Wednesday, November 28, 2007

Tunku pernah tuntut hak etnik cina dari Jepun

Membaca blog seorang sahabat ada merakamkan mengenai orang cina pernah menuntut kerajaan Jepun membayar pampasan terhadap penderitaan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di tanahair. Kumpulan yang menuntut itu lebih agresif apabila mereka menamakan usaha tersebut sebagai tuntutan "Hutang Darah" kepada Jepun, perbagai cara digunakan termasuk tunjuk perasaan dan seumpamanya. Namun apa yang menarik tuntuk rekod kita ialah untuk mengurangkan tension perkauman agar nampak ia lebih sebagai tuntutan rakyat Malaysia makanya Almarhum Tunku Abd Rahman semasa Perdana Menteri, memberikan sokongan sepenuhnya dan menjadi jurucakap tuntutan itu kepada Kerajaan Jepun. Dalam rekod tuntutan tersebut turut menyatakan betapa etnik Cina mendapat layanan buruk dan Etnik Melayu mendapat layanan istimewa. Adakah perkara itu betul ? Tentu tidak hanya yang menjadi tali barut sahaja yang mendapat layanan istimewa... sebaliknya yang lain menerima kezaliman yang perbagai hasil penjajahan.... Namun Perdana Menteri pada ketika itu lebih bijak mentadbir negara.

Walau akhirnya pemberian hutang darah dibayar dalam bentuk pemberian kapal yang sekarang bernama MISC dan ditadbir oleh Petronas sebelum terjual ke Hong Kong. Apalah salahnya jika hari ini Abdullah Hj Ahmad sendiri mengetuai perbincangan "Hutang Perhambaan" orang India yang dibawa ke Malaya oleh British.Polis digunakan bukan lagi untuk melindungi tetapi untuk memastikan rakyat akur seperti 'lembu ternak'. Siapa membantah akan menerima akibatnya....

Satu bab lagi nak disentuh hari ini ialah perihal Tol. Kabinet mengumumkan bahawa tol tidak akan dinaikkan. Ramai yang muka kendur rasa marah dan tensionya pada regim, tetapi adakah mereka ini tahu bahawa dengan tidak menaikkan maka syarikat ini akan tetap untung kerana RM344 juta wang rakyat dibayar terus kepada mereka. Ertinya naik atau tidak pihak konsesi tetap untung tetapi rakyat tetap akan rugi. Bayangkan wang sebegitu banyak digunakan untuk membiaya pendidikan atau perubatan rakyat ia lebih berfaedah.

Kerajaan perlu segera bertindak beli sahaja syarikat tol tersebut dan maka setiap kali kenaikan batalkan jangan naik dan setiap tahun keuntungan masuk semula kepada akaun rakyat.

Satu lagi rakyat yang sedang kais pagi makan pagi harus tahu bahawa di parlimen Malaysia telah dibentangkan bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz telah membelanjakan RM7.3 juta untuk menghadiri 21 kali mesyuarat di luar negara. Ini satu jumlah yang melampau. Jumlah itu hanya perbelanjaan tambahan yang direkodkan bagaimana perbelanjaan yang di tuntut bukan melalui Kementerian contohnya tuntutan ahli parlimen.

Nah sekarang apa kata rakyat ?

No comments:

Post a Comment