Monday, November 26, 2007

Anggap keputusan Merdeka Centre cabaran !

KLpos.com hari ini melaporkan dapatan dari survey yang dilakukan oleh Merdeka Centre menyatakan bahawa kes pendedahan isu klip video yang didakwa merakamkan perbualan seorang peguam dengan seorang hakim kanan bagi mengatur pelantikan ketua hakim negara, dikatakan tidak akan mempengaruhi undi pada pilihan raya umum akan datang. Walaupun isu ini berjaya menarik perhatian dunia tetapi dalam negara oleh kerana rakyat tidak mempunyai akses kepada media bebas maka isu ini tidak dipedulikan.

Isu ini penting, kerana ia membuktikan betapa korup dan rosaknya sistem kehakiman yang kita ada hari ini. Jika lantikan Ketua Hakim boleh diaturkan sebegitu rupa apalagi dengan penggunaan kuasa, pengaruh dan wang untuk menentukan keputusan kes.

Ketika video ini mula didedahkan ramai pimpinan dan aktivis parti mula berkeyakinan bahawa ia merupakan 'buah pukul' yang kuat untuk menyedarkan orang ramai mengenai korupnya regim pemerintah dan pasti memberi kesan terhadap keputusan pilihanraya akan datang. Malangnya dapatan survey yang dilakukan oleh sebuah badan bebas jelas menunjukkan sebaliknya. Perkembangan ini seharusnya tidak melemahkan kita semua.

Kita harus mengakui bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Isu ini belum diturunkan betul-betul kepada rakyat untuk difahami. Alasan media tidak bebas dan kekangan undang undang regim tidak harus dijadikan alasan. Kita sudah lama berdepan dengan semua itu seharusnya menuntut kita agar lebih kreatif dan agresif.

Seorang blogger yang mengendalikan blog ; Roti Kacang Merah dengan kreatif telah melahirkan nada dering yang diinspirasikan dari video klip Lingam itu. Cara - cara kreatif ini mungkin perlu diperhatikan oleh pimpinan dan aktivis.


Hasil dari kerja kreatif bloggers tersebut sekumpulan anak muda di Negeri Sembilan yang menamakan diri mereka Sekteriat Mobilisasi Rakyat NS pula menganjurkan ceramah melancarkan nada dering tersebut dan sedia mengedarkan ribuan risalah menerangkan mengenai kewujudan video klip dan memberikan link percuma untuk orang ramai memuat turun nada dering untuk telefon bimbit mereka. Pengedaran risalah pula akan difokuskan di kawasan tumpuan anak muda seperti pusat membeli belah.

Dua program ceramah besar telah disusun untuk maksud promosi berkaitan.

BERSIH1 : Ceramah Perdana
Jumaat 30 Nov 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu – Sekretariat BERSIH Malaysia
Dr Badrul Amin Baharun – Ahli MT PKR
Sdr Zulkefly Omar – PJ PAS NS

BERSIH2 : Ceramah Perdana
Ahad 9 Dis 07 Jam 9 malam
Di Pusat BA Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)
Bersama :
Sdr Ezam Md Noor – Pengerusi GERAK M’sia
Dr Zulkifli Ahmad – Sekretariat BERSIH M’sia
Mohd Taufek Abd Ghani – Gelombang Kuning NS
Suhaimi Kassim – Pengerusi GERAK NS

che'GuBard sekali Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dengan ini mengucapkan tahniah kepada anak - anak muda yang kreatif dalam usaha menyedarkan rakyat dan sekali lagi menegaskan bahawa keputusan survey Merdeka Centre tidak melemahkan tetapi diambil serius sebagai cabaran untuk melipat gandakan usaha.


No comments:

Post a Comment