lu pikirlah sendiri”.

2 comments:

  1. Anonymous9:16 PM

    No, have to salahkan jugak pengundi Cina yang pangkah MCA, pengundi India yang pangkah MIC and maybe calon Melayu yang not very convincing to get vote from Melayu, Cina and India...anyway, a democratic country. Most important is whoever been selected, have to do their best for their district, state and country. Jangan pandai tunding jari jerrr....

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:28 PM

    Bro, hari tuh saya baca blog Pak Sako (http://paksako.blogspot.com/2008/08/tunku-abdul-aziz-is-vice-chairman-of.html), dia cakap DAP tu okey... tak salah kalau DAP ada banyak exskonya... asalkan mereka layan semua orang sama adil dan buat yang betul jangan rasuah atau main-main sangat.. tul takk bro....

    ReplyDelete