Thursday, December 21, 2006

JOM DEMO 7 JANUARI 2007 LDP PUCHONG

Pengumuman Datuk S.Samy Vellu, Menteri Kerjaraya baru baru ini mengenai kenaikan harga tol umpama menabur garam ke luka rakyat. Rakyat sedang menderitai keperitan hidup kerana kenaikan harga bahan api (minyak dan gas memasak), kenaikan harga traif elektrik, kenaikan harga tariff air dan kenaikan ini mengakibatkan kenaikan perbagai harga barang dan perkhidmatan. Ekoran kenaikan ini kos hidup berubah inflasi naik sehingga melebihi 4.8 %.


Jaminan kerajaan mengenai kenaikan (bahan api, elektrik dan sebagainya) yang sedikit tidak akan membenarkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan adalah satu penipuan. Hakikatnya kerajaan sendiri gagal mengawal kelompok kapitalis dari terus menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Siapa dengan akal waras mampu menafikan bila berlaku siri kenaikan bahan api dan elektrik pasti akan berlaku kenaikan harga pengguna ?

Dan kali ini sekali lagi kerajaan melalui Datuk Shafie Apdhal mengatakan kenaikan 5 syarikat konsesi tol kali ini hanya melibatkan kos 0.9 peratus dari kos asal pengeluaran. Maka beliau memberikan jaminan bahawa kenaikan barangan dan perkhidmatan pengguna tidak akan berlaku. Adakah kita yakin dengan janji seperti ini lagi......?


Perdana Menteri dan Kerajaan dibawahny
a tahu perkara ini....rakyat menderita...tetapi rintihan rakyat ini tidak dipedulikan. Mereka terus angkuh... Dalam keadaan rakyat terus berjuang meneruskan hidup menyara keluarga...dalam keadaan rakyat khususnya di Lembah Kelang berikira - kira berjimat atau tidak pun berkira untuk meminjam duit demi persekolahan anak yang akan dibuka Januari ini...sekali lagi rakyat dihadiakan dengan pengumuman kenaikan tol...

Sebuah firma penarafan RAM menyatakan Kira-kira 418,000 kenderaan menggunakan lebuhraya itu setiap hari, mencerminkan pengumpulan pertumbuhan tahunan sebanyak 14.5 peratus sejak tujuh tahun lalu. PLUS contohnya pernah men
gumumkan pendapatan untung RM 800juta untuk hanya suku tahun ketiga 2006.

Rakyat akan terus hairan dalam keadaan syarikat pemegang konsesi lebuh raya mengumumkan keuntungan beratus juta saban tahun.... dalam keadaan aliran kenderaan melebihi kemampuan yang boleh ditanggung oleh lebuhraya...kenaikan masih diperlukan ?

Ketika saya menjadi Setiausaha Jawatankuasa membantah kenaikan 10% tol PLUS pada 1 Januari 2005 saya telah menganjurkan pertemuan Ahli Gabungan Jawatankuasa dengan PLUS. Pertemuan hujung Disember di bangunan Plus itu telah dihadiri oleh Pengarah Urusan PLUS Tan Sri Sheriff Kassim untuk memberikan taklimat kepada kami mengenai mengapa kenaikan harga tol itu perlu.

Rumusan mengapa kenaikan itu perlu mengikut penjelasan beliau ialah

  • Sememangnya PLUS untung tetapi masih perlu membayar hutang yang ditanggung hasil penstrukturan semula syarikat dan bergabung dengan UEM (syarikat berkepentingan UMNO yang menanggung hutang). Maknanya pengguna lebuhraya bukan sekadar membayar perkhidmatan yang digunakan tetapi membayar hutang orang lain.
  • Belanja operasi dan penyelenggaraan yang tinggi. Malangnya PLUS tidak pernah membenarkan sebarang projek di bida secara terbuka sebaliknya di berikan kepada syarikat gabungan atau anak syarikat mereka seperti PROPEL maka sudah tentu kos nya tinggi tetapi PLUS masih untung. Kualiti kerja yang rendah juga mungkin terjadi .... Sebagai pengguna yang sering menggunakan lebih raya Seremban – Kuala Lumpur saya gagal mengingati bila tarikh lebuh raya itu diperbaiki bukan kerana sudah terlalu lama tetapi terlalu kerap... Mengapa ini berlaku ?
  • PLUS terpaksa menaikkan juga harga tol tersebut kerana perjanjian konsesi membenarkan PLUS berbuat demikian.... dan sebagai sebuah badan korporat PLUS bertanggungjawab terhadap pemegang saham, dan kerajaan mempunyai pilihan iaitu jika tidak membenarkan PLUS menaikkan harga Tol maka kerajaan harus membayar pampasan (yang juga merupakan wang negara ; baca wang rakyat) kepada PLUS.

