Amat menarik untuk merujuk kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman bersedia melepaskan jawatannya jika terbukti SPR melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini yang tersiar dalam beberapa media yang dikuasai regim pemerintah Malaysia.
Media melaporkan kenyataan angkuhnya yang menyatakan bahawa beliau sudah terlibat mengendalikan 6 pilihanraya tetapi sehingga kini belum ada pihak yang boleh tampil dengan bukti membuktikan penipuan dalam pilihanraya kecil atau umum.
Beliau dilaporkan mencabar untuk mana - mana pihak mengemukakan bukti dan beliau sanggup meletakkan jawatan jika bukti berjaya diketengahkan.
Komen Rashid di media ini ternyata satu usaha terdesak pihak SPR dalam usaha mempertahankan kenyakinan masyarakat Malaysia dan dunia amnya yang semakin hilang kepercayaan terhadap keupayaan SPR menjamin pilihanraya bersih dan adil. Malangnya usaha ini jelas hanya membuktikan betapa Malaysia mempunyai pengendali pilihanraya yang 'pekak' atau cuba menipu diri sendiri untuk terus menjadi alat regim pemerintah.
Begitu banyak bukti sudah dikemukakan dan kemuncaknya ialah apabila penipuan 'perdana' yang dilakukan dalam PEMILU 2004 yang menyaksikan kemenangan terbesar BN dalam sejarah politik tanah air. keADILan contohnya telah mengemukakan satu laporan yang dinamakan Sham Democracy: A Report on Malaysian Elections. Laporan yang lengkap ini membuktikan bagaimana SPR menjadi alat untuk BN terus berkuasa atas nama demokrasi yang dimanipulasi.
Kenyataan ini juga diragukan maksudnya kerana berdasarkan maklumat dalaman SPR menyatakan bahawa Rashid sedia berhenti atau tidak kontraknya akan tamat 31 Disember ini.
Rashid didesak berhenti bermain 'wayang' dan berhenti mengeluarkan kenyataan politik di media. Berdasarkan bukti - bukti yang dikemukakan sebelum ini termasuk laporan Sham Democracy: A Report on Malaysian Elections maka jika benar Rashid mempunyai maruah dia harus berhenti sekarang, bukan terus bermain 'wayang'.
keADILan dengan ini mendesak Rashid agar lebih memahami tanggungjawab amanah besar yang dipikulnya atau jika lebih minat berpolitik...letak jawatan sekarang dan masuk ke gelanggang secara jantan, bukan hanya menjadi alat dan pekakas regim penguasa.
Merujuk pula kepada perkembangan terbaru mengenai penafian Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bahawa Istana menyokong perhimpunan BERSIH, semua dibertenang dan jangan cepat melatah. Isunya bukan perhimpunan itu haram atau tidak atau perhimpunan itu mempunyai restu Istana atau tidak...tetapi fokusnya ialah lebih 40,000 rakyat berkumpul dihadapan Istana dan puluhan ribu lagi di sekitar Kuala Lumpur menuntut pilihanraya bebas dan adil.
Rakyat mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Raja yang melantik SPR. Tidak perlu restu Ketua Polis untuk rakyat tampil membuat laporan Polis. Rakyat sudah mengemukakan laporan dan kepada yang mempunyai kuasa harus mengambil serius laporan rakyat tersebut.
Kepada rakyat yang dizalimi hak dalam negara demokrasi pula seharusnya jangan duduk diam selepas menghantar laporan. Perhimpunan Rakyat 10 November bukan titik henti perjuangan, ia satu permulaan sejarah baru. Terus gembeling kekuatan dan yakinlah kedaulatan rakyat itu lebih penting di martabatkan demi kepentingan semua.
Semua permasalahan yang dihadapi kini seperti rasuah, salahguna kuasa, pembaziran, kenaikan harga, kenaikan cukai dan semua masalah yang menghimpit rakyat tidak akan didengari keluhanya oleh regim pemerintah kerana mereka tidak takut dengan rakyat. Dalam negara yang mengamalkan demokrasi kerajaan harus takut dan mengikut kehendak rakyat kerana mereka takut hilang kuasa apabila tiba pilihanraya kerana masa tersebut rakyat berkuasa menukar pemimpin untuk memilih yang lebih baik. Malangnya di Malaysia rakyat dikerah mengikut dan tunduk kepada regim penguasa. Pemimpin regim tidak takut dengan rakyat kerana mereka yakin setiap kali pilihanraya tidak akan kalah kerana pilihanraya cuma proses demokrasi palsu yang rakyat tidak punya kuasa dan SPR serta semua agensi kerajaan akan terus menipu memastikan regim yang sama kekal berkuasa.
Hanya kuasa rakyat mampu mengubahnya.......

Salam Che'gu Bard...10 November Himpunan d key eel tak dapat jumpa..sebab kena semboq ayaq asid serta kena asap pemedih mata kt masjid jamek..camana pun nantikan Himpunan Gelombang Kuning siri ke-2..tumpang war-warkan siri Ceramah boleh kot?
ReplyDeleteCeramah "Perhimpunan BERSIH 4,000?" oleh Ust.Badrul Amin,Ust.Mujahid Yusof Rawa & Dato' Zahrain Mohd Hashim d Sungai Nibong Besar (brtentang dgn Masjid Sg Nibong) 23hb November 2007 jam 9 malam.Juga akan di tayangkan video keganasan polis di Himpunan BERSIH. Tima kaseh che'guu...
kepada abang hijat...hang dan kengkawan dah pakai belum gelang kuning yang kami kirim kat zul tu??? pakai jangan tak pakai....
ReplyDeleteSalam Azizi & Che'gu Bard,kami kt bayan baru ni 2 org saja dapat serta pakai dah pun..tengkiu very2 much..jasa korang akan dikenang sampai bila2..tima kaseh daun keladi..(masalahnya ramai yg pi dok tanya ..."dapat mana?" kami kata, aritu kat KL,..depa pikiaq2..mana ada..abeh semua kena semboq mana sempat beli apa pon..kami bagitau, seketeriat BERSIH Nogori bagi depa tanya lak, 2 saja kaa..???" Yang paling risau Din Binjai la tanya satgi..huhuhu)
ReplyDelete