Thursday, November 01, 2007

Anak muda Negeri Sembilan lancarkan “Gelombang Kuning”

Oleh : Norazizi A. Aziz
Atas rasa tanggungjawab bagi memastikan perhimpunan rakyat “ Selamatkan Malaysia” pada 10hb November ini berjaya, gabungan anak-anak muda Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Sekretariat Mobilisasi Rakyat Negeri Sembilan.

Sekretariat ini didokong oleh parti politik Keadilan, PAS, DAP serta turut menggabungkan badan-badan NGO di Negeri Sembilan seperti GERAK, TERAS, ABIM, JIM dan ISMA.

“Perhimpunan ini adalah yang terbesar dan bakal menjadi perhimpunan paling bersejarah di Malaysia. Fokus utama perhimpunan ini adalah untuk menuntut pilihanraya bersih yang tidak dinodai oleh penyelewengan dan penipuan. Selama ini, dunia disogok dengan propaganda media yang kononnya Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Namun hakikatnya Malaysia mengamalkan demokrasi yang tempang. Justeru, seluruh rakyat Negeri Sembilan perlu hadir untuk menghantar mesej jelas bahawa kita sudah bersedia untuk membuat perubahan jika tiada sebarang reformasi dilakukan dalam pilihanraya kali ini.” Kata Badrul Hisham Shaharin dalam kenyataan medianya. Ahli MPT Keadilan ini juga merupakan penasihat kepada sekretariat ini.

Pengerusi sekretariat , Taufek Abd. Ghani turut mengumumkan pelantikan jawatankuasa peringkat Negeri Sembilan,”Sekretariat ini ditubuhkan sebagai medium kepada rakyat Negeri Sembilan untuk mendapatkan penerangan tentang peri pentingnya pilihanraya yang bersih. Kita juga turut menubuhkan unit pendaftaran yang meletakkan target seramai 5000 orang bagi menyertai perhimpunan ini. Pihak sekretariat juga telah merangka beberapa program kearah menjayakan perhimpunan ini.” Beliau yang turut mengetuai Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan juga telah melancarkan “Gelang Kuning” sebagai simbolik kepada perhimpunan ini. “Setiap ahli jawatankuasa sekretariat diwajibkan memakai gelang kuning sepanjang kempen “Selamatkan Malaysia” sebagai tujuan promosi.” tambah beliau
Wakil NGO, Suhaimi Kasim dari Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) juga turut mengharapkan agar setiap badan NGO di Negeri Sembilan memberikan solidariti terhadap perhimpunan ini “ Kita tidak perlu gentar untuk menyertai himpunan aman ini apatah lagi Yang Dipertuan Agong telah bersetuju untuk membuka pintu istana seluasnya bagi menerima memorandum. GERAK juga melihat bahawa isu rasuah dan korupsi telah menyebabkan SPR sanggup ditunggang dengan mengenepikan amanah sebenar. SPR yang sepatutnya bebas telah sanggup bersekongkol demi menjamin kelangsungan politik mereka yang mempunyai kepentingan.”

Sidang akhbar yang diadakan di Pejabat Perhubungan Keadilan Negeri Sembilan ini juga turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Keadilan NS, Asmaon Basir dan Setiausaha Pilihanraya Keadilan Negeri Sembilan, Sabarudin Abdullah.
Kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang ingin mendaftar dan ingin mendapatkan cenderahati berwarna kuning seperti kemeja, topi, ikat kepala, button badge dan payung, bolehlah menghubungi AJK Sekretariat Mobilisasi Negeri Sembilan, Tze Tze (012 3696474) dan Ariffin Birham (016 286 2481)

iklan : sesiapa yang nak beli kereta Proton harap boleh beli
melalui Rizal (bendahari GERAK NS)0123535698 "membeli sambil membantu perjuangan"

9 comments:

  1. Anonymous8:42 PM

    tahniah bro. balik tengok anak lahir pun sempat membantu perjuangan.... sesungguhnya aku angkat topi dekat hang !!!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:54 AM

    anak siapa tu??? cute nyerrr...macam abi dia..hehehehe
    szu hei mei jgn jealous aaaa...hahaha

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:52 AM

    seketeriatbersih ini ialah permainan politik azizi ... sebagai bukti amk ns tidak menyertai dan diketepikan...

    Azizi yang ditaja oleh badrul kalah telah kalah bertanding exco ketika pemilihan lalu tidak berpuas hati lalu mengkhianati dan merosakkan parti dengan menggunakan platform GERAK.

    Kini pejuang asal yang masih bertahan seperti Roshidan dan ramai lagi pemuda merasa muak dengan permainan politik telah berundur...

    Kepada pemimpin ns kajilah perkara ini....

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:38 AM

    Salam.. pertama harap cikgu dpt kawal sikit komen2 mengarut ini.. kepada orang yang yg pakai nick konon pejuang awal...kamu tuduh orang kianat tapi kamu yg kuatmengacau...sudah buat kerja tak nak buat keje duk diam2... now ketika mood memuncak takde masa nak layan drama swasta pejuang asal konon...

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:20 PM

    sahabatku, pejuang awal...
    ayuh kita berganding bahu mnentang musuh kita yang sbenar....Pemimpin UMNO yang rasuah...

    kita kengkawan tak mahu lawan...
    teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  6. Komen - komen seperti pejuang awal memang banyak diterima rasanya dari orang yang sama... semalam sengaja dilepaskan komen tersebut untuk penilaian semua...

    Ayuh ketika kita sedang menyusun barisan siapa yang keletihan boleh duduk hanya memerhatikan tidak mengapa jika itu pilihan tetapi jangan cuba menggugat barisan yang disusun....

    tahniah Azizi dengan komen matang enta !!

    ReplyDelete
  7. Salam Che'gu & AMK NS....kami geng AMK Penang nak booking gelang KHAS Perhimpunan BERSIH 10 boleh kaa...??? Kami semua nanti turon ke Dataran Merdeka jangan risau dan khuatirr...Salam Re4MaC...!!!

    ReplyDelete
  8. Salam ...Hijat...moga semua geng Penang sihat... Yes semua kena turun... InsyaAllah kita bertemu di Dataran.. Gelang sila call azizi... harap penang cuba haria kat sapa yg leh derma bawak segulung kain kuning.... potong kecik2 buat kain selendang, bendera... ikat tangan dan lain2... kalau ada chance jahit sikit tepi tapi kalau takder takper....

    ReplyDelete
  9. Anonymous4:03 PM

    salam buat sahabat2 ku AMK NS.

    pertama aku nak ucapkan tahniah pada sahabat ku azizi yang berusaha keras untuk menjayakan program 10 nov di peringkat ns,usaha yang berterusan yang beliau usahakan telah menampakkan hasil yang boleh dibanggakan sebagai anak muda.yang kedua yang aku tak paham mengapa masih ada suara-suara sumbang (nakal).usah lah kita berfikiran sempit kita ketepikan perbalahan,kita kuatkan kerjasama antara kita.kita susun anak muda d Ns kita gempur kubu kuat UMNO itu baru di katakan anak muda.Nasihat ku pada rakan2 sekalian d ns. cukuplah kita memperlekehkan kerja orang lain,kita sama berganding bahu bersama,kalau tak mampu duduk diam2.
    tak pernah ditaja oleh sesiapa dan tak pernah menaja

    amirudin
    ketua AMK teluk Kemang.

    bard harap hang keluarkan komen aku nie buat renungan sahabat2 di NS. Arriyos.....

    ReplyDelete