Dalam pertemuan tersebut ketika YB Salahuddin Ayub meminta untuk melihat perjanjian tersebut maka Mohd Sheriff mengatakan bahawa tiada siapa yang boleh melihat perjanjian tersebut kerana ia dilabelkan sulit menggunakan Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA).

Ini satu kezaliman yang tiada penghujung kepada rakyat. Menggunakan perjanjian yang dilabel sulit rakyat akan terus dizalimi. Perkhidmatan yang tidak sempurna (LDP sesak setiap hari) tetapi rakyat terus di peras untuk membayar lebih.

Membina jalanraya tanggung jawab kerajaan. Hujah Samy Vellu jika tidak mahu bayar tol sila ikut jalan lain adalah membodohkan rakyat bagaimana dengan destinasi yang tidak punya jalan alternatif ?

Hujang kerajaan (Abdullah) mengenai rakyat perlu berkongsi beban dengan kerajaan adalah cubaan mengelirukan rakyat. Sebenarnya semuanya ditanggung oleh rakyat. Kenaikan tol sememangnya akan ditanggung oleh rakyat melalui duit poket kita dan pembayaran pampasan yang ditanggung oleh kerajaan juga dari wang cukai dan kekayaan negara yang dipunggah melalui cukai dan lain - lain. Setiap kali mereka (Menteri) menggunakan lebuhraya dengan konvoi pengiring rakyat membayar minyak kerana semua di bayar melalui tuntuan perjalanan yang akan mereka buat dan mereka dikecualikan dari membayar tol. Maka sebenarnya derita ini rakyat tanggung sendirian tiada yang berkongsi derita dengan kita.

Jelas kerajaan berpihak kepada syaitan – syaitan kapitalis ini untuk menghisap darah rakyat. Kini rakyat harus sedar..... Penguasa zalim (baca ; Barisan Nasional) akan terus berlakon baik tetapi terus menghisap darah rakyat. Mereka tidak takut kerana rakyat bisu dan setiap kali tiba Pilihanraya mereka pasti menang kerana SPR akan menipu bagi pihak mereka.

Ayuh hanya satu kata melawan penindasan ! hanya satu kata kepada kezaliman....LAWAN !!!

Saya dengan ini bersama mendokong dan mengajak rakyat untuk turun membantah kenaikan harga TOL pada 7 Januari 2007 di LDP.

Ingat dengan amaran Samy Vellu 8 Tol Lagi akan dinaikkan menjelang 2008.

3 comments:

  1. Anonymous2:41 PM

    Demo kali ini kena buat besar-besaran. Pemerintah UMNO-BN sudah tak boleh dibiarkan lagi. Kalau dibiarkan, makin banyak lagi yang akan dinaikkan harga.

    Diharap Cikgu Bad dapat memimpin pemuda-pemuda yang berani di barisan hadapan. Pastikan ada pertempuran. Baru ada kesan. Demo jangan hanya habis pada 7 Januari. Demo-demo yang seterusnya, perlu dianjurkan lagi. Biar semua rakyat terbiasa.

    Saya menyokong dari luar. Kalau ada apa-apa bantuan yang perlu, jangan malu-malu untuk beritahu.

    lawan sampai ke titisan darah yang terakhir!!!!

    ReplyDelete
  2. REFORMASI!!!!
    REFORMASI!!!!
    REFORMASI!!!!
    REFORMASI!!!!

    ReplyDelete
  3. IJAZAH PALSU

    Banyak sekali diantara kita semua yang terjebak dalam lubang pengangguran.
    Menyedihkan memang ketika kita berulang kali keluar masuk dari satu perusahaan keperusahaan lain namun hasilnya tepap sama,DITOLAK!!!.
    Mungkin juga diantara kita berfikir kenapa untuk menempuh jenjang pendidikan yang tinggi membutuhkan biaya yang tidak sedikit,bahkan cenderung makin menjerat.
    Sedangkan untuk memperolah pekerjaan yang layak baik di instansi pemerintah maupun perusahaan swasta selalu disyaratkan: MINIMAL D3 atau S1.
    Salah siapa?!
    Apakah anda ingin berubah?
    Atau ingin selalu dijajah?


    ANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MELAMAR KERJA/MELANJUTKAN KULIAH/KENAIKAN JABATAN?!?!

    -SMU:3.000.000
    -D3:6.000.000
    -S1:8.000.000

    * AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DIKOPERTIS, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI).

    JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

    SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.KIRIM KE:arief_gagah@yahoo.com

    BERMINAT?

    HUB: +6285736927001.

    (HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

    Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya.


    TERIMAKASIH

    ReplyDelete