Masih kita ingat lagi bagimana Dr. Mahathir menghentam Soros satu ketika kerana kemelesetan ekonomi Malaysia pada 1997 / 1998. Mahathir menyatakan kepada rakyat betapa soros mensabotaj ekonomi negara dan segala permasalahan rakyat berkaitan kegawatan ekonomi berpunca dari Soros dan rakyat perlu bersatu di belakangnya untuk menyelamatkan negara.
Bekas Perdana Menteri itu pernah menyifatkan Soros sebagai ‘penyangak’ dan menyalahkan Soros sebagai punca kejatuhan ekonomi Malaysia malah Asia dengan menyahstabilkan tukaran wang asing. Walaupun ketika itu ramai penganalisis dan pakar ekonomi mengatakan bahawa pembaziran yang dilakukan oleh negara dan amalan korupsi menjadikan ekonomi Malaysia lemah dan mudah diserang. Lebih parah lagi pada ketika itu Bank Negara sendiri turut terlibat dalam perniagaan spekulasi mata wang dan kerugian dalam jumlah yang amat besar.
Namum Utusan yang memetik laporan agensi berita asing AFP semalam melaporkan bahawa salah seorang pembantu kanan Mahathir telah mengakui akan berlaku pertemuan antara Soros dan Mahathir.
“Mereka memang akan bertemu, namun maklumat terperinci mengenainya masih belum dapat dipastikan” kata pembantu kanan Mahathir lapor AFP.
Tentu ramai bakal pelik dengan kejadian ini, mana mungkin Mahathir yang satu ketika dahulu bukan setakat menghentam tetapi mengajak seluruh rakyat menghentam jutawan kelahiran Hungary itu tetapi kini bakal bertemu mesra di Kuala Lumpur ?
Sebenarnya ia bukan satu yang pelik. Bagi mereka yang merasa pelik cuba ingatkan bagaimana peristiwa ucapan Dr. Mahathir dalam satu Perhimpunan Agung Umno yang kuat menghentam Yahudi dan Barat sebagai bangsa yang zalim dan sentiasa dengki akan kemajuan negara Islam seperti Malaysia. Ucapan tersebut mendapat kecaman dari perbagai pihak. Malah rumah Putih (US) menyuarakan rasa amat tidak selesa dengan ucapan beliau.
Dr. Mahathir yang ketakutan dengan perkembangan itu telah menggunakan jutaanduit negara membayar sebuah pertubuhan pelobi untuk membolehkan beliau berjumpa bush hanya untuk beberapa minit.
Seperti biasa semasa berada di tampuk kuasa beliau pasti akan menggunakan sentimen patriotik dan perkauman apabila berhadapan masalah khususnya berkaitan ekonomi untuk mengalihkan isu sebenar iaitu korupsi dan salah guna kuasa yang berleluasa melemahkan ekonomi negara.
Dan ketika tidak berada di tampuk kuasa khususnya apabila tidak lagi dipedulikan oleh parti yang di pimpinnya dahulu, beliau bakal berpeluk mesra dengan seorang yang beliau ajak rakyat musuhi satu masa dulu.
Soros dijadualkan akan tiba di sini hari ini dalam siri lawatan serantau untuk mempromosikan buku terbarunya, The Age of Fallibility.
Beliau juga akan menyampaikan ucapan di Persatuan Alumni
P / s : dulu Dr. Mahathir tuduh Anwar Ibrahim agen asing tetapi rakyat akan saksikan siapa yang sambut ‘penyangak matawang’ (berdasarkan tuduhan PM Malaysia ke 4) di
Mahathir bakal peluk mesra Soros, musuh ketatnya dahulu?
ReplyDeleteWan Nordin Wan Yaacob
Fri | Dec 15, 06 | 02:31:23 AM
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Hrkh) - Mutakhir ini perkembangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agak sedikit hambar setelah bekas orang nombor satu negara itu berehat sebentar selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara sebulan yang lalu.
Sunyi seketika 'gelanggang politik' Umno meskipun serangan hendap ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dilakukan anak Mahathir, Mukriz Mahathir ketika Perhimpunan Agung Umno yang lalu yang mencetus kemelut politik Pemuda Umno dan Umno itu sendiri.
Begitupun kekecohan itu hanya sebentar sahaja dengan media memainkan peranan untuk cuba menutup isu tersebut dari dibincangkan.
Namun, dalam laporan akhbar harian 13 Disember lalu, Dr Mahathir dilaporkan akan bertemu dengan ‘musuh lamanya’, jutawan George Soros yang dijadual melawat Malaysia minggu ini.
