Tuesday, August 19, 2008

Pelik tak sudah-sudah menipu...........



Dua hari lepas jalan di Kubang Semang sesak teruk.... cheGuBard yang ada 3 tempat ceramah cuma sempat pergi dua tempat... satu lagi gagal sampai kerana jalan depan Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh tutup.

Jalan tutup kerana sebuah kereta yang terlanggar sebuah kereta yang diletakkan sebelum pejabat parti itu dan kemudian cuba larikan diri sebelum panik dan melanggar 5 buah kenderaan lagi serta terlanggar seorang budak melayu bermotorsikal. Bebudak Umno di depan Pejabat Umno itu terus menyerbu kereta yang dipandu lelaki cina itu dan memecahkan tingkap kereta tersebut. Lelaki cina itu panik keluar dan cuba lari kemudian dipukul pula lagi. Mujur polis segera datang dan meleraikan keadaan. Lelaki cina itu ditangkap dan dibawa ke balai Polis. Jalan ditutup sementara bebudak Umno ditenangkan dan kereta - kereta yang rosak di bawa pergi.

Ini mungkin kerana kempen perkauman yang keterlaluan yang dibawa oleh Umno.

Tetapi pelik dalam TV3 tiba - tiba cerita lelaki cina itu ditangkap kerana curi kereta dan penyokong keADILan merusuh..... hahahahahaaaaa

Jentera Umno semalam mula bertindak 'ganas' ceramah cheGuBard di Kg. Kuala Mengkuang diganggu oleh bebudak bermotor Umno.Ketika menuju tempat ceramah,tiba di simpang masuk Kg. Kuala Mengkuang ada bilik Gerakan Umno, cheGuBard terpaksa perlahankan kenderaan kerana agak ramai. Rupanya Ezam sedang berceramah, nada dan amarahnya sama bunyi seperti dalam keADILan. sempat berhenti sebentar...isunya kosong cuma serangan peribadi ke atas Anwar, cuma yang menarik ialah Ezam dan Lokman Adam satu pentas.... kira - kira 100 orang mendengar ceramah.


Saya berceramah kira - kira 1/2 km dari tapak ceramah Bn. Ketika saya memulakan ceramah sekumpulan pemuda bermotorsikal beramai - ramai datang membuat bising. Kira - kira 5 minit selepas itu Toyota Alpard Putih yang dinaiki Ezam lalu perlahan dengan di iringi Kereta Polis dan sekumpulan lagi pemuda bermotorsikal. Pelik Ezam di iring Polis ...menterikah dia ? tak akan pendekar kebanggaan Omar Din Lincah takut hingga di iring polis..?

Namun bagus juga di buat macam itu...orang kampung marah !! Dua orang penduduk tempatan datang selepas ceramah sebelum cheGuBard naik kereta.... mereka perkenal diri sebagai ahli dan pengundi Umno sebelum ini.... mereka juga benci dengan taktik ganas perguna bayar bebudak Melayu buat kacau.

Kata mereka ialah mereka kecewa kerana taktik bayar budak - budak buat kacau ini hanya di buat dalam kawasan Melayu...kenapa tidak dikawasan bukan Melayu...kerana orang bukan Melayu pandai tak macam Melayu yang dibodohkan Umno. denngan bayaran harian...

Taktik Umno bahaya... bakar api perkauman dan mungkinkah peristiwa Umno bunuh penyokong PAS 1986 berulang..? Di atas ialah gambar perbuatan lucah (dari susan loone) bebudak Umno yang keterlaluan di hari Penamaan Calon tapi kuar t.v penyokong PAKATAN yang melampau.

5 comments:

  1. ceria!2:46 PM

    saya pening sikit bila baca artikel ini.sebab point macam "merapu".

    sekejap kata budak-budak kacau UMNO,sekejak kata budak-budak kacau PKR.

    saya baca di aniletto yang ceraman Ezam diganggu oleh sekumpulan remaja bermotosikal yang memegang bendera PKR.jadi salah UMNO juga lah jika pemuda-pemuda bermotosikal itu menggangu ceramah Ezam kerana beranggapan mungkin mereka dibayar?

    tentang gambar diatas.itu tidaklah seteruk sepertimana kena pukul.mana lagi teruk?kena pukul atau buat aksi seperti di atas?

    fikir sendiri.

    ReplyDelete
  2. Chegubard,
    Itu sudah menjadi kebiasaan, UMNO akan mempergunakan apa sahaja, kalau binatang tue boleh menghalang pengundi, depa gunakan juga, budak2 melayu ini (bkn semua) pantang nampak duit, yang penting sapu .....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  3. cikgu.. EZAM dah cross the border...
    dah sampai tahap merapu gaban dah mamat tu..

    jadi jangan bagi muka sangat...pangkah aja..

    ReplyDelete
  4. saudara chegubard,
    Pemuda BN dan UMNO mcm perangai seperti pemimpin Pemuda UMNO Malaysia.sebab tu perangai budak2 dia mcm mereka jugak.

    ReplyDelete
  5. orang yang tak guna akal fikiran adalah sama dengan orang utan dari segi kelakuan, peragai, makan minum dan bersosial, yang beza nya orang pakai seluar/baju, orang utan pakai bulu........
    aku cuma telanjang dalam pakaianku...

    ReplyDelete