Monday, August 25, 2008

AKIM agen BN untuk keliru pengundi PAS


Nampaknya jangkaan awal che'GuBard bahawa kehadiran calon AKIM kerana ditaja oleh Bn tepat !!

Strategi mereka ialah ketika media memanipulasi dan menipu dalam isu hubungan semasa PAKATAN, maka mereka memerlukan calon alternatif untuk dipilih pengundi yang sememangnya membenci Bn. Khususnya teman anggota PAS yang mungkin terkeliru dengan permainan media.

Ada tiga tanda tanya...
  • ketika penamaan calon...calon AKIM ini kelihatan lebih selesa dengan pemimpin Bn
  • dalam posting lepas che'GuBard dah maklum mengenai bagaimana banner AKIM ada yang digantung hampir dengan markas Bn
  • dan yang terkini bukti bunting yang dikeluarkan berbunyi " Jika Anda tak suka calon Bn undilah AKIM tetapi jangan Undi Anwar"

antara banner / bunting undi BN dan kalau tak suka Bn undi AKIM yang terdapat
di depan bilik Gerakan Umno di Kawasan Permatang Rawa.

Namun che'GuBard menjangkakan anggota PAS tidak akan mudah diperbodohkan dengan cara tersebut. Kehadiran Tuan Guru Nik Abd Aziz semalam yang walaupun dalam keadaan tak berapa sihat seharusnya memberikan isyarat jelas kepada anggota PAS. Namun kami melihat perkara ini dengan serius juga.

Kepada teman ahli PAS yang membaca artikel ini diharap boleh membantu dengan berjumpa dengan ahli PAS bakal pengundi dan terangkan kepada mereka kedudukan sebenar. Dan jika anda duduk di luar kawasan sila hubungi mereka melalui telefon.

3 comments:

  1. Anonymous5:47 PM

    Sememangnya benar, mengingatkan kembali nenek yang lawan dengan mat sabu di terengganu, betapa kotornya politik sempit UMNO, keji betullah....

    Rakan2
    Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
    bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

    ReplyDelete
  2. bukan sahaja dalam umno(baru) yang ramai ahli yang bangang dalam hal berpolitik ni, tapi dalam pas pun ada, juga dalam pkr pun ada, cuma berbeza ahli umno(baru) tu memang bangang le, lagi boleh dibangangkan oleh pemimpin mereka itu.
    dalam parti lain tu, kalau ada pun yang tak puas hati ke, terpengaruh ke atau lain-lain.
    dan sememang nya umno(baru) ini kalau tak menipu memang sudah lama pupus dari alam dunia ini, mungkin generasi kini tidak mengenali apa itu umno(baru).

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:24 PM

    Tak payah bimbang dgn ahli PAS,walaupun ada yg tak puas hati dgn Anwar,kami tetap wala' pada pimpinan.Tak payah risau.lihat sendiri undi yg AKIM perolehi.

    Mojoriti tertinggi yg Anwar perolehi adalah di kws Permatang Pasir yg di menangi PAS

    ReplyDelete