- 55 % RAKYAT TIDAK YAKIN PERANG ANTI RASUAH KERAJAAN
- 3 % RAKYAT TERLIBAT BERI RASUAH DALAM 12 BULAN
- PDRM AGENSI PALING KORUP
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi (GERAK), mengajak kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat melihat serius satu hasil kajian mengenai ukuran rasuah yang diumumkan baru baru ini.
Kajian yang di umumkan oleh Transparency International yang dikenali sebagai Global Corruption Barometer 2006 dijalankan secara soal selidik secara rawak di kalangan rakyat biasa di seluruh negara.
GERAK sama sekali tidak terkejut tetapi mengajak rakyat melihat dengan serius bahawa 3 % dari mereka yang di temui dalam soal selidik ini mengaku bahawa mereka atau isi rumah mereka ada terlibat memberikan atau dipaksa memberikan rasuah dalam tempoh dua belas bulan kebelakangan ini. Ini menunjukkan rasuah telah membarah di seluruh peringkat dalam negara.
Manakala dari soal selidik tersebut PDRM di letakkan sebagai agensi paling korup di ikuti parti politik, sektor swasta, parlimen (parliament / legislature), pendaftar dan pihak berkuasa yang memberikan permit, sistem kehakiman dan perundangan, percukaian dan media.
Ini amat mencemaskan bagaimana polis yang merupakan elemen penting dalam menjamin keselamatan negara mula diragui ketelusannya. Persepsi ini perlu dibaiki segera Suruhanjaya seperti IPMC perlu disegerakan untuk mengembalikan imej PDRM. Dalam perkembangan ini GERAK turut menyatakan sokongan terhadap saranan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bukan sahaja harta milikan pegawai polis akan disiasat tetapi cara perbelanjaan mereka juga akan di pantau, cuma GERAK berharap pemantauan harta dan cara hidup ini bukan kepada pegawai polis biasa sahaja tetapi juga pegawai kanan PDRM termasuk Tan Sri Musa juga dan ia perlu di buat oleh sebuah badan bebas untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.
Melalui hasil Global Corruption Barometer 2006 juga dinyatakan 55 % rakyat Malaysia tidak yakin dengan keberkesanan perang anti rasuah yang di lakukan kerajaan ini berbeza dengan Singapura, 89 % rakyatnya yakin dengan keberkesanan usaha kerajaan Singapura ke arah memerangi korupsi.
GERAK mendesak kerajaan agar memberikan perhatian dalam perkara ini. Seluruh dunia mula melihat korupsi semakin parah dalam negara ini. Selepas negara jatuh ke tangga 44 dalam Indeks Persepsi Rasuah kini satu lagi kajian antarabangsa menyatakan lebih ½ dari rakyat Malaysia juga tidak yakin dengan perang rasuah kerajaan. Senario ini amat tidak baik untuk iklim pelaburan. Pelaburan asing yang masuk semakin mengecut dan pelabur menjauhi Malaysia kerana persepsi ini. Kerajaan perlu lebih serius dan bukan hanya memerangi rasuah dengan slogan dan retorik.
Negara perlu ada sebuah badan anti rasuah yang bebas. Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu diperkasakan dan dibebaskan dari bawah Jabatan Perdana Menteri. GERAK sekali lagi mengulang gesaan BPR perlu diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia dan juga kerajaan perlu mengakui serta menggunakan pakai Konvensyen Anti Korupsi UN. Rasuah perlu diperangi dengan tindakan dan pindaan di parlimen bukan hanya dengan slogan retorik.
”RASUAH MUSUH NO. 1 NEGARA”
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Eksekutif Ko Ordinator
Soal selidik GCB dedah 55 peratus rakyat tidak percaya perang rasuah Abdullah - Gerak PDF Cetak E-mail
ReplyDeleteWan Nordin Wan Yaacob
Wed | Dec 13, 06 | 03:12:05 AM
KUALA LUMPUR, 13 Dis (Hrkh) - Transparency International dalam laporan Global Corruption Barometer 2006 (GCB) mendedahkan bahawa 55 peratus rakyat tidak yakin dengan perang anti rasuah yang dijalankan kerajaan sementara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) adalah agensi yang paling korup berdasarkan laporan itu.
