Friday, December 15, 2006

Tahniah kepada pengundi - pengundi BN

Tahniah !!! harga Tol naik lagi dalam keadaan kita semua susah....


Samy Vellu begitu angkuh dalam sidang media mengumumkan kenaikan harga tol semalam..

Lagi kenaikan

Samy juga mengumumkan bahawa kadar tol lapan lagi lebuhraya akan disemak semula pada tahun 2008.

Ia membabitkan Lebuhraya Utara Selatan (Plus), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Pintasan Selat Klang Utara Baru (Shahpadu), Lebuhraya Butterworth-Kulim, Laluan Kedua Malaysia-Singapura dan Jambatan Pulau Pinang.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuhraya terbabit, mereka dibenarkan untuk menaikkan kadar tol mengikut tempoh yang dipersetujui.

Katanya, kerajaan menyediakan subsidi bagi menampung kenaikan kadar tol tetapi menurutnya, kini kerajaan tidak lagi mampu untuk terus berbuat demikian.

Bulan lalu, Samy Vellu berkata, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM2 bilion untuk menampung kenaikan kadar tol.

Ramai pihak dari perbagai pertubuhan dan seumpamanya menyatakan kenaikan kadar tol itu sebagai tidak munasabah selepas harga minyak Februari lalu – yang menyebabkan berlakuknya protes di Kuala Lumpur – diikuti dengan kenaikan tarif elektrik Jun lalu, tetapi BN, Abdullah dan Samy Vellu tidak takut kerana yakin rakyat akan terus undi mereka......

2 comments:

  1. Anonymous11:59 AM

    Memang samy dan BN nak lanyak duit rakyat sebenarnya, ini semua plan untuk kutip duit nak tampung belanja pilihan raya akan datang, kalo tak ambil duit rakyat BN akan bancrupt...BN dah Pokai...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:01 PM

    pesta langgar tol pun bermula....sam lain la...dia buleh claim...ala...zali giler pun langgar..kesian dia sam...ko tolongla bayarkan tol dier sam...kesian zali giler...kesian sam....

    ReplyDelete