Dapat banyak email dari dalam negara, hampir semuanya respon kepada kenyataan terbuka yang dikeluarkan atas nama GERAK. Ada tiga jenis kategori email....Pertama paling sedikit (3 email) mengandungi kecaman termasuk menggunakan kata kata kesat, pengirim email mengutuk tindakan yang kononya memburukkan negara. Ditegaskan di sini apa yang berlaku ialah mendedahkan kepincangan bukan memburukkan negara. Inisiatif dan tuntutan BERSIH ialah untuk menyelamatkan kepentingan rakyat terbanyak. Perhimpunan ini dilakukan setelah biwak berwajib seolah pekak dan tidak mendengari rungutan rakyat. sila klik baca tuntutan BERSIH. Tuduhan perhimpunan rakyat ini dibayar sendiri akan terjawab dengan berfikir logik kalau minima RM50 satu kepala kali 100,000 sama dengan sala dengan RM 5000000 itu belum belanja belanja lain termasuk belanja perhimpunan luar negara... hahahaha kalau gerakan massa ini ada cash money sebegitu banyak alangkah bagusnya...hehehe dan sudah tentu bukan perhimpunan 100,000 yang akan dilakukan. Semalam che'GuBard minta Faisal (seketeriat BERSIH) hantar t-shirt sekurang kurang 5-6 helai ke 6 negara yang dah setuju demo bersama pun dia balas 'maaf kami di sini pun tak cukup 'buget' hehehe'...
email kategori yang kedua ialah email yang menyokong dan meminta digerakkan banyak lagi bandar dunia.. InsyaAllah sedang diusahakan sedaya upaya dalam kemampuan yang terhad berada di sini. Bil telefon (tarif yang agak tinggi) juga menyekat sedikit momento.... bilangan bandar yang melakukan demonstrasi mampu mempertingkatkan tekanan antarabangsa dan sedikit menambah motivasi gerakan dalam negara. Namun che'Gubard berkongsi keperihatinan dengan email - email dalam kategori ketiga yang paling banyak diterima iaitu menyatakan kegusaran dengan mobilisasi dan kesediaan rakyat untuk bersama.
Email dari yang hanya mahu memperkenalkan dirinya Mat Turbo menyatakan "Apa guna bising bising kat luar kalau orang yang ada masalah sendiri malas, takut untuk bangkit lawan untuk hak sendiri. Orang Malaysia ini tak ada mananya panas sekejap then sejuk balik... itupun panas kat kedai kopi jer mengeluh...bila susah rumah kena runtuh minta tolong pembangkang...pembangkang pun jerit - jerit malah sampai kena pukul kena tangkap...bila mengundi dapat kain batik..dapat payung sokong BN...suruh turun tuntut hak takut... ISA lah apa lah ... woi! apa takut kalau sberjuta turun tuntut hak polis pun takut gak sure depa pun joint sekali tuntut hak polis lak.........."
Komen Mat Turbo amat menarik.... sampai bila kita seolah tidak punya maruah mampu dikotak katikkan.... Ayuh bangkit....rakyat yang diruntuhkan rumahnya.... mereka yang dihalang hak mereka...mangsa kenaikan harga...mangsa kerakusan majikan (kapitalis) yang dilindungi kerajaan...Ayuh! ini masanya Perhimpunan Selamatkan Malaysia 10 November 2007 3 petang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kemudian berarak ke Istana Negara...... (bisik2 dari dalam Istana kalau betul ratusan ribu rakyat yang berhimpun berarak ke depan Istana DYMM YDP Agong sendiri akan keluar terima memorandum dan berucap didepan rakyat.... tengok Ketua Hakim, Fairuz pun Agong pecat!...Raja Melayu sudah mula bertitah menyebelahi rakyat..)
Seterusnya update hari ini nak berkongsi tulisan Pak Abu mengenai panduan HAK RAKYAT DAN HAK POLIS...tulisan ini keluar di tranungkite.net khusus menjelang peristiwa bersejarah 10 November.
Tahu dan hayati hak-hak andaSebagai rakyat Malaysia yang bakal turun bagi mempertahankan hak rakyat, saya harap kita sama-sama tahu dan hayati hak-hak kita.Bila saudara berada di jalan raya atau di luar nanti, ingatlah bahawa:
- Polis memang boleh meminta seseorang itu untuk berhenti dan polis boleh bercakap dengan sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun adalah menjadi hak saudara sama ada mahu menjawab, melayan dan bekerjasama dengan mereka atau tidak. Saya syorkan agar saudara tidak perlu layan mereka. Jangan gentar! Ini adalah hak saudara yang dilindungi oleh Perlembagaan dan undang-undang negara.
- Polis juga boleh cuba menyoal dan mendapatkan butiran tentang seseorang sekiranya orang itu telah melakukan kesalahan atau mengesyaki seseorang itu telah melakukan kesalahan. Sekali lagi, saudara tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut sehingga saudara mendapat bantuan daripada seorang peguam.
Dicadangkan sekteriat bersih lancarkan panduan turun perhimpunan...
ReplyDeletedan satu lagi peringatan PENTING JANGAN serahkan kad pengenalan anda apabila diminta oleh polis
ReplyDelete