Sepintas lalu rakyat tergamam dengan laporan itu dan meningatkan rakyat lagi bagimana Dr Mahathir menghentam Soros satu ketika dahulu tatkala kemelesetan ekonomi Malaysia sekitar tahun 1997dan 1998.
"Mahathir menyatakan kepada rakyat betapa soros mensabotaj ekonomi negara dan segala permasalahan rakyat berkaitan kegawatan ekonomi berpunca dari Soros dan rakyat perlu bersatu di belakangnya untuk menyelamatkan negara," kata Koordinator Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), Badrul Hisham Shaharin.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini ketika mengulas laporan akhbar yang menyatakan Dr Mahathir akan bertemu Soros dalam kunjungan jutawan Hungary itu ke Malaysia minggu ini.
Pernah kata Soros 'penyangak mata wang'
Bekas Perdana Menteri itu pernah menyifatkan Soros sebagai ‘penyangak’ dan menyalahkan Soros sebagai punca kejatuhan ekonomi Malaysia malah Asia dengan menyahstabilkan tukaran wang asing, kata Badrul Hisham yang terbabit dengan agenda reformasi ketika mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim diguling dari Umno dan kerajaan.
Walaupun ketika itu ramai penganalisis dan pakar ekonomi menyatakan bahawa pembaziran yang dilakukan oleh negara dengan amalan korupsi menjadikan ekonomi Malaysia lemah dan mudah diserang, namun ianya dinafi Dr Mahathir ketika itu, kata Badrul Hisham.
Lebih parah lagi pada ketika itu Bank Negara sendiri turut terlibat dalam perniagaan spekulasi mata wang dan kerugian dalam jumlah yang amat besar, katanya.
"Namun Utusan yang memetik laporan agensi berita asing AFP semalam melaporkan bahawa salah seorang pembantu kanan Mahathir telah mengakui akan berlaku pertemuan antara Soros dan Mahathir.
“Mereka memang akan bertemu, namun maklumat terperinci mengenainya masih belum dapat dipastikan” kata Badrul Hisham yang memetik kenyataan pembantu kanan Mahathir dalam laporan agensi berita luar negara, AFP.
Pelik tapi benar
"Tentu ramai yang pelik dengan kejadian ini.Mana mungkin Mahathir yang satu ketika dahulu bukan setakat menghentam tetapi mengajak seluruh rakyat menghentam jutawan kelahiran Hungary itu tetapi kini bakal bertemu mesra di Kuala Lumpur,"katanya.
"Sebenarnya ia bukan satu yang pelik, bagi mereka yang merasa pelik cuba ingatkan bagaimana peristiwa ucapan Dr. Mahathir dalam satu Perhimpunan Agung Umno yang kuat menghentam Yahudi dan Barat sebagai bangsa yang zalim dan sentiasa dengki akan kemajuan negara Islam seperti Malaysia,"katanya.
Ucapan tersebut mendapat kecaman dari perbagai pihak, malah 'Rumah Putih' (Amerika Syarikat) menyuarakan rasa amat tidak selesa dengan ucapan Dr Mahathir itu, kata Badrul Hisham.
Dr Mahathir yang takut dengan perkembangan itu telah menggunakan berjuta-juta duit negara membayar sebuah pertubuhan pelobi untuk membolehkan beliau berjumpa Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush hanya untuk beberapa minit, ujarnya.
Seperti biasa semasa memegang kuasa Dr Mahathir pasti akan menggunakan sentimen patriotik dan perkauman apabila berhadapan masalah khususnya berkaitan ekonomi untuk mengalihkan isu sebenar iaitu korupsi dan salah guna kuasa yang berleluasa melemahkan ekonomi negara, ujarnya.
Malah ketika tidak berada di tampuk kuasa khususnya apabila tidak lagi dipedulikan oleh parti yang di pimpinnya dahulu, beliau bakal berpeluk mesra dengan seorang yang pernah beliau kecam dan meminta rakyat memusuhi penyangak mata wang itu, kata Badrul Hisham.
"Dulu Dr. Mahathir tuduh Anwar Ibrahim agen asing tetapi rakyat akan saksikan siapa yang sambut ‘penyangak matawang’ (berdasarkan tuduhan PM Malaysia ke 4) di Kuala Lumpur nanti," kata Badrul Hisham.
Soros dijadualkan akan mempromosikan buku terbarunya, The Age of Fallibility dalam misi lawatannya ke rantau Asia.
Beliau juga akan menyampaikan ucapan di Persatuan Alumni London School of Economics Malaysia hari ini.
che'GuBard,
ReplyDeleteKeduanya akan bergabung jadi MahaSoros Inc., bakal menggugat eknomi dunia!