Friday, August 22, 2008

Bn belanja lebih RM 50 Juta

Dalam satu kenyataan bertulis, Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata, BN akan membelanjakan lebih RM50 juta untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. BN telah menghantar ribuan petugas-petugas untuk berkempen diPermatang Pauh yang mana belanja yang diperlukan akan mencecah puluhan juta ringgit.
Yong mempersoalkan dari manakah wang itu diperolehi. Beliau merasakan tidak mungkin ianya datang dari tabung BN kerana BN hampir bankrup dimana ianya tidak mampu menjelaskan hutang yang bernilai RM218 juta untuk membiayai bahan kempen dalam pilihanraya 2004 yang lalu.
“Kami berharap, pemimpin BN Sabah tidak akan membiarkan Sabah dipergunakan untuk membayar hutang RM218 juta itu dan menanggung perbelanjaan pilihanraya Permatang Pauh.”
Yong merujuk kepada kes dimana sebanyak RM16 juta telah dirampas oleh pihak berkuasa Hong Kong. Wang tersebut dikatakan dirampas ketika dalam perjalanan ke Permatang Pauh melalui Hong Kong.
Dalam perkembangan berkaitan, adik angkat Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Musa Aman, iaitu Michael Chia telah ditangkap oleh pihak berkuasa Hong Kong dan Interpol ketika cuba membawa wang tunai Singapura bernilai RM16 juta keluar dari negara tersebut.
Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.
Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta. “CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.
Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.
Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).
Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.
Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.
Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.
Sumber: Malaysiakini dan Malaysia Today

7 comments:

  1. Anonymous5:11 PM

    "Penulis Pelacur $10 seround" adalah gelaran yang paling sesuai kepada penulis artikel ini..kau ingat semua rakyat malaysia kau boleh bodohkan mcm anwar bodohkan korang ke???????

    Apelah kau susah2 pejuangkan si peliwat tu..kalau menang tetap masuk, kalau kalah lagi cepat masuk..

    Pakcik Din

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:05 PM

    Apa mcm, hutang BN kat syarikat tue pun tidak bayaq lagi, ini belanja banyak pula, rakyat pula dok lagi pangkah BN, yerla tak nampak statment akaun BN lagi, belanja duit itu utk menurunkan minyak pun takpa, tak merasa ler turun harga minyak awai bulan 9 nie.

    BPR punya olang tadak boleh percaya lagi lor....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:39 AM

    Anwar si pengkhianat bangsa Melayu dan Islam sekali lagi menghina dan memcerca bangsa Melayu sebagai bodoh. Sila baca artikel yang ditulis oleh RPK botak yang tiada otak dalam MalaysiaNoday mengenai kenyataan Anwar anak Ibrahim.

    Siapa sebenarnya bodoh? Yang pasti ialah Anwar Ibrahim kerana dia masuk UM dulu dengan hanya mendapat 1 prinsipal sahaja. Walaupun Anwar ini bodoh tetapi kerana hak keistimewaan Melayu, dia dapat juga masuk UM walaupun hanya dapat mengikuti kursus yang paling mudah di UM iaitu Pengajian Melayu. Walaupun mengikuti kursus yang mudah, kerana kebodohannya, Anwar tetap gagal pada tahun pertama.

    Sekali lagi kerana hak keistimewaan Melayu, Anwar diberi peluang untuk “repeat’ di UM. Tetapi, pada hari ini Anwar anak Ibrahim ini begitu lantang mempersoalkan hak keistimewaan Melayu yang pernah membantunya mendapatkan segulung ijazah yang sekadar “General Degree” iaitu ijazah paling rendah tarafnya kerana kebodohan Anwar. Jika tidak Anwar anak Ibrahim ini hanya seorang lepasan STPM sahaja. Manusia yang mungkin menjadi pemandu kereta taukeh-taukeh bukan Melayu.

    Jika dia tidak dapat masuk UM kerana hak keistimewaan Melayu, maka dia tidak dapat menjadi wakil pelajar dan dikenali ramai termasuk oleh Tun Mahathir yang mengangkatnya naik menjadi seorang pemimpin. Tetapi, hari ini kita melihat si tanggang bodoh bernama Anwar anak Ibrahim ini sanggup menghina dan mengkeji bangsa Melayu Islam semata-mata inginkan kuasa....

    GILA KUASA!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. kalau nak dapat no.1 dalam kelas pun, kena belajar sampai 3 pagi..

    kalau nak jadi juara olimpik pun, kena korbankan masa rehat.. :)

    Inikan pula pilihan raya :)

    Sama ada wang, harta dan tenaga.
    Itu adalah pengorbanan ;)


    Jemput ke selingan menarik ;)
    http://teampemudaumno.blogspot.com
    http://pro-faizal.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. kepada penyokong-penyokong umno(baru)/bn,kau orang buatlah banyak-banyak dosa kat dunia ni masa masih hidup lagi, bila dah mati tak dapat nak banyakkan dosa, kerana Allah telah sediakan neraka yang memang luas untuk orang seperti itu. dunia ni sempit lagi sesak. silakan kerana buat dosa tak perlukan wang, wang berjuta yang ada tu kau orang simpan saja.
    macam
    Pakcik Din,
    GILA KUASA!!!!!!!!!
    12:39AM

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:55 PM

    dasuki bongok,lagi buta hati dan fikiran.
    kau tak perlu bg ulasan, kalau kau tak percaya pg la tanya anwar, samada betul tak..

    pakcik din

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:37 PM

    pak cik cak din...ko bongok lah lah dol!

    ReplyDelete