[Muat turun laporan Global Corruption Barometer 2006 (GCB)]
Kajian yang di umumkan oleh Transparency International dikenali sebagai Global Corruption Barometer 2006 dengan soal selidik dijalankan secara rawak di kalangan rakyat biasa di seluruh negara ini.
Melalui hasil Global Corruption Barometer 2006 juga dinyatakan 55 peratus rakyat Malaysia tidak yakin dengan keberkesanan perang anti rasuah yang dilakukan kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Berbeza dengan Singapura, 89 peratus rakyatnya yakin dengan keberkesanan usaha kerajaan Singapura ke arah memerangi korupsi.
Laporan itu juga juga menyatakan bahawa tiga peratus rakyat terlibat dengan rasuah dalam jangka masa 12 bulan kebelakangan ini.
Lihat serius
Mengulas laporan itu Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), mengajak kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat melihat serius satu hasil kajian terbaru mengenai ukuran rasuah yang diumumkan itu, kata Koordinator Gerak, Badrul Hisham Shaharin.
Gerak sama sekali tidak terkejut tetapi mengajak rakyat melihat dengan serius bahawa tiga peratus dari mereka yang di temui mengaku bahawa mereka atau isi rumah mereka ada terlibat memberikan atau dipaksa memberikan rasuah dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini, katanya.
"Ini menunjukkan rasuah telah membarah di seluruh peringkat dalam negara,"katanya.
Mencemaskan rakyat
Manakala dari soal selidik tersebut PDRM diletakkan sebagai agensi paling korup diikuti parti politik, sektor swasta, parlimen, pendaftar dan pihak berkuasa yang memberikan permit selain sistem kehakiman, perundangan serta percukaian dan media, ujarnya.
"Hal ini amat mencemaskan bagaimana polis yang merupakan elemen penting dalam menjamin keselamatan negara mula diragui ketelusannya. Persepsi ini perlu dibaiki segera Suruhanjaya seperti IPMC perlu disegerakan untuk mengembalikan imej PDRM,"katanya lagi.
Dalam perkembangan ini Gerak turut menyatakan sokongan terhadap saranan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menyatakan bukan sahaja harta milikan pegawai polis sahaja akan di siasat tetapi cara perbelanjaan mereka juga akan dipantau, kata Badrul Hisham.
Harta KPN perlu dipantau
Cuma Gerak berharap pemantauan harta dan cara hidup ini bukan kepada pegawai polis biasa tetapi juga pegawai kanan PDRM termasuk Ketua Polis Negara juga dan ia perlu di buat oleh sebuah badan bebas.
Sehubungan itu Gerak mendesak kerajaan agar memberikan perhatian dalam perkara tersebut yang mana seluruh dunia mula melihat korupsi semakin parah dalam negara ini.
Selepas negara jatuh ke tangga 44 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kini kajian antarabangsa menyatakan lebih 50 peratus rakyat Malaysia juga tidak yakin dengan perang rasuah kerajaan.
Iklim pelaburan tidak sihat
Senario ini amat tidak baik untuk iklim pelaburan kerana pelaburan asing semakin mengecut dan menjauhi Malaysia kerana persepsi ini, katanya.
Kerajaan perlu lebih serius dan bukan hanya memerangi rasuah dengan slogan dan retorik, katanya.
Negara perlu ada sebuah badan anti rasuah yang bebas dan untuk itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) perlu diperkasakan dan dibebaskan dari bawah Jabatan Perdana Menteri.
BPR perlu diletakkan terus di bawah Parlimen Malaysia dan juga kerajaan perlu mengakui serta menggunakan pakai Konvensyen Anti Korupsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), jelasnya.