Semenjak blog ini 'dipanaskan' dengan kehangatan Gelombang Kuning, saya juga turut menerima email dan sms dari mereka yang satu masa dahulu berada di barisan depan setiap perhimpunan era yang dikenali sebagai kebangkitan Reformasi. Antaranya ialah wajah wajah 'strategis' yang dikenali. Namun selepas 2001 wajah - wajah ini semakin jauh dan jarang malah ada yang langsung tidak pernah kelihatan di jalanan. Banyak alasan seperti kesempitan hidup, terpaksa menumpukan kerjaya dan tidak boleh juga menolak alasan seperti bosan dengan kemelut politik yang tidak sudah-sudah. Ketika saya cuma aktivis biasa yang berani berani takut kehadiran kelibat mereka ini umpama inspirasi yang kuat.
Namun saya ingat lagi pesan seorang 'pemimpin' aktivis jalanan kepada saya ketika saya menerajui perhimpunan Black14 yang tidak mendapat restu 'parti', saya dipesankan
"cikgu terus jalan kami sokong...cuma jauh sikit sebab banyak hal...hari ini hadir sebab nak tengok wira baru..nanti bila tiba masa kami datang balik.." katanya
saya menjawab "saya bukan wira baru...saya cuma terpaksa ambil batton bila keadaan vacuum...tapi saya janji apapun saya janji akan terus jalan ... sampai orang lama datang balik.."
Kini saya dapat beberapa email dari orang - orang lama itu...mereka akan bersama dalam perhimpunan 10 November ini.... cuma sayangnya saya masih belum pasti dapat bersama kerana masih 'gagal' pastikan' tambang pulang....
Mungkin tidak manius saya kongsikan email peribadi yang saya terima, namun saya kongsikan di sini kenyataan Nora yang tersiar dalam satu laman web. Nora seorang peniaga kecil, ibu dan isteri yang tidak pernah takut turun ke jalan menuntut keADILan. Rekod tangkapan entah sudah tidak terhitung. Dia pernah dibogelkan oleh Polis ketika ditahan namun kini Nora bersuara lagi......
Norazimah Mohd Nor “sedia untuk di tangkap kerana turut serta dalam perhimpunan BERSIH”
Membicarakan mengenai amaran polis terhadap mereka yang mahu menyertai Perhimpunan yang dijangka besar pada 10hb Oktober 2007, salah seorang pro reformasi yang begitu aktif dan pernah ditahan sebanyak 9 kali berkata, beliau sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam menyertai Perhimpunan Bersih. Ini adalah perhimpunan yang mahukan demokrasi kita, khususnya ketelusan proses pilihan raya di laksana dengan adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih akan menyuburkan demokrasi Malaysia dan akan memastikan mereka yang dilantik akan menjadi wakil kita yang sanggup berkhidmat untuk rakyat dan teruji bila berdepan dengan rakyat.
Membicarakan mengenai amaran polis terhadap mereka yang mahu menyertai Perhimpunan yang dijangka besar pada 10hb Oktober 2007, salah seorang pro reformasi yang begitu aktif dan pernah ditahan sebanyak 9 kali berkata, beliau sedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan dalam menyertai Perhimpunan Bersih. Ini adalah perhimpunan yang mahukan demokrasi kita, khususnya ketelusan proses pilihan raya di laksana dengan adil dan bersih. Pilihan raya yang adil dan bersih akan menyuburkan demokrasi Malaysia dan akan memastikan mereka yang dilantik akan menjadi wakil kita yang sanggup berkhidmat untuk rakyat dan teruji bila berdepan dengan rakyat.
Kita tidak mahu wakil kita menang kerana kekuatan partinya dalam memanipulasikan keputusan dan propaganda yang berat sebelah. Kita tidak mahu wakil rakyat kita menang dengan mudah bukan kerana janji dan usaha yang telah dilaksanakan tetapi kerana kekuatan Barisan Nasional dan SPR bekerja sama untuk memenangkan individu tersebut.
Norazimah atau Nora tetap menyeru agar semua yang cintakan demokrasi dan negara ini untuk turut serta demi kepentingan rakyat kita. Menegakkan keadilan dan demokrasi kita adalah tanggungjawab kita dan reformasi yang dilancarkan dahulu adalah untuk rakyat menjadi keutamaan dan wakil-wakil yang dilantik adalah untuk berkhidmat demi kesejahteraan rakyat dan masyarakat kawasan mereka.
Nora, tegas dalam perjuangan reformasi dan bagi beliau perjuangan ini adalah satu kontribusi kecil untuk melihat nasib rakyat bawahan terbela. Ramai yang pernah menyertai demonstrasi mengakui kehebatan dan keberanian wanita ini dalam membabitkan diri untuk tuntutan reformasi dalam negara kita ini
Nora, menyeru rakan-rakan yang kenal dengan dirinya , yang sama-sama dengan berani terlibat dalam reformasi sebelum ini untuk kembali dalam menuntut Pilihan Raya yang bersih. Ini adalah satu lagi kontribusi untuk perubahan Malaysia ke arah memartabatkan rakyat negara ini. Ini bukan isu politik semata-mata tetapi adalah untuk kepentingan kita rakyat biasa di negara Malaysia. Bila ditanya mengenai amaran polis, Nora dalam kenyataan berkata, polis boleh hadir untuk menjaga perhimpunan ini tetapi bukan untuk mengugut atas kepentingan organisasi politik tertentu. Ini saranan dibuat oleh NORA sewaktu bertemu secara tidak dirancang dengan kami.
Dalam perkembangan lain kesediaan GAMIS yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kesediaan pergerakan mahasiswa itu untuk menggerakkan mahasiswa turun bersama pada 10 November ini memeriahkan lagi Gelombang Kuning.
Menurut jurucakapnya, Meor Affandi Meor Azizan, Gamis melihat perhimpunan ini sebagai salah satu agenda penting untuk menyeru rakyat membuat perubahan dalam sistem politik dan bentuk pentadbiran kerajaan.
Apabila ditanya mengenai AUKU yang mungkin menghalang mahasiswa, Meor dipetik berkata " Mahasiswa bersedia merempuh AUKU"....
mood orang ramai semakin memuncak menanti ketibaan tarikh karamat satu lagi detik sejarah gelombang rakyat selepas trajedi kesas semoga kali ini lebih memanaskan lagi politik di Malaysia 'ERA KEBANGKITAN RAKYAT MENENTANG PENINDASAN'
ReplyDelete