Thursday, November 15, 2007

tak tahu nak update....

Dari tarikh 10 Nov hingga kini telah menerima berpuluh email bertanya mengenai "mengapa tak Update blog?".... Jawapanya ...entah... hehe cheGuBard pun tak tahu apa nak update... semua teman teman dah tulis... dua minggu ini pula pasti akan subuk giler.. sebab nak kejar siapkan kertas-kertas semester...

Apapun secara peribadi...che'GuBard ucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya pada 10 November itu. Ucapan penghargaan luar biasa kepada semua 'tentera merah' Unit Amal... anda semua hebat..cuma mungkin dengan sedikit latihan anda mampu menjadi 'pengawal revolusi' yang hebat... bila che'GuBard sebut revolusi semua kena tenang khususnya pembaca setia dari Bukit Aman yang pernah didedahkan IPnya... revolusi tidak semestinya bermaksud darah dan kematian serta kekecohan.... revolusi juga boleh berlangsung dengan aman dan kasih sayang... cinta mampu memusnahkan kezaliman.....

InsyaAllah tidak janji tetapi che'GuBard akan cuba menulis sedikit catatatan pengalaman dari pulang 6 Nov 6 petang di Malaysia sehingga 10 Nov hari kejadian tersebut.... termasuk rakaman setiap meeting yang kononya sulit dalam jawatankuasa teknikal.....
Nak tahu apa sebenarnya ...dan bagaimana 10 Nov. terjadi seperti itu..ikutilah updatenya nanti....
sementara itu agak terkejut membaca blog seorang ustaz yang boleh dikatakan ulama di Negeri Sembilan, Ustaz Abdul Halim Abdullah yang turut menurunkan komen mengenai 10 Nov. Dia ini hormati, ramai orang yang 'punya nama' pernah ikut beliau ke Mekah...malah dua ibubapa che'GuBard pun menunaikan Haji dan Umrah dengan Ustaz Halim. Ikuti Komen ustaz klik sini







pic dan video dapat dari email teman-teman, terima kasih !

4 comments:

  1. Anonymous8:22 PM

    syabas!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:22 PM

    jika Musa Hitam dan Ku Li pernah disebut Perdana Menteri yang Rakyat Malaysia gagal/ tidak berjaya miliki....

    che'GuBard ialah ketua yang gagal AMK miliki.... (itu pendapat peribadi ana)....

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:09 PM

    selepas melihat sendiri dan maklumat dari kawan2 masa perhimpunan 10 nov kita boleh nilai sendiri....

    PAS nampak bersungguh2 dengan hampir semua kepimpinanya dikerahkan turun bersama... sila beri satu nama pimpinan PAS pusat atau PJ negeri yang tidak turun bersama rakyat pada hari tersebut...

    tetapi saya sebagai ahli parti keADILan rasa amat kecewa dengan keangkuhan pemimpin parti yang tidak turun bersama rakyat .... dari CM 3 negeri terlibat hanya Dr. Zaliha kelihatan mana pergi DK (N.S) dan Ketua Melaka?

    AMK kelihatan hampir lumpuh dan tenggelam dengan Unit amal yang amat cemerlang hari tersebut....

    Kelibat cikgu Bard juga boleh dibanggakan dengar khabar strategi perhimpunan disusun oleh beliau dengan menerapkan strategi perhimpunan ala korea..benar atau tidak wallahualam... begitu juga Zaki Yamani yang amat garang dan berani di Masjid Jamek... tetapi mana exco yang lain... mana ketua - ketua amk yang lain... adakah amk sudah kehilangan anak muda...?

    Aku tidak sokong badrul atau shamsul masa pemilihan tempoh hari jauh sekali Hasmi... kerana aku kecewa dengan pertembungan dalam parti ... selepas pemilihan aku hormat keputusan yang dibuat tetapi aku tak boleh sorok rasa malu dan kecewa bila kawan2 pas tanya mana amk ? Shamsul dengan pengiring setia Zali Gombak keluhatan hilang punca hari perhimpunan dan berpatah balik menaiki train entah ke mana ...?

    Ayuh bangkit AMK ...Bangkit....Bangkit...

    Jika BERSIH memohon jasa baik Agong membersihkan demokrasi malaysia ...aku mendesak DSAI campur tangan betulkan sayap pemuda sebelum ia mati dalam tidur ....

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:58 AM

    Salamm...betul tu, di mana pimpinan parti dan tonggak amk di masjid jamek..?? Sepatotnya mereka WAJIB ada disana untuk berunding dengan pihak polis agar tak jadi kejadian yg tak sepatotnya..tengoklah apa yg dah jadi...kenapa lokasi lain ok jer..post mortem,post mortem weeiii...

    ReplyDelete